Dross (penggiat YouTube)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dross
Dross pada 2019
Maklumat peribadi
KelahiranÁngel David Revilla Lenoci
(1982-07-16) 16 Julai 1982 (umur 41)
PendidikanUniversiti Santa María
Tandatangan
Maklumat YouTube
Saluran
GenreSeram (2013–kini)
Pelanggan22.60 juta
(14 September 2022)
Jumlah tontonan5.71 bilion
(1 September 2022)
RangkaianMitú[1]
100,000 pelanggan 2012
1,000,000 pelanggan 2013
10,000,000 pelanggan 2017
Dikemaskini pada 10 Julai 2022

Ángel David Revilla Lenoci (tarikh lahir 16 Julai 1982) atau lebih dikenali dengan nama Dross atau nama akaunnya DrossRotzank ialah seorang YouTuber dan karyawan berkebangsaan Venezuela yang telah menetap di ibu negara Argentina, Buenos Aires, sejak 2007.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya YouTube[sunting | sunting sumber]

Tangkapan video "Dross te contesta 12" (Jawapan Dross 12), dimuat naik pada tarikh 22 Januari 2012.

Selepas selesai pendidikan universiti, Revilla mula mencipta akaun YouTube, DrossRotzank pada 2006,[3] dan pada tahun 2007, berpindah ke Buenos Aires, Argentina hingga kini.[4] Pada mulanya, Revilla lebih cenderung memuat naik video mengenai permainan video dengan genre yang berbeza-beza seperti I Wanna Be the Guy dan Aero Fighters. Walau bagaimanapun, Dross mempunyai beberapa video lebih lama yang akhirnya dipadamkan. Satu di antaranya ialah yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna bernama Lucas Pedraza di mana Dross mensyakinya sebagai penggodam yang mengganggu akaunnya.[5]

Selain itu, pada awal kerjayanya, beliau membuat beberapa video respons, di mana Dross menjawab soalan-soalan dan juga beberapa lakaran dengan nama samaran "El Troll", "La Gorda", "La Chica Pepsi", "Estela Conchaseca" dan "Fuyito Kokoyama". Dross mulai dikenali di internet sebagai weeb. Beliau gemar mencampurkan kandungan video yang berbahasa Sepanyol dengan perkataan Jepun.[6] Penampilannya terdiri daripada memakai rambut palsu panjang, cermin mata berwarna gelap dan topi jerami yang memiliki lakaran belang harimau.

Pada pertengahan 2013, beliau menukar kandungan akaunnya menjadi unsur seram,[7] dan videonya yang paling terkenal ialah Top 7, yang menurut La Vanguardia, video ini "boleh mengambil masa bekerjanya selama dua belas jam."[8] Pada 2015, Dross mengambil bahagian dalam projek yang dipanggil "Dross Dark Tales of Terror", di mana beliau membina video yang mengisahkan cerita-cerita seram kontemporari.[6] Selain akaun utamanya, Dross juga membina dua akaun YouTube tambahan: Los Vlogs de Dross (Vlog Dross), di mana beliau membincangkan pelbagai isu yang tular di rantau Amerika Latin, dan Mi Querido Mussolini ("Mussolini-ku yang terkasih"), di mana beliau memuat naik video ikan peliharaannya yang bernama Mussolini (parodi pembesar Itali Benito Mussolini).[9]

Pada Mac 2017, Dross menyertai acara "La Mole Comic Con", yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di Mexico City, Amerika, sebuah acara bertemakan budaya pop dan budaya Jepun. Dross menjadi pensyarah dalam tiga sesi temu mesara pada tarikh 17, 18 dan 19 Mac.[10] Revilla turut menyertai Festival Horor, yang diadakan di bandar Monterrey, Mexico pada tarikh 6 dan 7 Oktober 2018.[11] Dross berjaya memenangi anugerah bahagian Artis Digital dan Anugerah Wawasan Digital daripada Anugerah Martín Fierro pada tahun 2018 dan 2019.[12][13][14] Pada tahun 2020, akaun Youtube kepunyaannya melampui 20 juta pelanggan.[15] Pada awal 2021, Dross meminjamkan suaranya kepada iklan Manjarate bagi syarikat Chile Soprole, yang disiarkan melalui Internet dan saluran televisyen Chile.[16] Pada Disember 2021, Dross sekali lagi berjaya memenangi bidang penggiat YouTube Terbaik Anugerah Martín Fierro.[17][18][19]

Kerjaya karyawan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Dross menyertai Pesta Media YouTube di Buenos Aires. Pada salah satu sesi persoalan, menjawab pertanyaan salah seorang peserta dan mengatakan bahawa "impian terbesar dalam hidup saya ialah menjadi seorang karyawan yang menerbitkan banyak buku." Selepas acara berakhir, beberapa penyunting dari kumpulan Planeta menghadiri bagi menawarkan perkongsian bersama. Novel pertamanya, Luna de Plutón (Bulan Pluto),[20] berjaya terbit di Sepanyol dan pelbagai negara Amerika Latin pada 2015. Karya pertamanya masuk ke dalam senarai salah satu daripada sepuluh buku Argentina terlaris dalam beberapa minggu.[21] Revilla menyebut dalam majalah Clarín bahawa beliau "menulis buku pertamanya dengan nama sebenar, Angel Revilla, tetapi meski begitu saya juga tahu bahawa Luna de Pluton mempunyai kandungan tema drama, misteri, debaran, pengembaraan, semua tema-tema yang ada pada kandungan akaun Dross. Novel ini pun memiliki kandungan lawak khas Revilla: lawak kasar."[22]

Semua buku Dross dari Luna de Plutón to Escape diterbitkan oleh Grup Planeta.[23][24][25] Buku keduanya, El Festival de la Blasfemia (Festival Kufur) diterbitkan pada 2016, dan merupakan "cerita pendek tentang keganasan yang dikisahkan dengan ciri lawakan kasar Dross",[26][27] sekuel kepada buku pertamanya, Luna de Plutón II: La guerra de Ysaak (Bulan Pluto 2: Peperangan Ysaak), telah diterbitkan pada Mac 2017.[28]

Buku keempatnya, El Valle de la Calma (Lembah Ketenangan) diterbitkan pada 2018,[29][30] bertemakan debaran terinspirasi dari karya HP Lovecraft.[27] Pada tahun 2019, Dross menerbitkan buku baharu, El libro negro Deep web y horror cósmico (Buku hitam, laman web hitam dan seram angkasa),[31] yang meneroka topik mengenai Deep Web dan perihal seram di luar angkasa. Buku kelimanya merupakan buku terlaris di beberapa negara di Amerika,[32] seperti Argentina yang menempati kedudukan senarai terlaris dari 25 Ogos hingga 1 September 2019.[33] Pada September 2021, beliau menulis Escape,[34] [35] sebuah buku dengan cerita kontroversi dengan unsur lawak kasar.[36]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Nos están estafando": youtubers denuncian a la network Mitú (VIDEO)". Radio Fórmula (dalam bahasa Sepanyol). 20 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2021. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  2. ^ Miguel Ángel Teposteco (26 September 2015). "Dross, el youtuber de los 6 millones de seguidores". El Universal (dalam bahasa Spanish).CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Press, Europa (11 Disember 2017). "Los 5 'youtubers' latinos mejor pagados del mundo". www.notimerica.com. Dicapai pada 20 November 2022.
  4. ^ Gaceta, La (17 September 2019). "Los secretos de Dross Rotzank, el terror de YouTube". www.lagaceta.com.ar (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 20 November 2022.
  5. ^ "Dross Rotzank. Éste fue su primer video en YouTube". Milenio (dalam bahasa Sepanyol). 9 Oktober 2020. Dicapai pada 25 Ogos 2021.
  6. ^ a b ""Dross" invitado de honor en La Mole". El Universal (dalam bahasa Sepanyol). 18 Januari 2017. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  7. ^ ""Escape", el libro en el que Dross creó a su propio antihéroe". El Universal. 6 November 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  8. ^ "Dross, el youtuber que mete miedo en las redes". La Vanguardia (dalam bahasa Sepanyol). 24 April 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  9. ^ "¿Quién es Dross, el youtuber que fue atacado por usar la palabra 'feminazi'?". www.elgrafico.mx (dalam bahasa Sepanyol). 10 Ogos 2020. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  10. ^ "Confirma youtuber Dross visita a México". El Universal (dalam bahasa Sepanyol). 23 Januari 2017.
  11. ^ Rodarte, Jorge (4 Jun 2018). "El influencer DrossRotzank viene a México". EL DEBATE (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 20 November 2022.
  12. ^ "Youtuber Dross ganó premio Martín Fierro al artista digital más influyente". El Universal (dalam bahasa Sepanyol). 11 Disember 2018. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  13. ^ "Todos los ganadores del Martín Fierro Digital 2019". Todo Noticias (dalam bahasa Sepanyol). 22 Disember 2019. Dicapai pada 1 Januari 2022.
  14. ^ "Martín Fierro Digital 2019: la lista de ganadores". MdzOnline (dalam bahasa spanish). 23 Disember 2019. Dicapai pada 1 Januari 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "El juego de terror y enigmas de TikTok que ha enganchado a cientos de miles de personas". Verne (dalam bahasa Sepanyol). 27 Ogos 2020. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  16. ^ "Estic, el nuevo héroe de Manjarate". Radio Shinka (dalam bahasa Sepanyol). 30 April 2021. Dicapai pada 15 Jun 2022.
  17. ^ "Martin Fierro Digital 2021: el youtuber Dross ganó el oro en Neuquén - TyC Sports". TyC Sports. 19 Disember 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  18. ^ "Martín Fierro de Oro para La Chepi y Dross en la cuarta entrega de la versión digital en Neuquén". El Destape (dalam bahasa Sepanyol). 19 Disember 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  19. ^ "Martín Fierro Digital: Dani La Chepi y Dross recibieron las dos estatuillas de oro". Los Andes (dalam bahasa Sepanyol). 20 Disember 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  20. ^ Ornelas, Uriel (26 September 2015). ""Dross", el "youtuber" de los 6 millones de seguidores". Nortedigital (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 20 November 2022.
  21. ^ "Los 10 libros más vendidos en la primera semana del 2016". DineroenImagen (dalam bahasa Sepanyol). 10 Januari 2016. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  22. ^ "Dross, una estrella de YouTube, presenta su primera novela" [Dross, a YouTube star, releases his first novel]. Clarín (dalam bahasa Spanish). 1 Oktober 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "El venezolano Dross, botón de diamante". El Universal (dalam bahasa Sepanyol). 9 Januari 2018. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  24. ^ ""El Libro Negro", la exitosa y escalofriante novela de terror de Dross". La Verdad Noticias (dalam bahasa Sepanyol). 15 Februari 2020. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  25. ^ ""Escape", el libro en el que Dross creó a su propio antihéroe". El Universal (dalam bahasa Sepanyol). 6 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  26. ^ "'Dross' en Lima: ¿De qué trata 'Festival de la blasfemia'?" ['Dross' in Lima: What's 'Festival de la blasfemia' about?]. El Comercio (dalam bahasa Spanish). 6 Julai 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ a b Depablos, Omarela (31 Oktober 2019). "El terror que parió a Dross". El Estímulo (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  28. ^ "Dross habla de la trama de su nuevo libro" [Dross talks about the plot of his new book]. El Universal (dalam bahasa Spanish). Notimex. 1 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ Florencia Suárez (8 Julai 2018). "Séptimo Día: Dross: La puerta al infierno" [Dross: The door to Hell]. El Día (dalam bahasa Spanish).CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Instagram viral: Dross demuestra con este video que es un maestro del clickbait" [Viral Instagram: Dross demonstrates with this video that he's a master of clickbait]. Trome (dalam bahasa Spanish). 8 Jun 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ "El youtuber Dross y "Sinceramente" lideran el ranking de los libros más vendidos". Rosario3 (dalam bahasa Sepanyol). 5 September 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2022.
  32. ^ "Los 10 libros más vendidos". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2019. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  33. ^ "Los libros de un youtuber venezolano y el de Cristina, al tope del ranking de los más vendidos". Diario El Dia de La Plata (dalam bahasa Sepanyol). 3 September 2019. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  34. ^ "El popular youtuber Dross lanza su nuevo libro: "Escape"". Futuro (dalam bahasa Sepanyol). 22 September 2021. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  35. ^ "Envió afectuoso saludo a Chile: Dross reveló detalles de su nuevo libro y sus próximos proyectos". 24 horas (dalam bahasa Sepanyol). 29 September 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  36. ^ "Dross presenta "Escape", una historia perturbadora de humor negro". www.cronica.com.mx/ (dalam bahasa Sepanyol). 9 Oktober 2021. Dicapai pada 11 Oktober 2022.