Litar Antarabangsa Sepang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sepang International Circuit (SIC)
Circuit Sepang.png
Lokasi Bendera Malaysia Sepang, Selangor, Malaysia
Zon masa GMT +8
Acara utama Formula Satu, MotoGP, A1GP, SuperGT
Jarak litar 5.543 km (3.44 mi)
Selekoh 15
Rekod pusingan 1:34.223 (Juan Pablo Montoya, Williams-BMW, 2004)

Litar Antarabangsa Sepang ialah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1 dan Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di Selatan Kuala Lumpur.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Litar ini telah direka oleh pereka dari Jerman, Herman Tilke. Tilke juga telah mereka litar untuk negara Shanghai, Bahrain dan Turki. Litar ini mampu menampung 80 ,000 penonton dalam satu-satu masa.

[sunting] Susunan litar

Litar utama, biasanya berlumba mengikut arah jam, adalah 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas. Susunan litar yang agak luar biasa, mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit, dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.

Konfigurasi lain Litar Sepang juga digunakan untuk berlumba mengikut arah jam. Konfigurasi ini digunakan oleh separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas belokan ke-6 dan ia adalah 2,71 kilometer panjang secara keseluruhan.

Litar selatan adalah separuh lain litar ini. Belakang lurus litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan bersambung ke belokan ke-8 untuk membentuk satu belokan tajam. Dengan mengikut arah jam , litar ini adalah 2,61 km panjang.

Litar ini juga mempunyai trek untuk perlumbaan go-kart dan kemudahan motocross.

[sunting] Rekod terpantas litar

Kategori Pemandu/Penunggang Pasukan Motor/Casis Masa terpantas Tahun
Formula Satu Bendera Colombia Juan Pablo Montoya BMW WilliamsF1 Team Williams FW26 1:34.223 2004
MotoGP Bendera Australia Casey Stoner Ducati Marlboro Team Ducati Desmosedici GP7 2:02.108 2007
Super GT (GT500) Bendera Jepun Takashi Kogure Takata Dome Racing Team Honda NSX 1:54.306 2007
Super GT (GT300) Bendera Jepun Kazuya Oshima Toy Story APR Toyota MR-S 2:06.584 2007



[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain