Dan Quayle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
James Danforth "Dan" Quayle
Quayle.jpg

Tempoh jawatan
20 Januari 1989 – 20 Januari 1993
Presiden George H. W. Bush
Didahului oleh George H. W. Bush
Diganti oleh Al Gore

Tempoh jawatan
3 Januari 1981 – 3 Januari 1989
Didahului oleh Birch Bayh
Diganti oleh Dan Coats

Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Daerah Kongres ke-4 Indiana
Tempoh jawatan
3 Januari 1977 – 3 Januari 1981
Didahului oleh J. Edward Roush
Diganti oleh Dan Coats

Lahir 4 Februari 1947 (67 tahun)
Indianapolis, Indiana
Parti politik Parti Republikan
Pasangan Marilyn Tucker Quayle

James Danforth Quayle III merupakan Naib Presiden AS yang ke-44 bawah pemerintahan presiden George H. W. Bush bagi tahun (1989-1993).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Quayle lahir di Indianapolis, Indiana pada 4 Februari 1947 sebagai anak James C. Quayle dan Corrine Pulliam Quayle. Kebanyakan orang menyebutnya dengan salah sebagai James Danforth Quayle III. Dalam buku kenangannya, beliau menegaskan bahawa nama kelahirannya ialah James Danforth Quayle. Datuknya, Eugene C. Pulliam, adalah pangasas Central Newspapers, Inc., sekaligus pemilik syarikat penerbitan terkemuka, seperti The Arizona Republic dan The Indianapolis Star. James C. Quayle dan keluarganya berpindah ke Arizona pada tahun 1955 untuk mengelola cawangan syarikat persendirian milik keluarga.

Ketika muda, Dan Quayle membesar di Arizona dan beliau berkelulusan Huntington High School di Huntington, Indiana pada tahun 1965. Lalu, beliau belajar fi DePauw University, tempat bermulanya bidang politik beliau (1969 ); beliau juga anggota kelab Delta Kappa Epsilon. Kemudian Quayle bergabung dalam "Indiana National Guard" (Kawalan Kebangsaan Indiana) dan bertugas pada tahun 1969-1975. Ketika bergabung dengan Kawalan, beliau meraih gelaran doktor perundangan (Juris Doctor) pada tahun 1974 dari Indiana University School of Law, Indianapolis.

Pada bulan Julai 1971, beliau menjadi penyiasat di Bahagian Perlindungan pengguna di pejabat Peguam Negara Indiana. Pada tahun yang sama, beliau menjabat sebagai pembantu pentadbir Gabenor Edgar Whitcomb. Dari tahun 1973-1974, beliau menjawat sebagai Pengarah Bahagian Cukai Warisan, Jabatan Hasil Bahagian Indiana. Quayle juga pernah bekerja sebagai pembantu penerbit di syarikat persendirian milik keluarganya, the Huntington Herald-Press, dan berurusan dengan undang-undang bersama isterinya, Marylin Tucker di Huntington.

Kerjaya politik bermula[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politiknya bermula pada tahun 1976, iaitu Quayle terpilih sebagai anggota Kongres AS dan terpilih lagi pada tahun 1978. Pada tahun 1980, ketika berusia 33 tahun, Quayle menjadi Senator termuda dari Indiana, mengalahkan Birch Bayh. Quayle juga mencipta sejarah dengan memperoleh suara terbanyak ketika terpilih sekali lagi pada tahun 1986. Dalam Senat, Quayle bergabung dalam Suruhanjaya Pertahanan, Pengawasan Senjata, Anggaran serta Tenaga Kerja dan Sumber Manusia.

Pada bulan Ogos 1988, dalam Persidangan Kebangsaan Parti Republikan di New Orleans, Louisiana, George H. W. Bush meminta Quayle untuk jadi pasangannya dalam pilihan raya. Hal ini menjadi sasaran kritik banyak pihak yang menilai Quayle belum mempunyai pengalaman yang cukup - untuk jadi presiden - jika sesuatu terjadi kepada Bush. Pertanyaan lain yang muncul ialah hubungan keluarga Quayle supaya Quayle bergabung dalam Kawalan Kebangsaan Indiana dan sekaligus menghindarkan dirinya untuk berkhidmat dalam Perang Vietnam. Kalangan media juga menggambarkan Quayle sebagai peninju kelas ringan yang tak mampu menangani tugas tersebut.

Kritikan dan ejekan untuk Quayle mencapai kemuncaknya apabila kempen calon timbalan presiden yang disiarkan televisyen memaparkan Quayle membandingkan pengalamannya dengan Jack Kennedy. Calon Parti Demokrat, Lloyd Bentsen berkata, "Senator, saya berkhidmat bersama Jack Kennedy. Saya kenal Jack Kennedy. Jack Kennedy adalah salah satu kawan saya". "Senator, anda bukan Jack Kennedy,". Quayle menjawab, " Penjelasan itu tidak diperlukan, Senator," dan hal ini disambut tepukan dan cemuhan dari penonton. Reaksi Quayle terhadap ulasan Bentsen dimainkan berulang kali oleh Demokrat dalam iklan TV berikutnya dengan mengatakan: "Quayle: just a heartbeat away." Para pengkomedi dan kartunis politik juga sering meniru gaya Quayle. Kecaman-kecaman itu tidak mampu menggelincirkan kempen Republikan. Meskipun Republikan ketinggalan 15 peratus dalam undian umum sebelum persidangan, Bush/Quayle terus memenangi pilihan raya November dengan majoriti 54-45, menyapu 40 negeri dan menawan 426 kerusi.

Timbalan Presiden[sunting | sunting sumber]

Sebagai Timbalan Presiden, Quayle adalah ketua pertama National Space Council, sebuah badan angkasa yang dibentuk semula pada tahun 1988. Pada 9 Februari 1989, Presiden Bush mengangkat Quayle sebagai Ketua Council on Competitiveness. Berbeza dengan para penggantinya, Al Gore dan Dick Cheney, Quayle hanya mempunyai peranan yang terhad.

Ketika Pilihan Raya 1992, Bush dan Quayle ditentang oleh Gabenor Arkansas, Bill Clinton dan Senator Tennessee, Al Gore, dan pengusaha Texas, Ross Perot serta James Stockdale. Pasangan Bush-Quayle akhirnya kalah dengan pasangan Clinton-Gore.