Sistem berparlimen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta negara mengikut sistem kerajaan
Negara-negara beraja berperlembagaan di mana kekuasaan terletak pada parlimen bertanda merah. Negara-negara republik berparlimen di mana kuasa parlimen mengatasi ketua negara yang berasingan bertanda jingga. Negara-negara republik berparlimen di mana peranan ketua kerajaan dan ketua negara digabungkan bertanda hijau.
Siri Politik
Subsiri Politik

Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan. Dalam sistem sebegini, ketua kerajaan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.

Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan resam sekatan dan imbangan yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua kerajaan dan ketua negara, iaitu ketua kerajaan sebagai perdana menteri, dan ketua negara pula sebagai boneka, tidak kira presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (raja berperlembagaan).

Senarai negara yang mengamalkan sistem berparlimen[sunting | sunting sumber]

Sistem ekadewan[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada satu dewan.

Negara Parlimen
Albania Kuvendi
Bangladesh Jatiyo Sangshad
Bulgaria Perhimpunan Kebangsaan
Botswana Parlimen
Burkina Faso Perhimpunan Kebangsaan
Croatia Sabor
Denmark Folketing
Dominica Dewan Perhimpunan
Estonia Riigikogu
Finland Eduskunta/Riksdag
Greece Parlimen Yunani
Hungary Perhimpunan Kebangsaan
Iceland Althing
Israel Knesset
Kosovo Kuvendi
Kuwait Perhimpunan Kebangsaan Kuwait
Latvia Saeima
Lithuania Seimas
Lubnan Perhimpunan Timbalan
Luxembourg Chamber of Deputies
Macedonia, Republik Sobranie
Malta Dewan Perwakilan
Mauritius Perhimpunan Kebangsaan
Moldova Parlimen
Mongolia Khural Besar Negara
Montenegro Parlimen
Nepal Legislature-Parliament
New Zealand Parlimen
Norway Stortinget
Palestin, Pihak Berkuasa Parlimen
Papua New Guinea Parlimen Kebangsaan
Portugal Perhimpunan Republik
Saint Kitts dan Nevis Perhimpunan Kebangsaan
Saint Vincent dan Grenadines Dewan Perhimpunan
Samoa Fono
Scotland Parlimen Scotland
Serbia Perhimpunan Kebangsaan
Singapura Parlimen
Slovakia Majlis Negara
Sri Lanka Parlimen
Sweden Riksdag
Turki Perhimpunan Kebangsaan Besar
Ukraine Verkhovna Rada
Vanuatu Parlimen

Sistem dwidewan[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada dua dewan.

Negara/Pertubuhan Parlimen Dewan pertuanan Dewan rakyat
Afrika Selatan Parlimen Majlis Wilayah-Wilayah Kebangsaan Perhimpunan Kebangsaan
Australia Parlimen Komanwel Senat Dewan Perwakilan
Austria Parlimen Majlis Persekutuan Majlis Negara
Antigua dan Barbuda Parlimen Senat Dewan Perwakilan
Bahamas Parlimen Senat Dewan Perhimpunan
Barbados Dewan Perhimpunan Senat Dewan Perhimpunan
Belanda Staaten-Generaal (Jendral-Negara) Eerste Kamer (Senat) Tweede Kamer (Dewan Perwakilan)
Belize Perhimpunan Kebangsaan Senat Dewan Perwakilan
Belgium Parlimen Persekutuan Senat Dewan Perwakilan
Bhutan Parlimen Majlis Negara Perhimpunan Kebangsaan
Czech, Republik Parlimen Senat Dewan Timbalan
Eropah, Kesatuan Majlis Kesatuan Eropah Parlimen Eropah
Habsyah Perhimpunan Parlimen Persekutuan House of Federation Dewan Wakil Rakyat
Jerman Perundangan Persekutuan/Bundesversammlung (Perhimpunan Persekutuan) Bundesrat (Majlis Persekutuan) Bundestag (Diet Persekutuan)
Grenada Parlimen Senat Dewan Perwakilan
India Parlimen (Sansad) Rajya Sabha (Majlis Negeri) Lok Sabha (Dewan Rakyat)
Ireland Oireachtas Seanad Éireann Dáil Éireann
Iraq Perhimpunan Kebangsaan Majlis Kesatuan[1] Majlis Perwakilan
Itali Parlimen Senat Republik Dewan Timbalan
Jamaica Parlimen Senat Dewan Perwakilan
Jepun Diet Dewan Kaunselor Dewan Perwakilan
Kanada Parlimen Senat Dewan Rakyat
Malaysia Parlimen Dewan Negara Dewan Rakyat
Pakistan Parlimen Senat Perhimpunan Kebangsaan
Poland Parlimen Senat Sejm
Romania Parlimen Senat Dewan Timbalan
Saint Lucia Parlimen Senat Dewan Perhimpunan
Sepanyol Cortes Generales Senat Kongres Timbalan
Slovenia Parlimen Majlis Kebangsaan Perhimpunan Kebangsaan
Switzerland Perhimpunan Persekutuan Majlis Negeri-Negeri Majlis Kebangsaan
Thailand Perhimpunan Kebangsaan Senat Dewan Perwakilan
Trinidad dan Tobago Parlimen Senat Dewan Perwakilan
United Kingdom Parlimen House of Lords House of Commons

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Majlis Kesatuan ditetapkan dalam perlembagaan Iraq tetapi kini belum diwujudkan.