Dugong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dugong[1]
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Sirenia
Keluarga: Dugongidae
Gray, 1821
Subkeluarga: Dugonginae
Simpson, 1932
Genus: Dugong
Lacépède, 1799
Spesies: D. dugon
Nama binomial
Dugong dugon
(Müller, 1776)
Kawasan habitat dugong

Dugong atau dugung (Dugong dugon)[3] merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesis Sirenia yang masih hidup selain manatee. Ia merupakan satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae. Ia juga merupakan satu-satunya sirenia yang boleh didapati di kawasan perairan sekurang-kurangnya 37 negara di rantau Indo-Pasifik,[4] walaupun kebanyakannya tinggal di perairan utara Australia.[5] Dugong adalah satu-satunya mamalia laut herbivor, memandangkan kesemua spesis manatee menggunakan air segar ke suatu tahap tertentu.[4]

Dugong sangat bergantung kepada rumpai laut sebagai sumber makanan, maka taburannya terhad kepada habitat pantai di mana ia dibesarkan, dengan tumpuan utama dugong lazimnya di kawasan yang luas, cetek serta terlindung seperti di kawasan teluk dan paya bakau.[4] Muncungnya menghala ke bawah magi membolehkannya meragut rumpai laut.

Dugong diburu selama beribu tahun kerana daging dan minyaknya.[6] Kawasan taburan semasa dugong semakin berkurangan, dan populasinya semakin menghampiri kepupusan.[4] IUCN menyenaraikan dugong sebagai spesis terancam, manakala CITES mengehadkan atau mengharamkan perdagangan barangan berasaskan populasi terlibat. Sungguhpun spesies ini dilindungi di kebanyakan negara dalam lingkungannya, punca utama penurunan populasinya termasuklah penerokaan kawasan baru, pemburuan, kehilangan habitat serta kematian yang disebabkan aktiviti menangkap ikan.[7] Dengan jangka hayat yang panjang sehingga 70 tahun atau lebih, serta kadar kelahiran yang rendah, dugong terdedah kepada ancaman tersebut.[4] Dugong juga terancam akibat ribut, parasit, serta haiwan pemangsa seperti jerung, paus pembunuh dan buaya.[7]

Etimologi dan taksonomi[sunting | sunting sumber]

Dugong mula diklasifikasikan oleh Müller pada tahun 1776 sebagai Trichechus dugon,[8] salah satu ahli genus manatee yang sebelum ini didefinisikan sebagai Linnaeus.[9] Ia kemudian ditetapkan sebagai jenis spesis Dugong oleh Lacépède[10] dan diklasifikasikan lebih lanjut di dalam keluarganya sendiri oleh Gray[11] dan subfamilinya oleh Simpson.[12]

Perkataan "dugong" berasal daripada istilah Tagalog dugong yang berasal daripada perkataan Melayu duyung, kedua-duanya bermaksud "perempuan laut."[13] Nama-nama lain termasuklah "lembu laut", "khinzir laut" dan "unta laut."[7]

Litan juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Templat:MSW3 Sirenia
  2. Marsh, H. (2008). Dugong dugon. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 29 December 2008.
  3. ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 Marsh et al. 2002. Dugong : status reports and action plans for countries and territories. IUCN.
  5. Lawler et al. 2002. Dugongs in the Great Barrier Reef : Current State of Knowledge. CRC for The Great Barrier Reef World Heritage Area.
  6. Marsh, Helene. Fauna of Australia: Volume 1B Mammalia: Chapter 57 Dugongidae. CSIRO. ISBN 978-0-644-06056-1.
  7. 7.0 7.1 7.2 Reeves et al. 2002. National Audubon Society Guide to Marine Mammals of the World. Knopf. ISBN 0-375-41141-0. pp. 478-481
  8. Dugong dugon. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
  9. Trichechus. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
  10. Dugong. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
  11. Dugongidae. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
  12. Dugonginae. The Paleobiology Database. Retrieved on 22 July 2007.
  13. Winger, Jennifer. 2000. What's in a Name: Manatees and Dugongs. Smithsonian National Zoological Park. Retrieved on 22 July 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Pak Atan Rindu Si Tenang - kisah mengenai Pak Atan yang mengenang semula Si Tenang, seekor dugong yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1999.