Imam Syamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imam Syamil
Imam Dagestan
Pemerintahan1834 - 1859
Didahului olehGamzat-bek
Diikuti olehDigulingkan oleh Empayar Rusia
Keputeraan1797
Gimry, Dagestan
Kemangkatan1871 (berumur 73–74)
Madinah, Empayar Uthmaniyah (Arab Saudi moden)
PemakamanJannatul Baqi', Madinah al-Munawwarah, Hijaz, Empayar Uthmaniyah (kini Arab Saudi)
AyahandaDengau
AgamaIslam, Sufi


Imam Syamil (Avar:Шейх Шамил; Turki: Şeyh Şamil; Rusia: Имам Шамиль) (disebut "Shameel") juga dieja Shamyl, Schamil, Schamyl atau Shameel (1797 – March 1871) ialah ketua agama dan politik suku kaum Avar Muslim di Caucasus Utara. Beliau ketua pergerakan menentang Empayar Rusia sewaktu Peperangan Caucasus dan merupakan Imam ketiga Imamiah Caucasus (1834–1859 M).[1].

Keluarga dan kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Imam Syamil dilahirkan dalam tahun 1798, di sebuah kampung (aul) bernama Gimry, yang sekarang terletak di dalam Dagestan, Russia. Beliau pada asalnya diberi nama Ali, tetapi seperti kelaziman adat setempat, nama beliau ditukar apabila beliau jatuh sakit. Bapa beliau, Dengau, merupakan pemilik tanah, dan ini membolehkan Syamil dan rakan karibnya, Ghazi Mullah – Syamil kemudiannya menjadi pengikut dan penasihat Ghazi Mullah – mempelajari banyak perkara, termasuk bahasa Arab dan logik. Syamil menempa nama sebagai seorang yang berpengetahuan dalam ilmu al-Qur'an dan Sunnah di kalangan penduduk Caucasus.

Syamil dilahirkan dalam zaman perkembangan Empayar Rusia ke dalam wilayah-wilayah Empayar Uthmaniyyah dan Empayar Parsi (lihat Peperangan Russo-Parsi (1804-1813) dan Russo-Turki (1806–1812)). Berikutan serangan Rusia, banyak negara Caucasus bersatu menentang pemerintahan keras Tsar dalam apa yang disebut Peperangan Caucasus. Pemerintah-pemerintah awal pergerakan penentang Caucasus ialah Sheikh Mansur and Ghazi Mollah.

Peperangan menentang Rusia[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Peperangan Caucasus

Penangkapan Syamil, oleh Theodor Horschelt
Karte des Kaukasischen Isthmus. Entworfen und gezeichnet von J. Grassl, 1856.
Syamil dan anak-anaknya di Saint Petersburg, lukisan oleh Vasily Timm, 1859

Dalam tahun 1832, Ghazi Mollah meninggal dunia dalam pertempuran Gimry, dan Syamil merupakan seorang daripada hanya dua orang Murid yang dapat melepaskan diri, tetapi beliau mendapat kecederaan berat. Beliau menyorok dan kedua-dua pihak, Rusia dan Murid, menganggap beliau telah meninggal dunia. Selepas sembuh, beliau muncul dan menyertai murid, yang dipimpin oleh Imam kedua, Gamzat-bek. Syamil menggantikan Gamzat-bek selepas Gamzat dibunuh oleh Hadji Murad dalam tahun 1834. Syamil menjadi Imam Ketiga Imamiah Caucasus dan sekaligus pemimpin utama pergerakan penentang Caucasus. Dalam tahun 1839 (Jun–Ogos), Syamil dan pengikutnya seramai lebih kurang 4,000 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak dikepung di dalam kota pergunungan yang tersorok di dalam lengkungan Sungai Andee Koisou lebih kurang sepuluh batu ke arah timur Gimry. Pengepungan epik ini berlangsung selama 80 hari dan berkesudahan dengan kemenangan pihak Rusia. Pihak Rusia kehilangan lebih kurang 3,000 orang sementara hampir semua orang pemberontak maut berikutan pertempuran pahit yang seringkali menjadi ciri utama pertempuran-pertempuran dalam peperangan ini. Syamil dan sekumpulan kecil pengikutnya termasuk beberapa ahli keluarga berjaya melepaskan diri dengan turun dari cenuram dan melewati barisan pengepungan Rusia dalam tempoh-tempoh terakhir Akhoulgo. Berikutan pelepasannya Syamil sekali lagi menguatkan angkatannya dan meneruskan tentangannya.

Syamil amat berkesan dalam usaha menyatukan banyak puak Caucasus yang kerap bertelagah sesama sendiri bagi tujuan menentang penaklukan Rusia. Beliau menggunakan taktik-taktik peperangan gerila dengan berkesan dan pergerakan penentang berterusan di bawah pimpinannya sehingga tahun 1859. Pada 25 haribulan Ogos 1859 dalam persetujuan dengan Tsar Rusia, Syamil dan ahli keluarganya, menjadi tetamu Tsar selama beberapa hari. Maharaja menghormati beliau dan jeneral-jeneralnya juga memberikan penghormatan kepada Imam.

References[sunting | sunting sumber]

Further reading[sunting | sunting sumber]

External links[sunting | sunting sumber]

Sister projects[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Imam Syamil di Wikimedia Commons

  • Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Shamyl" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.