Ekonomi Monaco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan bandar raya dan pelabuhan Monaco.

Salah satu sumber pendapatan Monaco yang utama ialah pelancongan; setiap tahun, banyak pelancong tertarik kepada kasino dan iklimnya yang menyenangkan. Satu projek pembinaan utama pada tahun 2001 memanjangkan tambangan yang digunakan oleh kapal-kapal pesiaran di pelabuhan utama. Dalam usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi, Monaco telah mencapai setakat kejayaan dalam menceburi bidang perkhidmatan dan industri-industri kecil bernilai ditambah tinggi yang bukan pencemar, seperti kosmetik dan biotermik.

Monaco tidak mengenakan cukai pendapatan perseorangan, tetapi mengekalkan monopoli-monopoli dalam banyak sektor, termasuk tembakau dan perkhidmatan pos. Kerajaan Monaco yang dahulu memiliki sepenuhnya Telekom Monacoelecom, rangkaian telefon negara, kini memiliki 45%, dengan 55% yang tinggal dimiliki oleh Kabel dan Wayarles (49%) dan Compagnie Monégasque de Banque (6%). Walaupun demikian, Telekom Monacoelecom masih tetap merupakan sebuah monopoli. Taraf hidup penduduk Monaco adalah tinggi, dan lebih kurang setanding dengan para penduduk di kawasan-kawasan metropolitan Perancis yang kaya.

Ketiadaan cukai pendapatan perseorangan di Monaco telah menarik banyak "pelarian cukai" yang kaya dari negara-negara Eropah yang lain ke negara ini. Orang-orang termasyhur seperti pemandu-pemandu Formula Satu menarik paling banyak perhatian, tetapi kebanyakan mereka adalah usahawan. "Pelarian-pelarian" tersebut memperoleh kebanyakan pendapatan mereka daripada kegiatan-kegiatan di luar Monaco.

Pada tahun 2000, sebuah laporan oleh Arnaud Montebourg dan Vincent Peillon, ahli-ahli parlimen Perancis, mendakwa bahawa Monaco mempunyai dasar-dasar yang longgar terhadap pelaburan wang haram, termasuk kasinonya yang terkenal, dan bahawa Kerajaan Monaco mengenakan tekanan politik ke atas badan kehakimannya supaya jenayah-jenayah tidak disiasat dengan wajar. Sebagai balasan, Kerajaan Monaco mengemukakan laporan-laporannya kepada OECD dan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan mengenai Pelaburan Wang Haram untuk membuat siasatan. Laporan-laporan itu menunjukkan bahawa kebanyakan dakwaan yang ditimbulkan adalah tidak benar.

Monaco bukannya salah satu ahli Kesatuan Eropah, tetapi amat rapat dengan Kesatuan itu melalui penyatuan kastamnya dengan Perancis. Oleh itu, mata wang Monaco adalah sama dengan Perancis, iaitu euro. Monaco juga memperoleh hak untuk menempa duit syiling euro dengan reka bentuk Monegasque pada sebelah negara.Pada tahun 2005,Monaco menghadapi masalah ekonomi tetapi datuk bandar Monaco,Sir William Azfar Congress Musharaf Sellapan George memberi idea yang bernas dengan menyuruh semua rakyat Monaco menjual seluar dalam,Bra,Kotex,G-String dan kondom.

Eksport Monaco yang utama ialah tembikar, kerja logam, tekstil, plastik dan alatan.