Tony Fernandes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tony Fernandes
Tony Fernandes.jpg
Tony Fernandes pada sebuah acara Air Asia
Kelahiran 30 April 1964 (49 tahun)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Ketua pegawai eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi QPR Holdings Ltd / Pengasas dan bekas Ketua Pasukan Caterham F1
Nilai harta
kekayaan
AS$ 625 juta (2013) [1]

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Pra-masa pengusahaan[sunting | sunting sumber]

Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987 sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.

Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Pelancaran AirAsia[sunting | sunting sumber]

Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.

Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.

Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.

Pencapaian dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:

Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:

  • "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
  • "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
  • "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
  • "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "#21 Anthony Fernandes", Forbes, Februari 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]