Fantastic Beasts and Where to Find Them

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fantastic Beasts and Where to Find Them
Fantastic Beasts.jpg
Pengarang Joanne Kathleen Rowling
(J. K. Rowling)
Bahasa Bahasa Inggeris
Siri -
Penerbit Bloomsbury Publishing PLC, Scholastic Press, Raincoast Books
Tarikh terbitan 2001
Bil. muka surat 64
ISBN -

Fantastic Beasts and Where To Find Them adalah sebuah buku terbitan tahun 2001 yang telah ditulis oleh J. K. Rowling di mana 80% keuntungannya disalurkan kepada kegunaan amal tajaan Charity Relief. Mengikut Charity Relief, hasil penjualan buku ini dan buku Quidditch Through the Ages telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak 15.7 juta Paun Sterling. Mengikut satu temu ramah pada tahun 2001 bersama pengeluar buku ini iaitu Scholastic, beliau sengaja memilih topik haiwan ajaib sebagai fokus buku ini kerana di dalam siri Harry Potter nukilan beliau, beliau banyak memberikan maklumat tentang jenis-jenis haiwan ajaib yang hidup dalam dunia sihir rekaan beliau. Walau bagaiamanapun, beliau tidak menggunakan nama sebenar beliau, sebaliknya menggunakan nama pedengan, Newt Scamander.

Buku Rekaan[sunting | sunting sumber]

Buku ini merupakan salah satu buku yang telah dijadikan kenyataan kerana buku ini sebenarnya adalah buku yang dihasilkan daripada buku rekaan daripada seorang watak rekaan iaitu pakar Magizoologi dan penulis buku ini iaitu Newt Scamander. Di dalam siri Harry Potter, Magizoologi adalah kajian terhadap makhluk ajaib yang muncul dalam siri Harry Potter.

Albus Dumbledore, pengetua Hogwarts, telah menyumbangkan prakata beliau yang menjelaskan tujuan edisi khas buku ini diterbitkan (sebenarnya tujuannya adalah untuk mengutip derma hasil penjualan buku ini). Pada penghujung prakata beliau, beliau telah berkata pada golongan Muggle, "...the amusing creatures described hereafter are fictional and cannot hurt you." ("...makhluk-makhluk ajaib yang menakjubkan yang ditampilkan ialah rekaan semata-mata dan tidak dapat mencederakan kamu."). Kepada golongan ahli sihir pula beliau berkata, "Draco dormiens nunquam titillandus", yang sebenarnya adalah moto Hogwarts . Frasa ini adalah frasa Latin yang bermaksud "Jangan Menganggu Naga yang Sedang Tidur".

Fantastic Beasts & Where to Find Them mengandungi sejarah Magizoologi dan mengambarkan 75 spesies haiwan ajaib yang dapat dijumpai di seluruh dunia. Scamander telah mengumpulkan kebanyakan makklumat yang berada di dalam buku ini hasil perjalanan merantau beliau selama bertahun-tahun merentasi lima benua. Penulis rekaan ini telah mendedahkan bahawa edisi pertama buku ini telah ditauliahkan kepada Encik Augustus Worme, pengusaha kedai Obscurus Book (Kedai Buku Obscurus) pada tahun 1918. Walau bagaiamanapun, buku ini hanya diterbitkan pada tahun 1927 dan kini telah mencapi edisi yang ke 52.

Buku ini adalah antara buku teks yang diperlukan oleh pelajar tahun pertama di Hogwarts, yang telah diguna pakai semenjak edisi pertama lagi. Walau bagaimanapun, tidak dapat dijelaskan mengapa pelajar tahun pertama memerlukan buku ini kerana mereka hanya menggunakan buku ini pada tahun ketiga mereka iaitu semasa subjek Penjagaan Makhluk Ajaib. Berkemungkinan juga buku ini digunakan sebagai ensiklopedia untuk subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Albus Dumbledore juga menyatakan bahawa buku ini amat berguna untuk kegunaan seharian selain untuk belajar di Hogwarts.

Terdapat beberapa nota tambahan, kesan contengan, dan komen dari Harry, Ron dan satu daripada Hermione. Berdasarkan komen mereka, mungkin ia telah dicoretkan semasa mereka berada di tahun keempat mereka iaitu semasa buku Harry Potter dalam Piala Api. Komen-komen dan kesan-kesan contengan ini adalah maklumat tambahan kepada para peminat, contohnya, pada bahagian Acromantula, terdapat nota yang mengesahkan kewujudan Acromantula di Scotland.

Disesuaikan dengan tajuk buku, rekaan buku ini turut terdapat satu kesan cakaran dari haiwan yang tidak dapat dikenal pasti.

Newt Scamander[sunting | sunting sumber]

Newton "Newt" Artemis Fido Scamander merupakan penulis rekaan bagi buku Fantastic Beasts and Where to Find Them, dilahirkan pada tahun 1897. Mengikut bahagian buku "About the Author" ("Mengenai Penulis"), Scamander menjadi seorang ahli magizoologi adalah kerana minat beliau terhadap makhluk ajaib ditambahkan lagi dengan dorongan ibunya, seorang pembiak Hippogriff.

Selepas menamatkan pengajiannya di Hogwarts, Scamander telah menyertai Kementerian Sihir di bawah Jabatan Kawalan dan Pengawalan Makhluk Ajaib. Kerjayanya termasuklah bertugas di Pejabat Penempatan Semula Elf Rumah, kemudian berpindah ke Bahagian Haiwan Ganas di bawah jabatan yang sama, pembentukan Senarai Daftar Seigala Jadian pada tahun 1947, pelulusan Pengharaman Pembiakan Secara Uji Kaji pada tahun 1965, dan pelbagai lawatan sambil membuat kajian untuk Biro Kajian dan Kekangan Naga. Sumbangan beliau terhadap bidang magizoologi telah melayakkan beliau untuk menerima Anugerah Merlin, Kelas Kedua pada 1979.

Beliau sekarang telah bersara, dan menetap di Dorset bersama isterinya Porpetina dan haiwan peliharaan mereka iaitu Kneazle yang setiap seekor diberi nama Hoppy, Milly dan Mauler.

Sungguhpun J. K. Rowling tidak pernah menyembunyikan hakikat bahawa beliau adalah penulis sebenar buku tersebut, namun beliau tidak begitu mengambil kira tentang penggunaan nama pedengan Newt Scamander pada buku hasil tulisan beliau.

Di dalam versi filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, nama beliau pernah muncul dalam Peta Penjarah, namun mengapa beliau berada di dataran Hogwarts tidak dapat diketahui.

Khilaf[sunting | sunting sumber]

Buku ini dikatakan mendahului tarikh-tarikh yang berlaku dalam siri Harry Potter. Di dalam beberapa bahagian di dalam buku ini telah ditambah dengan "maklumat baru" berdasarkan Harry dan Ron yang sebenarnya adalah sekadar komen mereka atau coretan yang disengajakan. Antaranya ialah::

  • Di bahagian Ministry Classifications (Pengelasan Kementerian), makhluk ajaib yang paling berbahaya dilabelkan sebagai XXXXX, yang telah ditambah dengan "or anything Hagrid likes" ("atau apa yang Hagrid suka").
  • Di mukasurat 2 bahagian Acromantula, buku ini menyatakan "Rumours that a colony of Acromantula has been established in Scotland are unconfirmed." ("Khabar angin ada menyatakan terdapat satu koloni Acromantula yang menetap di Scotland sungguhpun masih belum dapat disahkan".). Sebenarnya Harry dan Ron pernah bertemu dengan koloni tersebut semasa mereka berada di tahun kedua di Rimba Larangan. Di dalam buku ini versi Harry, perkataan "unconfirmed" ("tidak dapat disahkan") telah digariskan dan ditambahkan dengan "confirmed by Harry Potter and Ron Weasley" ("disahkan oleh Harry Potter dan Ron Weasley").
  • Di mukasurat 4 bahagian Basilisk , buku ini menyatakan "there have been no recorded sightings of Basilisks in Britain for at least four hundred years." ("tidak terdapat sebarang rekod penemuan Basilisk di Britain hampir empat ratus tahun".). Hal ini adalah tidak benar kerana Basilisk pernah dilihat muncul dalam buku kedua siri Harry Potter.[HP2] Disebabkan itu, terdapat satu komen yang ditulis "that's what you think" ("itu apa yang awak fikir") telah ditambah pada bahagian bawah daftar kemasukan itu.
  • Di bahagian daftar kemasukan Dragon (Naga), nama "Norwegian Ridgeback" (Naga Norwegia Bersirip[HP1] / Naga Norway Bersirip[HP4] / Naga Berabung Norwegia[HP7]) telah digariskan dan digantikan dengan perkataan "Baby Norbert" ("Si Cilik Norbert"), merujuk kepada anak naga yang ditetaskan sendiri oleh Hagrid sebelum ditunjukkan kepada Harry, Ron dan Hermione. Berdekatan, terdapat satu lagi artikel mengenai naga dengan nama "Hungarian Horntail" (Naga Tebuan Kayu Hungary), dan artikel tersebut dimulakan dengan "Supposedly the most dangerous of all dragons" ("Berkemungkinan antara naga yang paling bahaya") dan telah ditambahkan dengan coretan "you're not kidding" ("kamu memang tak bergurau").
  • Di bahagian daftar kemasukan Hippogriff, dinyatakan "may be domesticated" ("boleh dibiakkan") sungguhpun "though this should only be attempted by experts" ("dan ia sepatutnya dilakukan oleh mereka yang pakar"}. Bahagian ini telah digariskan dan disambungkan dengan nota yang tertulis "Has Hagrid read this book??" {"Pernah ke Hagrid baca buku ni??") yang merujuk kepada Hagrid yang telah membiakkan haiwan ini semasa mereka berada di tahun ketiga[HP3].
  • Di bahagian Kappa, buku ini telah mendakwa bahawa haiwan ini berasal dari Jepun yang telah ditambah dengan nota "Snape hasn't read this either" ("Snape tak pernah baca yang ini jugak"). Hal ini merujuk kepada komen Profesor Snape yang berkata "the Kappa is more commonly found in Mongolia" ("Kappa lebih banyak ditemui di Mongolia").[HP3]
  • Di bahagian Pixie (Pari-Pari), buku ini telah meletakkan makhluk ini sebagai haiwan kategori XXX . Walau bagaimanapun, nota ini telah ditambah dengan coretan "or XXXXXXX if you're Lockhart" ("atau XXXXXXX kalau kamu adalah Lockhart").
  • Di bahagian daftar kemasukan Puffskein, terdapat satu nota yang berkemungkinan telah ditulis oleh Ron yang berbunyi "I had one of those once" ("Aku pernah ada seekor") yang telah dibalas Harry "What happened to it?" ("Apa jadi?") dan telah dibalas dengan "Fred used it for Bludger practice" ("Fred gunakannya untuk latihan Bludger").

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]