Eco-marathon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Eco-marathon merupakan satu pertandingan tahunan anjuran syarikat petroleum Shell yang menguji sejauh mana kereta-kereta yang menyertai dapat meningkatkan kecekapan bahan api. Ia pernah diadakan di United Kingdom, Finland, Perancis, Holland, Jepun dan Amerika Syarikat.

Terdapat banyak kategori dalam kejohanan ini: berkuasa sel bahan api, sel suria, petrol, diesel dan LPG.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Dalam Shell Eco-Marathon Europe 2008, pasukan Belanda De Haagse Hogeschool memenangi kategori konsep bandar dengan mendapat 848 km seliter daripada kenderaan berkuasa hidrogen sementara Lycee La Joliverie dari Perancis memenangi kategori prototaip untuk mengembara 3,382 km seliter dengan kenderaan menggunakan tenaga petrol.[1]

Penyertaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai pasukan pertama Malaysia menyertai Shell Eco-Marathon Europe. Pertandingan ini diadakan pada 7 - 9 Mei 2009 di EuroSpeedway Lausitz, Berlin, negara Jerman.[1]

Shell Malaysia menjadi tuan rumah Shell Eco-Marathon Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada Julai 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]