Bahagian Sarikei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sarikei

Bahagian di Sarawak
Kerajaan tempatan Majlis Daerah Sarikei (MDS), Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) (Meradong and Julau), Majlis Daerah Pakan (MDP)
Keluasan
 • Jumlah 4,332.4 km2 (1,672.7 sq mi)
Populasi (2010[1])
 • Jumlah 116,290
 • Kepadatan 27/km2 (70/sq mi)
Residen Michael Dawi Alli
Awalan plet lesen QR

Bahagian Sarikei adalah salah satu daripada sebelas bahagian di Sarawak, Malaysia Timur, terletak di pulau Borneo. Ia merupakan salah satu bahagian di Bahagian Ketiga dahulu, di mana ia mengandungi Sibu dan Kapit. Bahagian Sarikei mengandungi jumlah kawasan seluas 4,332.4 kilometer persegi, dan merupakan bahagian pentadbiran kedua terkecil di Sarawak.

Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sarikei. Ia mengandungi empat daerah pentadbiran: Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal Sarikei (merujuk kepada Bandar Sarikei kini) dapat dikesan seawal kurun ke-19. Catatan sejarah menunjukkan James Brooke pernah mengunjungi Sarikei pada 30 April 1845.

Penentangan terhadap James Brooke membawa kepada peristiwa pembakaran Sarikei pada 4 Januari 1856 dan tindakan balas oleh Charles Brooke ke atas Julau pada 19 Jun 1856. Catatan-catatan sejarah ini menunjukkan kewujudan awal Sarikei.

Bahagian Sarikei ditubuhkan pada 2 April 1973 sebagai bahagian ke-6 dalam negeri Sarawak melalui Sarawak Gazette Swk. L.N 26 bertarikh 15 Mac 1973. Bahagian Sarikei pada awal penubuhannnya mempunyai keluasan 6969 km². Ianya merupakan gabungan daerah-daerah Sarikei, Meradong, Julau , Matu dan Daro.

Selepas pembentukan Bahagian Mukah dan Bahagian Betong, Bahagian Sarikei mengalami kesan secara langsung terutama dari segi luas kawasan. Keseluruhan jumlah kawasan terkini di bawah Bahagian Sarikei adalah 4332.35 km² yang merupakan 1.31 % daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak iaitu 124,449 km². Bahagian Sarikei merupakan bahagian yang kedua terkecil selepas bahagian Betong (4,180 km² atau 1.27% daripada keluasan negeri Sarawak). Pusat pentadbiran dan komersil adalah Bandar Sarikei yang juga dikenali dengan nama Bandar Nanas.

Penubuhan Bahagian Sarikei adalah didorong oleh faktor-faktor keselamatan. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan di dalam artikelnya; Sarawak's Unique Administrative Identity : Establishment of Divisional, District & Sub-District Machinery for Enhancing Development Administration bahawa penubuhan Bahagian Sarikei (dahulunya dikenali sebagai Bahagian ke-6) ini adalah atas sebab-sebab keselamatan berikutan pemberontakan komunis pada masa itu. Dengan penubuhan Bahagian Sarikei, aspek kawalan keselamatan dapat difokuskan dan memudahkan urusan pemantauan ke kawasan terbabit.[2]

Senarai mantan Residen[sunting | sunting sumber]

  • En. Chin Ting Ming
  • Datuk Wan Hashim Bin Tuanku Taha
  • Tuan Hj Adenan B Hj Aman
  • Tuan Hj Mohd Iskandar B Abdullah
  • En.Noel Hudson Laga
  • En.Patrick Rigep Nuek
  • En.Nilie Tangai
  • En.Jolhi B Hj Saar
  • Tuan Hj Mohd Atei Abang Medaan
  • En.Liaw Soon Eng
  • En.Sim Nyuk Foh
  • En.Isaka Kana

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah populasi ialah adalah 115, 529 [3] dan majoriti terdiri daripada masyarakat Iban, Melanau, Melayu, dan Cina. Kebanyakan mereka tinggal di bandar Sarikei.

Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik di Bahagian Sarikei[4] [5]
Daerah Pentadbiran Jumlah
Populasi
Melayu Iban Bidayuh Melanau Bumiputera
lain
Cina India Lain-lain Bukan
Warganegara
Sarikei 56,228 9,192 18,559 456 3,933 594 21,772 116 370 1,236
Meradong 28,713 4,450 12,322 217 1,489 282 8,731 93 92 1,037
Julau 15,449 245 14,504 59 60 94 435 7 12 30
Pakan 15,139 125 14,423 26 39 136 289 13 35 53
Jumlah
Bahagian Sarikei
115, 529 14,012 59,808 758 5,521 1,106 31,227 229 509 2,356

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama di bahagian ini. Bahagian Sarikei menghasilkan lada hitam yang banyak berbanding dengan bahagian yang lain di Sarawak. Tempat ini juga popular dengan buah-buahannya, terutamanya nanas dan oren. Industri pembalakan juga merupakan komponen utama kepada ekonomi tempatan.

Pentadbiran politik[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Parlimen Ahli Parlimen
P206 Tanjung Manis YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman
P208 Sarikei YB Tuan Wong Ling Biu
P209 Julau Datuk Joseph Salang ak Gandum

Ahli Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

DUN ADUN
N35 Belawai YB Datu Len Latif Salleh
N36 Semop YB En. Abdullah Saidol
N39 Repok YB Dr. Wong Hua Seh
N40 Meradong YB Cik Ting Tze Fui
N41 Pakan YB Tan Sri William Mawan ak Ikom
N42 Meluan YB En. Wong ak Judat

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar Sarikei merupakan pusat pentadbiran bahagian dan boleh dihubungi melalui pengangkutan darat, air dan udara melalui Lapangan Terbang Sibu.

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Dari Ke Jenis Pengangkutan Masa
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Lapangan Terbang Sibu Kapal Terbang 35-40 minit
Lapangan Terbang Sibu Sarikei Bas/Teksi (dari pusat bandar Sibu) 64km/1 jam
Terminal Ekspress Bintawa, Kuching Terminal 1, Sarikei Bot ekspres 3 jam 30 minit
Kuching Sentral Terminal Bas Ekspress Sarikei Bot ekspres 360km/6 jam

Pengangkutan persendirian[sunting | sunting sumber]

Anda juga boleh memandu dari Kuching ke Sarikei (360km/6 jam) atau dari Sibu ke Sarikei (64km/1 jam).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]