Ho Ah Loke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ho Ah Loke merupakan antara mereka yang terawal terbabit dalam bidang perfileman Melayu di (Malaysia/Singapura). Pada tahun 1952, Ho Ah Loke membuka studio di Jalan Tempines, Singapura, memangil syarikatnya sebagai Rimau Film Productions. Selepas meghasilkan satu filem, dia menukar namanya kepada Keris Film Productions. Ho memiliki beberapa pawagam kecil melalui pembabitannya sebagai pengedar filem. Dia berjaya menghasilkan beberapa filem, dan pada tahun 1956 bergabung dengan Cathay Organisation, yang dimiliki oleh jutawan Loke Wan Tho. Syarikat tersebut dinamakan Cathy-Keris Film Productions dengsn studionya di Jalan East Coast Road, Singapura. Dengan rangkaian pawagam mereka diseluruh Malaysia dan Singapura, filem Cathay-Keris merupakan saingan kepada filem yang dihasilkan oleh studio Shaw MFP. Studio Shaw menghasilkan sekitar sepuluh filem setahun, sementara Cathay-Keris turut menghasilkan sejumlah yang sama.