ASEAN tambah 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

ASEAN + 3 merupakan satu pakatan kerjasama antara negara negara anggota ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut. ASEAN + 3 berasal daripada EAEC yang kemudiannya menjadi ASEAN + 3 atas cadangan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad. ASEAN + 3 dibentuk pada Disember 1997 di Malaysia.

Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi (termasuk pembentukan kawasan pembangunan ekonomi Asia timur cth. Sungai Mekong), kewangan (termasuk memerhati aliran modal kawasan), pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi, dan pembangunan infrastrutur.

Mesyuarat ASEAN + 3[sunting | sunting sumber]

Kemuncak ASEAN+3 (ASEAN + 3 Summit)[sunting | sunting sumber]

  • Mesyuarat Pertama dibuat di Kuala Lumpur (Disember 1997). Dalam mesyuarat ini, ASEAN + 3 dibentuk.
  • Mesyuarat Kedua di Hanoi (1998).
  • Mesyuarat Kewangan Ke-3 di Manila (November 1999). Negara negara ASia Timur mengeluarkan Kenyataan Bersama Kerjasama Asia Timur.
  • Mesyuarat Ke-4 di Singapura (November 2000). China, Korea Selatan dan Jepun bersedia untuk berbincang lebih kerap dan berkerjasama dengan ASEAN dibawah kerangka ASEAN + 3.

Mesyuarat Menteri[sunting | sunting sumber]

Sejak 1999, banyak mesyuarat susulan yang dilakukan untuk membincangkan hal hal ekonomi, kewangan, perdagangan, agrikultur, pelancongan, perhutanan. Beberapa forum menteri ASEAN+3 telah terbentuk.

  • Ketika Forum Tenaga Antarabangsa yang diadakan di Osaka, Jepun mengadakan mesyuarat makan tengah hari antara Menteri Tenaga ASEAN+3 pada 22 September 2002.
  • Menteri Alam Sekitar ASEAN+3 mengadakan mesyuarat di Vientiane pada November 2002.
  • Menteri dalam Negeri ASEAN+3 membincangkan jenayah transnasional di Thailand pada Oktober 2003.

Anggota ASEAN+3[sunting | sunting sumber]

Negara anggota ASEAN + 3 adalah terdiri daripada anggota ASEAN dan tiga buah negara di Asia Timur Laut. Berikut merupakan senarai negara tersebut.

Inisiatif ASEAN+3[sunting | sunting sumber]

  1. Inisiatif Chiang Mai (CMI)
  2. Kajian Semula Ekonomi dan Dialog Polisi (ERPD)
  3. Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI)
  4. Kumpulan Penyelidikan
  5. Memantau Aliran Modal Jangka Pendek

Lihat juga[sunting | sunting sumber]