EAEC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

EAEC atau East Asia Economic Caucus atau dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai satu forum untuk membincangkan masalah ekonomi bersama. Dengan mempunyai pendapat atau suara yang sama dalam dialog antarabangsa, diharap EAEC dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenal dan mempertahankan perdagangan bebas, memecut pertumbuhan ekonomi, memperkenalkan sifat kedaerahan terbuka (open regionalism) dan menyumbang kepada sistem perdagangan multilateral.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cadangan pembentukan kumpulan seperti ini diutarakan oleh Malaysia pada 1990. Hanya selepas 1995, ASEAN menerima konsep sebegini. Pada mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Bandar Seri Begawan, Brunei, ASEAN mengesahkan penglibatannya dalam EAEC.

EAEC dilihat sebagai cabaran kepada APEC dan kehadiran Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Walaubagaimanapun ASEAN meneruskan usahanya untu menerangkan mengenai EAEC kepada China, Korea Selatan, dan Jepun melalui lawatan rasmi Setiausaha Agung ASEAN pada November 1993. Pada 25 Julai 1994, Menteri Luar ASEAN berbincang dengan China, Korea Selatan dan Jepun semasa makan tengah hari. Pada hari yang sama juga, Menteri Luar Korea Selatan telah mencadangkan pembentukan Kumpulan Wawasan Asia Timur (EAVG - East Asia Vision Group) dalam usaha membentuk komuniti Asia Timur.

Pada Disember 1997, Malaysia mencadangkan pembentukan ASEAN + 3 sebagai alternatif kepada EAEC. Ini adalah kerana ASEAN + 3 lihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses pembentukan Komuniti Asia Timur.

Anggota EAEC[sunting | sunting sumber]

EAEC dianggotai oleh negara negara di seluruh Asia Timur (utara dan selatan). Berikut merupakan anggota anggota EAEC:

Negara negara di Asia Timur yang tidak menyertai pakatan ekonomi ini ialah Timor Timur, Mongolia, dan Korea Utara. Hong Kong dan Taiwan tidak diterima sebagai anggota EAEC atas desakan China.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]