Dream High

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dream High
DreamHigh PromotionalPoster.png
Poster promosi untuk drama
Genre Komedi
Romantis
Muzik
Drama
Format Siri televisyen (drama)
Ditulis oleh Park Hye-ryun
Pengarah Lee Eung-bok
Dibintangi Suzy,
Kim Soo-hyun,
Taecyeon,
Eunjung,
Wooyoung,
IU
Lagu pembukaan Dream High
Lagu penutup If
Negara asal Korea Selatan
Bahasa Korea
Bilangan musim 1
Kedua dalam produksi
Bilangan episod 16 (1 khusus)
Penerbitan
Penerbit Bae Yong-joon
Park Jin-young
Lokasi Seoul, Korea Selatan
Sinematografi Korean Broadcasting System
Pemasangan kamera Korean Broadcasting System
Tempoh siaran Isnin dan Selasa pada (UTC+09:00) 21:55 KST
Syarikat penerbitan Korean Broadcasting System
Syarikat pengedaran Korean Broadcasting System
Penyiaran
Saluran asal KBS 2TV
Format gambar 480i SDTV
Format audio Dolby Digital
DTS Digital Sound
Sony Dynamic Digital Sound
Julung kali ditayangkan di 3 Januari 2011
Siaran asal 3 Januari 2011 – 28 Februari 2011
Status Off air
Kronologi
Mengikuti Mary Stayed Out All Night
Diikuti oleh Crime Squad
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Dream High (Korea: 드림하이) adalah sebuah drama bersiri dari Korea Selatan yang disiarkan oleh Sistem Pernyiaran Korea (KBS). Drama ini menampilkan Suzy, Taecyeon, Kim Soo-hyun, IU, Ham Eun-jung dan Woo-young. Ia ditayangkan pada 3 Januari 2011 dan tamat pada 28 Februari 2011 selepas 16 buah episod. Drama ini popular dalam kalangan remaja dan ia rancangan yang berkadar tinggi. Episod khas dimana para pelakon drama ini membuat persembahan Konsert Istimewa Dream High telah diadakan di Seoul, Korea Selatan dan ia disiarkan oleh pihak KBS pada 1 Mac 2011. Musim kedua Dream High telah diumumkan pihak KBS pada 17 Mac 2011 dan akan mula ditayangkan pada 30 Januari 2012.

Isi kandungan

Plot [sunting]

Enam pelajar di Sekolah Tinggi Seni Kirin bekerja bagi mencapai impian mereka menjadi bintang dalam industri muzik Korea. Dalam drama ini, para pelajar belajar bagaimana untuk memajukan kemahiran nyanyian, menulis lagu dan menari mereka dan pada masa yang sama juga mengalami perkembangan dalam diri mereka sendiri. Setiap seorang daripada pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri, tetapi dengan sokongan dan bimbingan antara satu sama lain, mereka berusaha untuk membuat kemunculan di atas pentas.

Perwatakan [sunting]

  • Suzy sebagai Go Hye-mi
Go Hye-mi adalah watak utama dari drama ini. Berasal dari keluarga yang kaya, setelah kematian ibunya, perniagaan ayahnya gagal dan keluarga mereka dibebani oleh hutang dan ayahnya pergi ke Kanada untuk mendapatkan bantuan dari mak cik Hye Mi itu. Dia dikejar oleh pemungut hutang, Ma Doo Shik dan anak buahnya hampir sepanjang permulaan drama.
Song Sam-dong merupakan budak kampung yang naif yang jatuh cinta pandangan pertama kepada Hye Mi dan mengikutinya ke Seoul. Dia mempunyai bakat muzik semula jadi yang luar biasa tanpa sebarang pendidikan formal.
  • Taecyeon sebagai Hyun Si-hyuk (namun disebut oleh rakannya sebagai Jin Guk)
Jin Guk adalah kawan masa kecil Go Hye Mi dan dia selalu mencuba untuk membantunya. Dia cuba mengingatkan Hye Mi tentang kenangan masa kecil mereka. Dia seorang yang berbakat terutama dalam tarian dan rap.
Baek Hee adalah rakan karib dan sahabat Hye Mi di sekolah lama mereka, tapi dia dikhianati oleh Hye Mi ketika ujibakat di Sekolah Kirin. Dia merasa terpukul oleh pengkhianatan tersebut dan menjadi saingan terbesar bagi Hye Mi.
  • IU sebagai Kim Pil-suk
Kim Pil-suk pertama kalinya muncul sebagai seorang gadis yang mengenakan kostum maskot sushi ketika ujibakat. Dia adalah seorang gadis dengan suara yang indah dan nada yang sempurna tetapi dia mengalami masalah kegemukan.
Jason adalah pelajar pertukaran Amerika yang berkebolehan terutamanya dalam tarian tetapi juga pandai bernyanyi. Dia seorang yang sopan dan memiliki sikap yang baik, yang membawa salah faham oleh Pil Suk, yang percaya bahawa dia melakukan ini kerana dia menyukainya.

Runut bunyi [sunting]

Dream High: Original Sound Track
Runut bunyi oleh berbagai artis
Dikeluarkan pada 14 Februari 2011
Genre Pop, K-pop, Soundtrack, Ballad, R&B, teen pop
Label LOEN Entertainment
Penerbit Park Jin Young
No. Tajuk Artis Masa
1. "드림하이" ("Dream High" / "Impian yang Tinggi") Taecyeon, Wooyoung, Suzy, Kim Soo Hyun, IU, JOO 3:47
2. "Someday" ("Suatu Hari") IU 3:38
3. "My Valentine" ("Valentine Ku") (bersama Park Jin-young) Taecyeon & Nichkhun 4:07
4. "못 잊은 거죠" ("If" / "Tidak Lupa") Park Jin-young 3:55
5. "Maybe" ("Mungkin") Sunye 3:01
6. "사랑하면 안될까" ("Can't I Love You" / "Bila Aku Boleh Mencintaimu") Changmin & Jinwoon 3:35
7. "가지마" ("Don't Leave" / "Jangan Pergi") Junsu & Lim Jeong Hee 4:20
8. "어떤이의 꿈" ("A Part of This Dream" / "Antara Impian") (bersama So Hyang dari POS) San E 3:16
9. "겨울아이" ("Winter Child" / "Kanank-kanak Musim Salju") Suzy 3:39
10. "Dreaming" ("Bermimpi") Kim Soo-hyun 3:42
11. "못 잊은 거죠" (Instrumental) Park Jin-young 3:55
12. "Maybe" (Instrumental) Sunye 3:01
Jumlah masa:
43:47

Penerimaan [sunting]

Penilaian [sunting]

Episod Tarikh pernyiaran Penilaian TNMS [1] Penilaian AGB [2]
Korea Selatan Seoul (kawasan metropolitan) Korea Selatan Seoul (kawasan metropolitan)
1 3 Januari 2011 11.3% 14.2% 10.7% 11.2%
2 4 Januari 2011 11.5% 13.9% 10.8% 11.4%
3 10 Januari 2011 11.7% 13.8% 13.1% 13.3%
4 11 Januari 2011 13.4% 15.4% 13.8% 14.3%
5 17 January 2011 13.7% 15.8% 15.5% 17%
6 18 Januari 2011 13.1% 15.9% 15.8% 17.1%
7 24 Januari 2011 15.3% 17.5% 15.9% 17.2%
8 31 Januari 2011 14.9% 17.4% 16.3% 17.7%
9 1 Februari 2011 14.9% 16.9% 16.7% 18.3%
10 7 Februari 2011 16.7% 19.2% 17.6% 19.3%
11 8 Februari 2011 16.6% 19.3% 17.9% 19.3%
12 14 Februari 2011 15.8% 17.8% 16.7% 18.9%
13 15 Februari 2011 17.2% 20.1% 17.9% 20.1%
14 21 Februari 2011 16.4% 18.9% 17.6% 19.3%
15 22 Februari 2011 17.2% 19.7% 17.9% 19.5%
16 28 Februari 2011 18.2% 20.7% 17.2% 18.6%
Purata 14.87% 17.28% 15.71% 17.03%

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]