Durga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewi Durga.

Dalam agama Hindu, Dewi Durga (दुर्गा, "yang sukar dirapati"[1]) ialah rupa Śakti yang terkenal. Sebuah Purāna yang khusus untuk Durga ialah Devībhagavata. Satu lagi karya yang popular dan lebih padat ialah Devīmāhātmyam. Karya ini juga dikenali sebagai Durgāsaptaśati atau Caṇḍī, dan karya ini terkandung dalam sebuah Purāna lain yang popular bernama Mārkaṇḍeya Purāna. Devīmāhātmyam dianggap sebagai suatu kitab suci yang agung sehingga setiap ayat-ayatnya disamakan sebagai mantera Dewi dan bacaan mantera-mantera ini akan memenuhi segala keinginan seseorang.

Secara literal, 'Durga' bermaksud seseorang yang sukar dirapati, atau, sukar dikenali. Sebagai personifikasi kesaktian semua dewa-dewi, pastinya, Durga seorang yang sukar didekati atau dikenali. Namun, sebagai Ibu Alam Semesta ini, Dia juga seorang yang lembut dan penuh kasih sayang.

Sebagai pelambangan daya kewanitaan kreatif (Shakti), Durga wujud dalam keadaan svātantrya (pergantungan kepada alam semesta sahaja, atau kemampuan diri) dan belas kasihan yang membara. Durga disanjungi oleh penganut agama Hindu sebagai salah satu aspek dewi Kali, dan ibunda kepada dewa-dewi Ganesha, Saraswati, Lakshmi dan Kartikeya.[2] Oleh itu, Durga dianggap sebagai suatu bentuk Dewi Parvati, permaisuri Shiva, yang lebih garang dan kuat melawan puaka dan syaitan. Durga memanifestasikan sikap keberanian dan kesabaran, dan tidak sesekali pudar rasa lucunya walaupun terlibat dalam peperangan rohani besar-besaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Durga". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
  2. ^ McDaniel, June. Offering Flowers, Feeding Skulls: Popular Goddess Worship in West Bengal. m/s. 225.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]