Filem Bawang Putih Bawang Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bawang Putih Bawang Merah
FilemBawangPutihBawangMerah.jpg
Pengarah S. Roomai Noor
Pengarang Lakon layar:
Sinematografi Hitam-putih
Mula ditayang 1959
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Filem Bawang Putih Bawang Merah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1959. Filem Bawang Putih Bawang Merah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Bawang Putih Bawang Merah diarah oleh pengarah S. Roomai Noor pada 1959.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

  • Pak Ali mempunyai dua orang isteri iaitu Labu dan Kundor. Hasil dari perkahwinannya yang pertama, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Bawang Merah. Isteri keduanya, Kundor turut melahirkan seorang anak perempuan bernama Bawang Puteh.

Selepas kematian Pak Ali, hidup Labu dan Bawang Merah semakin terseksa apabila mereka dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah. Tambah menyedihkan, Kundor tergamak membunuh Labu. Hidup Bawang Merah semakin tertekan. Kelembutan, kecantikan dan kemerduan suara Bawang Merah telah berjaya menambat hati seorang putera raja negeri itu. Putera raja tersebut melamar Bawang Merah. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. Kundor dan Bawang Puteh semakin cemburu. Dalam diam mereka berhasrat untuk menghancurkan perkahwinan tersebut. Bawang Merah dipukau dan disuruh melakukan pelbagai muslihat untuk menguji kasih sayang putera raja itu terhadapnya. Berjayakah rancangan Kundor dan Bawang Puteh untuk menghancurkan kebahagiaan Bawang Merah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Latifah Omar, Umi Kalthoum, Mustapha Maarof, Aminah Yem, Siti Tanjung Perak

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Laju-laju Buaiku Laju
  • Perigi Biru
  • Bunga Hutan
  • Bunga Anggerik
  • Sireh Pinang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]