Ekonomi Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Airbus A380 lengkap yang pertama di acara "A380 Reveal" di Toulouse pada 18 Januari 2005. Airbus ialah lambang globalisasi ekonomi Perancis dan Eropah

Perancis ialah ekonomi kelima terbesar di dunia, mengikut ukuran KDNK (nominal),[1] di belakang Amerika Syarikat, Jepun, China dan Jerman.

Ekonomi Perancis menggabungkan keusahawanan swasta berleluasa (hampir 2.5 juta syarikat berdaftar) dengan campur tangan kerajaan yang banyak (namun kian merosot) (lihat dirigisme). Kerajaan masih berpengaruh besar terhadap segmen-segmen penting dalam sektor prasarana, melalui milikan majoriti firma-firma kereta api, elektrik, pesawat, dan telekomunikasi. Kerajaan selama ini telah meringankan pegangannya terhadap sektor-sektor inis sejak awal 1990-an. Kerajaan sedang beransur-ansur menjual pegangannya dalam France Télécom, Air France, serta industri insuran, perbankan dan pertahanan.

Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju G8 merupakan ekonomi keenam terbesar di dunia pada tahun 2005, mengekori Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Republik Rakyat China dan United Kingdom. Perancis menyertai 11 negara ahli Kesatuan Eropah yang lain untuk melancarkan matawang Euro pada 1 Januari 1999, manakala duit syiling dan wang kertas euro menggantikan franc Perancis (₣) sepenuhnya pada awal tahun 2002.

Menurut OECD, pada tahun 2004 Perancis adalah pengeksport kelima terbesar dan pengimport keempat terbesar barang buatan kilang. Pada tahun 2003, Perancis adalah penerima pelaburan langsung asing kedua terbesar di kalangan negara-negara OECD pada $47 bilion, mengekori Luxembourg (yang pelaburan langsung asingnya pokoknya merupakan pindahan kewangan ke bank-bank yang terletak di negara itu) tetapi mengatasi Amerika Syarikat ($39.9 bilion), United Kingdom ($14.6 bilion), Jerman ($12.9 bilion), atau Jepun ($6.3 bilion). pada tahun yanf sama, syarikat-syarikat Perancis melabur $57.3 bilion di luar Perancis, menjadikan Perancis pelabur langsung di luar negara kedua terpenting dalam OECD, mengekori Amerika Syarikat ($173.8 bilion), dan mendahului United Kingdom ($55.3 bilion), Jepun ($28.8 bilion) dan Jerman ($2.6 bilion).

Dengan 79.1 juta pelancong asing pada tahun 2006,[2] Perancis menduduki tempat destinasi pelancongan teratas di dunia, mengatasi Sepanyol (55.6 juta pada tahun 2005) dan Amerika Syarikat (49.4 juta pada tahun 2005). Perangkaan ini tidak termasuk sesiapa yang menetap selama kurang 24 jam di Perancis, seperti orang Eropah utara yang merentasi Perancis dalam perjalanan ke Sepanyol atau Itali pada musim panas. Perancis menampilkan bandaraya-bandaraya yang penuh dengan kepentingan kebudayaan (Paris sebagai peneraju), pantai-pantai dan resort-resort tepi laut, resort-resort ski, dan kawasan laur bandar di mana keindahan dan ketenangan boleh dinikmati (pelancongan hijau). Selain pelancongan kasual, Perancis menarik ramai jemaah-jemaah keagamaan ke Lourdes, sebuah bandar di département Hautes-Pyrénées, yang merumahkan beberapa juta pelancong setiap tahun.

Perancis mempunyai industri aeroangkasa penting yang diterajui konsortium Eropah Airbus, dan merupakan satu-satunya kuasa Eropah (tidak termasuk Rusia) yang mempunyai spaceport kebangsaan sendirinya (Centre Spatial Guyanais). Perancis juga merupakan negara barat yang paling kurang bergantung kepada tenaga kerana pelaburan besar-besaran dalam kuasa nuklear yang menjadikan Perancis penghasil karbon dioksida yang paling kurang di kalangan tujuh negara paling berindustri di dunia. Oleh sebab pelaburan besar-besaran dalam teknologi nuklear, kebanyakan tenaga elektrik yang dihasilkan dalam negara ini dijana oleh loji tenaga nuklear (78.1% pada tahun 2006,[3] iaitu meningkat dari cuma 8% pada tahun 1973, 24% pada tahun 1980, dan 75% pada tahun 1990).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sumber: cité par le Financial Times
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan tourism.stat tidak disediakan
  3. DGEMP / Observatoire de l'énergie (April 2007). "Électricité en France: les principaux résultats en 2006". Diperoleh pada 2007-05-23. 

Templat:OECD