Spaoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Spaoh ialah sebuah pekan dan daerah kecil di Bahagian Betong, Sarawak, Malaysia. Jumlah penduduknya sekitar 17,000 orang. Di bawah daerah kecil Spaoh ini terdapat perkampungan masyarakat Melayu, Iban dan Cina. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah masyarakat Melayu. Antara kampung yang dihuni masyarakat Melayu yang terdapat dalam pentadbiran Daerah Kecil Spaoh meliputi Kampung Spaoh, Kampung Balingan, Kampung Bungin, Kampung Sebemban, Kampung Tanjung Assam, Kampung Serembang, Kampung Buda, Kampung Manggut, Kampung Supa dan Kampung Medang. Kawasan in popular dengan Pesta Ikan Buntal yang diraikan saban tahun kerana terdapat banyak ikan tersebut ditangkap dan cukup popular dijual di pasar-pasar di pekan Spaoh dan Pekan Betong.