Yang di-Pertua Negeri
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.
Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.
Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Gabenor akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.
Isi kandungan |
Fungsi dan peranan [sunting]
Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:
- Ketua Kerajaan Negeri
- Fungsi Kehakiman
- Fungsi Pertadbiran
- Kuasa Pengampunan
- Sumber Kehormatan dan Daulat.
Senarai Yang di-Pertua Negeri [sunting]
Pulau Pinang [sunting]
| Nama | Tempoh berkhidmat |
|---|---|
| Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad | 1957 - 1967 |
| Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin | 1967 - 1969 |
| Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah | 1969 - 1975 |
| Tun Tan Sri Dato' Seri Dato' Haji Sardon bin Haji Jubir | 1975 - 1981 |
| Tun Datuk Dr. Haji Awang bin Hassan | 1981 - 1989 |
| Tun Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir | 1989 - 2001 |
| Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas | 2001 - sekarang |
Melaka [sunting]
| Nama | Tempoh berkhidmat |
|---|---|
| Tun Leong Yew Koh | 1957 - 1963 |
| Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf | 1963 - 1971 |
| Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid | 1971 - 1975 |
| Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan | 1975 - 1984 |
| Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj | 1984 - 2004 |
| Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob | 4 Jun 2004 - sekarang |
Sabah [sunting]
| Nama | Tempoh berkhidmat |
|---|---|
| Tun Datu Mustapha Datu Harun | 1963 - 1965 |
| Tun Pengiran Ahmad Raffae | 1965 - 1973 |
| Tun Mohd Fuad Stephen | 1973 - 1975 |
| Tun Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari) | 1975 - 1978 |
| Tun Ahmad Koroh | 1978 - 1979 |
| Tun Mohd Adnan Robert | 1979 - 1987 |
| Tun Mohd Said bin Keruak | 1987 - 1994 |
| Tun Sakaran Dandai | 1995 - 2002 |
| Tun Ahmadshah Abdullah | 2003 - 2010 |
| Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin | 1 Januari 2011 - sekarang |
Sarawak [sunting]
| Nama | Tempoh berkhidmat |
|---|---|
| Tun Abang Haji Openg | 1963 - 1969 |
| Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman | 1969 - 1977 |
| Tun Abang Muhammad Salahuddin | 1977 - 1981 |
| Tun Abdul Rahman Ya'kub | 1981 - 1985 |
| Tun Ahmad Zaidi Adruce | 1985 - 2000 |
| Tun Abang Muhammad Salahuddin | 2001 - sekarang |
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- Mengenai Kerajaan Malaysia, Portal Kerajaan Malaysia