Gabriel García Márquez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gabriel José de la Concordia García Márquez atau Gabriel García Márquez (nama singkatan Gabo) (6 Mac, 1927 di Aracataca, Magdalena - 17 April, 2014 di Bandar Raya Mexico, Mexico) ialah seorang penulis novel, wartawan, editor, penerbit, aktivis politik warganegara Colombia dan penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1982. Gabriel García Márquez menghabiskan sebahagian besar masanya di Mexico dan Eropah. Ketika ini beliau banyak menghabiskan masa beliau Mexico City. Beliau diketahui umum sebagai seorang penulis yang mengenalkan "realisme keajaiban" ("magical realism") dalam hasil penulisan yang telah menjulang kejayaan kesusasteraan dan komersil.

Ramai berpendapat García Márquez berada pada satu tahap yang sama dengan penulis-penulis seperti Boom Latinoamericano; Jorge Luis Borges, Alejo Carpentier, Carlos Fuentes, Mario Vargas Llosa dan Julio Cortázar; juga sebagai seorang penulis terulung abad ke-20.

Gabriel García Márquez ialah bapa kepada pengarah televisyen dan filem Rodrigo Garcia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Video[sunting | sunting sumber]