Fil Marsyal (India)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fil Marsyal
Field Marshal

Lencana bahu pakaian seragam Fil Marsyal


Insignia bintang Fil Marsyal India

Negara India
Cabang perkhidmatan Tentera Darat India
Singkatan FM
Pangkat Pangkat lima bintang
Diperkenalkan 26 Januari 1950
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya Tiada
Pangkat rendah seterusnya Jeneral
Persamaan pangkat tentera laut Laksamana Armada (Indian Navy)
Persamaan pangkat tentera udara Marsyal Tentera Udara (Indian Air Force)

Fil Marsyal (atau field marshal, disingkatkan sebagai FM) adalah pegawai lima bintang dan merupakan pangkat tertinggi sekali dalam Tentera Darat India. Pangkat Fil Marsyal betul-betul berada diatas Jeneral, tetapi tidak dilaksanakan dalam struktur tentera darat tetap. Ia lebih kepada adat istiadat atau pangkat masa perang, pernah dianugerahkan sebanyak dua kali. Insignia fil marsyal terdiri daripada lambang negara diatas baton dan pedang bersilang didalam kalungan bunga teratai.

Sam Manekshaw merupakan field marshal pertama India, dan dianugerahkan pangkat itu pada Januari 1973. Fil marsyal kedua adalah Kodandera M. Cariappa, yang telah dikurniakan pada 28 April 1986.

Pangkat fil marsyal setaraf dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut India atau Marsyal Tentera Udara dalam Tentera Udara India. Dalam tentera laut, pangkat Laksamana Armada tidak pernah dikurniakan, tetapi bagi tentera udara, Arjan Singh telah dianugerahkan pangkat Marsyal Tentera Udara.

Tentera Laut Tentera Darat Tentera Udara
Pegawai bertauliah
Admiral of
the Fleet
Field marshal atau
General of the army
Marshal of
the air force
Admiral General Air chief marshal
Vice admiral Lieutenant general Air marshal
Rear admiral Major general Air vice marshal
Commodore Brigadier atau
brigadier general
Air commodore
Captain Colonel Group captain
Commander Lieutenant colonel Wing commander
Lieutenant
commander
Major atau
commandant
Squadron leader
Lieutenant Captain Flight lieutenant
Lieutenant
junior grade
atau
sub lieutenant
Lieutenant atau
first lieutenant
Flying officer
Ensign atau
midshipman
Second lieutenant Pilot officer
Officer cadet Officer cadet Flight cadet
Lain-lain pangkat
Warrant officer atau
chief petty officer
Warrant officer atau
sergeant major
Warrant officer
Petty officer Sergeant Flight sergeant
Leading seaman Corporal atau
bombardier
Corporal
Seaman Private atau
gunner atau
trooper
Aircraftman atau
airman
Talk·View

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, hanya dua pegawai Tentera Darat India pernah dikurniakan pangkat itu. Ia pertama kali dianugerahkan kepada Sam Manekshaw pada tahun 1973, sebagai pengiktirafan jasa bakti dan kepimpinannya dalam Perang India-Pakistan 1971. Pada tahun 1971, selepas perang, Perdana Menteri Indira Gandhi memutuskan untuk menaikkan pangkat Manekshaw ke field marshal dan seterusnya melantik beliau sebagai Ketua Turus Pertahanan (CDS). Pelantikan ini dibatalkan selepas beberapa bantahan daripada birokrasi dan para panglima tentera laut dan tentera udara. Pada 3 Januari 1973, semasa tempohnya sebagai Ketua Turus Tentera Darat (COAS) Manekshaw telah dikurniakan pangkat field marshal pada upacara yang di adakan di Rashtrapati Bhavan (istana presiden).[1][2] Oleh kerana ia adalah pelantikan pertama, beberapa hak pangkat, termasuk lencana dan riben, masih belum diperbuat. Beberapa minggu sebelum pelantikan Manekshaw, lencana pangkat field marshal telah dihasilkan di bengkel Tentera Darat di Delhi Cantonment. Ia telah diilhamkan dari insignia Fil Marsyal British.[3]

Individu kedua yang dikurniakan pangkat ini adalah Kodandera M. Cariappa, rakyat India pertama yang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Darat India. Tidak seperti Manekshaw, yang dikurniakan pangkat ini sejurus sebelum persaraannya,[a] Cariappa sudahpun bersara pada tahun 1953, dan sejak field marshal tidak pernah bersara, oleh itu pegawai yang bersara tidak boleh diberi pangkat ini. Tetapi sebagai tanda terima kasih atas khidmat bakti yang ditunjukkan olehnya kepada negara, Kerajaan India mengenepikan kriteria yang ditetapkan, dan menganugerahkan pangkat field marshal kepada beliau pada 28 April 1986 dalam satu upacara pengurniaan khas yang diadakan di Rashtrapati Bhavan.[4][5]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Field marshal adalah pangkat lima bintang dan merupakan yang tertinggi sekali dalam Tentera Darat India. Walaupun pangkat ini berada di atas Jeneral, ia tidak dinyatakan dalam struktur tetap. Ia lebih kepada adat istiadat atau pangkat masa perang, hanya dikurniakan sebanyak dua kali.[6] Pangkat field marshal menerima gaji penuh seorang jeneral 4 bintang, dan dianggap pegawai berkhidmat sehingga mati. Mereka memakai pakaian seragam penuh pada semua majlis upacara. Selain itu, mereka juga mengurus sebuah pejabat di Markas Tentera Darat bersama dengan sekretariat.[6]

Pangkat Field marshal setaraf dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut India atau Marsyal Tentera Udara dalam Tentera Udara India. Sehingga kini Arjan Singh adalah satu-satunya pemegang pangkat Marsyal Tentera Udara, tiada pegawai yang pernah dinaikkan pangkat ke Laksamana Armada.[6]

Insignia[sunting | sunting sumber]

Lencana field marshal terdiri daripada lambang kebangsaan di atas baton dan pedang bersilang dalam kalungan bunga teratai. Pada hari pelantikan, field marshal dianugerahi baton bertakhta emas yang boleh dibawa ke majlis-majlis rasmi. Lencana bintang, yang terdiri daripada 5 bintang emas di atas jalur merah, digunakan pada bendera kereta, bendera pangkat dan sebagai pelapik gorjet.[6]

Pemegang pangkat[sunting | sunting sumber]

Sam Manekshaw[sunting | sunting sumber]

Sam Manekshaw, MC (3 April 1914 – 27 Jun 2008),[7][2] juga dikenali sebagai "Sam Bahadur" ("Sam the Brave"), merupakan pegawai Tentera Darat India pertama yang dinaikkan pangkat ke field marshal.[6] Ditauliahkan ke dalam Tentera India British pada 1 Februari 1935 dengan senioriti anté–date ditetapkan pada 4 Februari 1934,[8] Kerjaya tentera cemerlang Manekshaw menjangkau empat dekad dan lima peperangan, bermula dengan tugasan dalam Perang Dunia II. Beliau pertama kali diserapkan ke Batalion Ke-2 Royal Scots, dan kemudian ditempatkan ke Batalion Ke-4 Rejimen Ke-12 Pasukan Sempadan, yang biasanya dikenali sebagai Sikh Ke-54. Selepas pembahagian India, beliau telah ditugaskan semula ke Rejimen Ke-16 Punjab.[9][10][11]

Manekshaw menjadi Ketua Turus Ke-8 Tentera Darat India pada tahun 1969,[12] dan dibawah pemerintahannya tentera India berjaya menjalankan kempen terhadap Pakistan dalam Perang India-Pakistan 1971 yang membawa kepada Kemerdekaan Bangladesh pada Disember 1971. Hasil muktamad yang dicapai oleh Tentera Darat India semasa perang ini, dibawah kepimpinan cekap Manekshaw, memberikan rasa percaya yang baru kepada negara,[13] dan sebagai mengiktiraf khidmat baktinya, pada Januari 1973 Presiden India mengurniakan pangkat field marshal kepadanya.[1] Kemudian, beliau juga dianugerahkan pingat Padma Vibhushan dan Padma Bhushan, iaitu anugerah awam kedua dan ketiga tertinggi India, bagi khidmat baktinya pada negara.[10][14]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Walaupun Sam Manekshaw dikurniakan pangkat field marshal pada tahun 1973, ia dilaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima elaun lengkap sebagai field marshal. Sehinggalah Presiden Abdul Kalam mengambil inisiatif untuk menemui Manekshaw di Wellington, dan memastikan bahawa field marshal dihadiahkan dengan cek bernilai ₹1.3 crore –tunggakan gajinya selama lebih 30 tahun. Lebih mengejutkan lagi, pengebumian Manekshaw tidak dihadiri oleh orang-orang atasan dari jabatan awam, tentera, dan politik.[3][15]

Kodandera Madappa Cariappa[sunting | sunting sumber]

Kodandera Madappa Cariappa, OBE (28 Januari 1899 – 15 Mei 1993),[16] merupakan rakyat India pertama yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat India. Kerjaya cemerlang tenteranya menjangkau hampir tiga dekad. Cariappa menyertai Tentera Darat India British pada 1 Disember 1919, dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda sementara dalam 2/88 Carnatic.[16] Beliau kemudian ditukarkan ke Raifal 2/125 Napier, kemudian ke Rejimen Ke-7 Prince of Wales Own Dogra pada Jun 1922, dan akhirnya ke 1/7 Rajput, yang menjadi rejimen induknya.[5][17][18]

Beliau merupakan pegawai India pertama menghadiri kursus di Maktab Turus, Quetta, orang India pertama memerintah sebuah batalion[b] dalam Tentera Darat India,[20] dan juga merupakan salah seorang dari dua rakyat India yang terpilih menjalani kursus latihan di Maktab Pertahanan Imperial,[21] Camberly, UK. Beliau berkhidmat di beberapa tugasan staf di pelbagai unit dan markas pemerintahan (HQ) dan juga di Markas Besar, New Delhi.[5]

Beliau memimpin tentera India di Kashmir semasa Perang India-Pakistan 1947. Beliau adalah anggota Jawatankuasa Kecil Tentera Darat bagi Jawatankuasa Pemulihan Angkatan Tentera, yang memisahkan Tentera India British kepada Tentera Darat India dan Tentera Darat Pakistan selepas Pembahagian India pada tahun 1947.[22] Selepas persaraannya dari Tentera Darat India pada tahun 1953, beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Australia dan New Zealand sehingga tahun 1956.[23][24] Sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan cemerlangnya kepada negara, Kerajaan India mengurniakan pangkat field marshal kepada Cariappa yang berusia 87 tahun, pada 28 April 1986.[5][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

  1. ^ Manekshaw was conferred the rank of field marshal just a few days before his term as COAS ended.[2]
  2. ^ A battalion comprises four rifle companies. A rifle company comprises four platoons. A platoon consists of a section which has 10 men.[19]

Petikan

  1. ^ a b Singh 2005, m/s. 215.
  2. ^ a b c Sharma 2007, m/s. 59–61.
  3. ^ a b Lt Gen Sk Sinha. "The Making of a Field Marshal". Indian Defence Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 4 September 2016.
  4. ^ a b Singh 2005, m/s. 49.
  5. ^ a b c d Sharma 2007, m/s. 43–45.
  6. ^ a b c d e "Did You Know That Only 3 People Have Been Given The Highest Ranks In The Indian Armed Forces?". Scoop Whoop (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2017. Dicapai pada 4 September 2016.
  7. ^ Singh 2005, m/s. 183.
  8. ^ Singh 2005, m/s. 188–189.
  9. ^ Singh 2002, m/s. 237–259.
  10. ^ a b Vinod Saighal (29 Jun 2008). "Obituary Field Marshal Sam Manekshaw". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2016. Dicapai pada 4 September 2016.
  11. ^ Tarun Vijay (30 Jun 2008). "Saluting Sam Bahadur". Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 4 September 2016.
  12. ^ Singh 2005, m/s. 213.
  13. ^ Singh 2005, m/s. 210–211.
  14. ^ "Play It Again, Sam". Outlook India. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2016. Dicapai pada 4 September 2016.
  15. ^ Nitin Gokhale (3 April 2014). "Remembering Sam Manekshaw, India's greatest general, on his birth centenary". NDTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2016. Dicapai pada 4 September 2016.
  16. ^ a b Singh 2005, m/s. 21.
  17. ^ Singh 2005, m/s. 23.
  18. ^ "Viewing Page 7663 of Issue 32878". The London Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2016. Dicapai pada 4 September 2016.
  19. ^ "STRUCTURE". Indian Army. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2016. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  20. ^ Singh 2005, m/s. 29.
  21. ^ Singh 2005, m/s. 33.
  22. ^ Singh 2005, m/s. 34.
  23. ^ Singh 2005, m/s. 46.
  24. ^ "Previous High Commissioners". The High Commission of India in Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2016. Dicapai pada 4 September 2016.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]