Curtiss GS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Curtiss GS
Pesawat Curtiss GS-1 triplan
Peranan Pesawat peninjau boleh terapung
Negara pengeluar  Amerika Syarikat
Pengeluar Curtiss Aeroplane and Motor Company
Penerbangan pertama 1918
Diperkenalkan 1918
Syarikat penerbangan utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Jumlah dibina 6

Pesawat Curtiss GS ialah dua jenis pesawat peninjau serupa yang direka dan dibina oleh Curtiss Airplane and Motor Company untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Reka bentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1917 Tentera Laut Amerika Syarikat telah menempah Lima buah pesawat peninjau dari Curtiss. Pesawat ini telah dinamakan GS, singkatan daripada Gnome Scout. Nama ini diambil sempena enjin Gnome 100 kuasa kuda yang digunakan untuk menggerakkan pesawat ini. GS ialah pesawat sayap berkembar (biplane) yang dilengkapi dengan apungan tengah dan apungan penstabil pada setiap hujung sayap bawah. Tentera Laut telah menempah pesawat tambahan sebagai triplane, yang telah dinamakan GS-1 dan pesawat asal telah dinamakan sebagai GS-2. Walaupun pesawat-pesawat tersebut telah dihantar kepada Tentera Laut pada tahun 1918 tiada apa yang diketahui lebih lanjut tentangnya selain daripada GS-1 telah musnah dalam kemalangan semasa mendarat pada 1 April 1918.

Varian[sunting | sunting sumber]

GS-1
Pesawat peninjau triplan boleh apung, satu dibina.
GS-2
Pesawat peninjau sayap berkembar boleh apung, lima dibina.