Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (Bahasa Sweden: Nobelpriset i litteratur, Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Literature) ialah penghargaan tahunan yang dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari mana-mana negara yang "telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cermelang dalam bidang kesusasteraan" (den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk riktning) menurut wasiat Alfred Nobel.[1][2] Setiap tahun, Akademi Sweden memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini dan mengumumkan pemenangnya pada awal bulan Oktober.[3]

Tatacara pencalonan[sunting | sunting sumber]

Pengumuman Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan di Akademi Sweden, Stockholm (2008)

Setiap tahun, Akademi Sweden menghantar borang permintaan pencalonan untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Kesemua ahli-ahli Akademi, ahli-ahli akademi dan persatuan kesusasteraan, profesor-profesor kesusasteraan dan bahasa, bekas pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan, dan presiden-presiden pertubuhan penulis dibenarkan menamakan seorang calon kecuali diri sendiri.[4]

Beribu-ribu borang permintaan dihantar setiap tahun, memulangkan kira-kira 50 usul. Usul-usul ini mesti diterima oleh Akademi sebelum 1 Februari, selepas itu dikaji oleh Jawatankuasa Nobel. Pada bulan April, senarai pencalonan dikurangkan kepada kira-kira 20 calon, dan pada musim panas dikurangkan kepada lima calon sahaja. Pada bulan-bulan berikutnya, dijalankan usaha mengkaji karya-karya calon yang layak tersebut. Pada bulan Oktober, tiba masanya ahli-ahli Akademi mengundi, dan calon yang meraih lebih separuh undian dinamakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Proses pemilihan undian ini tak banyak bezanya dengan Hadiah-Hadiah Nobel yang lain.[5]

Sejak julung kali dianugerahkan, hadiah wang tunainya ini sering berubah-ubah dan kini berada pada nilai 10 juta kronor Sweden.[6] Pemenangnya juga menerima sebutir pingat emas dan diploma Nobel serta diundang untuk bersyarah di "Minggu Nobel" di Stockholm; acara kemuncaknya ialah upacara penyampaian hadiah dan majlis jamuan pada 10 Disember.[7]

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima Negara Sebab
1901 Sully-Prudhomme.jpg Sully Prudhomme Perancis "pengiktirafan khas kepada karangan puisinya yang membuktikan keluhuran idealisme, kesempurnaan kesenian dan gabungan ciri-ciri nurani dan daya fikir yang jarang ditemui"[8]
1902 T-mommsen-2.jpg Theodor Mommsen Jerman "seniman penulisan sejarah yang teragung di dunia, khususnya kerana karya agungnya yang berjudul Sejarah Rom"[9]
1903 Björnstjerne Björnson, 1901.jpg Bjørnstjerne Bjørnson Norway "sebagai penghormatan kepada puisinya yang indah, mengagumkan dan versatil, yang sentiasa ditonjolkan oleh kesegaran inspirasinya dan kesucian semangatnya yang jarang ditemui"[10]
1904 Frédéric Mistral by Paul Saïn.jpg Frédéric Mistral Perancis "pengiktirafan kepada keaslian segar dan inspirasi tulen yang ada pada hasil pusinya, yang benar-benar mencerminkan persekitaran semula jadi dan semangat asli bangsanya, ditambah lagi dengan karyanya yang penting sebagai ahli filologi dari Provence"[11]
José Echegaray y Eizaguirre.jpg José Echegaray Sepanyol "pengiktirafan kepada berbilang karangan cemerlang yang membangkitkna semula tradisi-tradisi drama Sepanyol yang terhebat secara tersendiri dan aslinya"[11]
1905 Henryk Sienkiewicz 02.jpg Henryk Sienkiewicz Poland "kecemerlangannya sebagai pengarang epik"[12]
1906 Carducci.jpg Giosuè Carducci Itali "bukan sahaja disebabkan penghayatan mendalam dan penyelidikan kritis , malah penting sekali sebagai penghormatan kepada tenaga kreatif, kesegaran gaya, dan kegahirahan yang mencirikan maha karya puisinya"[13]
1907 Kiplingcropped.jpg Rudyard Kipling United Kingdom "disebabkan kuasa pemerhatian, keaslian imaginasi, kejantanan pemikiran dan bakat luar biasa bagi penceritaan yang mencirikan ciptaan pengarang temasyhur di dunia ini"[14]
1908 Rudolf Christoph Eucken.jpg Rudolf Christoph Eucken Jerman "pengiktirafan kepada pencarian kebenaran yang bersungguh-sungguh, daya pemikiran yang tajam, pemandangan yang luas, serta kemesraan dan kekuatan dalam penyampaian agar mewajarkan dan mengembangkan falsafah idealistik dalam kehidupan dalam karya-karyanya"[15]
1909 Selma Lagerlöf.jpg Selma Lagerlöf Sweden "sebagai penghargaan kepada idealisme tinggi, imaginasi hidup dan persepsi rohani yang mencirikan penulisannya"[16]
1910 Adolf Friedrich Erdmann von Menzel 042.jpg Paul von Heyse Jerman "sebagai penghormatan kepada bakat kesenian handal yang dipengaruhi idealisme yang dibuktikan melalui karjayanya yang lama dan berhasil sebagai penyajak lirik, dramatis, novelis dan penulis cerpen yang terkenal di dunia"[17]
1911 Maurice Maeterlinck.jpg Maurice Maeterlinck Belgium "sebagai penghargaan kepada kegiatan kesusasteraannya yang pelbagai segi, terutamanya karya-karya dramatisnya yang unggul kerana kekeyaan imaginasi serta ragam puisinya yang memperlihatkan inspirasi mendalam walaupun sesekali berbentuk cerita dongeng, sambil menarik hati pembaca serta merangsang imaginasi mereka secara penuh misteri"[18]
1912 G Hauptmann.jpg Gerhart Hauptmann Jerman "terutamanya sebagai pengiktirafan kepada penerbitannya yang berhasil, beraneka dan cemerlang dalam bidang seni dramatis"[19]
1913 Tagore3.jpg Rabindranath Tagore India "kerana rangkapnya yang amat sensitif, segar dan indah, yang mana beliau dengan begitu mahirnya telah menghasilkan fikiran puisinya yang disampaikan sendiri dalam kata-kata berbahasa Inggeris sebagai sebahagian kesusasteraan Barat"[20]
1914 Tiada penghadiahan
1915 Romain Rolland 1915.jpg Romain Rolland Perancis "sebagai penghormatan kepada idealisme tinggi dalam penerbitan sasteranya serta perasaan simpati dan cinta terhadap kebenaran yang disifatkan olehnya dalam pelbagai jenis manusia"[21]
1916 Johan Krouthén - Porträtt av Verner von Heidenstam.jpg Verner von Heidenstam Sweden "pengiktirafan kepada betapa pentingnya beliau sebagai pemimpin zaman baru bidang kesusasteraan kita"[22]
1917 Karl Gjellerup.jpg Karl Adolph Gjellerup Denmark "kerana puisinya yang beraneka dan kaya yang diilhamkan oleh buah fikiran yang tinggi mengawan"[23]
Henrik Pontoppidan.jpg Henrik Pontoppidan Denmark "kerana gambaran kehidupan masa kini di Denmark yang serba tulen"[23]
1918 Tiada penghadiahan
1919 Carl spitteler 1905.jpg Carl Spitteler Switzerland "sebagai pengiktirafan khas kepada karya epiknya, Olympian Spring"[24]
1920 Knut Hamsun.jpeg Knut Hamsun Norway "karya agungnya, Markens Grøde (Pertumbuhan Tanah)"[25]
1921 75px Anatole Perancis Perancis "pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang dalam kesusasteraan, yang dicirikan sedemikian oleh kemuliaan gaya, setia kawan yang erat sesama manusia, keanggunan, dan pembawaan keperancisan yang sejati"[26]
1922 Jacinto Benavente y Martinez.jpg Jacinto Benavente Sepanyol "kerana keceriaan kesinambungan tradisi drama Sepanyol"[27]
1923 William Butler Yeats by George Charles Beresford.jpg William Butler Yeats Ireland "kerana puisinya yang sentiasa berilham, yang memerikan semangat seluruh bangsa melalui nilai kesenian yang tinggi"[28]
1924 Władysław Reymont.jpg Władysław Reymont Poland "kerana karya epik kebangsaan agung, bertajuk Chłopi (Petani)"[29]
1925 George bernard shaw.jpg George Bernard Shaw Ireland "kerana karyanya yang terkenal kerana idealisme dan kemanusiaan, satira perangsang yang sering disemai dengan keindahan puisi luar biasa"[30]
1926 Grazia Deledda 1926.jpg Grazia Deledda Itali "kerana penulisan yang berilhamkan idealis yang jelas menggambarkan kehidupan di pulau asalnya dan membincangkan secara amnya masalah insani dengan mendalam dan rasa simpati"[31]
1927 Bergson-Nobel-photo.jpg Henri Bergson Perancis "pengiktirafan kepada buah fikirannya yang kaya dan kukuh serta kebijaksanaan yang disampaikan olehnya"[32]
1928 Sigrid Undset crop.jpg Sigrid Undset Norway "terutamanya kerana keberkesanan gambaran kehidupan di rantau Utara pada Zaman Pertengahan"[33]
1929 Thomas Mann 1937.jpg Thomas Mann Jerman "terutamanya kerana novel agungnya, Buddenbrooks, yang semakin meraih pengiktirafan sebagai salah satu karya kesusasteraan kontemporari yang klasik"[34]
1930 75px Sinclair Lewis Amerika Syarikat "kerana seni pemerihalan yang bersemangat dan jelas serta kebolehannya mereka jenis watak yang baru dengan penuh jenaka dan kelucuan"[35]
1931 Erik Axel Karlfeldt.jpg Erik Axel Karlfeldt Sweden "The poetry of Erik Axel Karlfeldt"[36]
1932 John galsworthy.jpg John Galsworthy United Kingdom "kerana seni penceritaan yang unggul yang paling menonjol dalam karya berjudul The Forsyte Saga"[37]
1933 Buninturzhansky.jpg Ivan Bunin tanpa kewarganegaraan, bermastautin di Perancis "kerana kesenian tegas yang dibawanya mengikut tradisi Rusia klasik dalam penulisan prosa"[38]
1934 Luigi Pirandello 1934.jpg Luigi Pirandello Itali "kerana kebangkitan semula seni dramatis dan indah yang berani dan bijaksana"[39]
1935 Tiada penghadiahan
1936 Inscription-on-tomb-of-hugh-oneill.jpg Eugene O'Neill Amerika Syarikat "kerana kuasa, kejujuran dan emosi mendalam dalam karya-karya dramatisnya yang terkandung dalam konsep tragedi yang asli"[40]
1937 Roger Martin du Gard 1937.jpg Roger Martin du Gard Perancis "kerana kuasa dan kebenaran kesenian ketika menggambarkan persengketaan sesama manusia serta ciri-ciri asas kehidupan masa kini dalam kitar novelnya Les Thibault"[41]
1938 Pearl Buck.jpg Pearl S. Buck Amerika Syarikat "kerana gambaran kehidupan para petani di China yang kaya dan benar-benar agung serta maha karya biografinya"[42]
1939 FransEemilSillanpää.jpg Frans Eemil Sillanpää Finland "pemahamannya yang mendalam mengenai masyarakat petani di negaranya serta kehalusan seninya yang menggambarkan cara hidup para petani dan hubungan antara mereka dan alam semulajadi"[43]
1940 Tiada penghadiahan
1941 Tiada penghadiahan
1942 Tiada penghadiahan
1943 Tiada penghadiahan
1944 Johannes Vilhelm Jensen 1944.jpg Johannes Vilhelm Jensen Denmark "kerana kekuatan dan kesuburan imaginasi puisinya yang luar biasa yang menggabungkan sifat ingin tahu berintelek yang luas pemandangannya dan gaya yang berani dan segar kreatifnya"[44]
1945 Gabriela Mistral-01.jpg Gabriela Mistral Chile "kerana puisi lirinya yang diilhamkan oleh emosi kuat dan menjulang namanya sebagai lambang aspirasi idealistik seluruh dunia Amerika Latin"[45]
1946 Hermann Hesse 1927 Photo Gret Widmann.jpg Hermann Hesse Jerman/Switzerland "kerana penulisan berilhamnya yang semakin berani dan mendalam, sambil memberikan contoh cita-cita kemanusiaan klasik serta gaya bermutu tinggi"[46]
1947 André Gide01.jpg André Gide Perancis "kerana karyanya yang menyeluruh dan penting dari segi kesenian, yang mana masalah dan keadaan insan disampaikan dengan rasa cinta tanpa ragu-ragu kepada kebenaran serta pandangan psikologi yang tajam"[47]
1948 T S Eliot Simon Fieldhouse.jpg T. S. Eliot United Kingdom "kerana sumbangan perintisnya yang ulung kepada puisi masa kini"[48]
1949 William Faulkner 01 KMJ.jpg William Faulkner Amerika Syarikat "kerana sumbangannya yang berkesan dan unik dari segi kesenian kepada pengkaryaan novel moden Amerika Syarikat"[49]
1950 Bertrand Russell United Kingdom "pengiktirafan kepada karyanya yang berbagai-bagai dan penting yang mana beliau memperjuangkan cita-cita kemanusiaan dan kebebasan berfikir"[50]
1951 Lagerkvist.jpg Pär Lagerkvist Sweden "kerana semangat kesenian dan kebebasan minda sejati yang diusahakannya dalam puisinya untuk mencari jawapan kepada persoalan abadi yang dihadapi manusia"[51]
1952 François Mauriac (1932).jpg François Mauriac Perancis "kerana wawasan rohanian mendalam serta kesenian penuh perasaan dalam novel-novelnya yang menembusi drama kehidupan insan"[52]
1953 Churchill portrait NYP 45063.jpg Winston Churchill United Kingdom "kerana kemahiran memerikan sejarah dan biografi serta bijak berpidato dalam mempertahankan nilai-nilai murni kemanusiaan"[53]
1954 Ernest Hemingway 1950.jpg Ernest Hemingway Amerika Syarikat "kerana kemahiran seni naratif yang baru-baru ini dibuktikan dalam karya The Old Man and the Sea (Lelaki Tua dan Laut), serta pengaruh yang digunakannya pada gaya kontemporari"[54]
1955 Laxness portrett einar hakonarson 1984.jpg Halldór Laxness Iceland "kerana kuasa epiknya yang hidup, yang telah memperbaharui seni naratif terulung di Iceland"[55]
1956 75px Juan Ramón Jiménez Sepanyol "kerana puisi liriknya yang membentuk contoh semangat tinggi dan ketulenan seni dalam bahasa Sepanyol"[56]
1957 Albert Camus, gagnant de prix Nobel, portrait en buste, posé au bureau, faisant face à gauche, cigarette de tabagisme.jpg Albert Camus Perancis "kerana hasil sastera terpentingnya yang bersungguh-sungguh menjelaskan masalah hati nurani insan pada masa kini"[57]
1958 75px Boris Pasternak Kesatuan Soviet "kerana pencapaian pentingnya dalam puisi lirik kontemporari dan bidang tradisi epik terulung Rusia"[58]
1959 Salvatore Quasimodo 1959.jpg Salvatore Quasimodo Itali "kerana puisi liriknya yang menyampaikan pengalaman tragis dalam kehidupan masa kini dengan berkobar-kobarnya"[59]
1960 Saint-John Perse 1960.jpg Saint-John Perse Perancis "kerana ketinggian mengawan dan imejan kenangan dalam puisinya yang mencerminkan keadaan masa kini secara khayalan"[60]
1961 Andric Ivo.jpg Ivo Andrić Yugoslavia "kerana daya epiknya yang membantunya memerikan tema dan menggambarkan takdir manusia yang dibentuk dari sejarah negaranya"[61]
1962 JohnSteinbeck crop.JPG John Steinbeck Amerika Syarikat "kerana karyanya yang realistik dan berimaginasi, menggabungkan kelucuan yang menyenangkan hati dan persepsi sosial yang tajam"[62]
1963 GiorgosSeferis.jpg Giorgos Seferis Greece "kerana karya liriknya yang terkemuka yang diilhamkan oleh penghayatan mendalam dalam dunia kebudayaan Yunani"[63]
1964 Jean-Paul Sartre FP.JPG Jean-Paul Sartre Perancis "kerana karyanya yang diperkaya dengan idea dan dipenuhi semangat kebebasan dan pencarian kebenaran, serta telah meluaskan pengaruhnya pada masa kini"[64]
1965 Sholokhov-1938.jpg Mikhail Sholokhov Kesatuan Soviet "kerana kuasa dan integriti kesenian yang digunakannya dalam karya epik the Don, untuk memerikan satu detik bersejarah dalam kehidupan bangsa Rusia"[65]
1966 Agnon.jpg Shmuel Yosef Agnon Israel "kerana seni naratifnya yang mendalam ciri-cirinya beserta motif-motif dari kehidupan bangsa Yahudi"[66]
Nelly Sachs 1966.jpg Nelly Sachs Jerman "kerana karya lirik dan dramatis ulungnya yang mentafsirkan takdir negara Israel dengan keteguhan yang mengharukan"[66]
1967 75px Miguel Ángel Asturias Guatemala "kerana pencapaian sastera hidupnya yang berakar-umbi dalam ciri-ciri dan tradisi kebangsaan kaum Indian di Amerika Latin"[67]
1968 Kawabata Yasunari Jepun "kerana penguasaan naratifnya yang menyampaikan intipati fikiran Jepun dengan penuh kepekaan"[68]
1969 75px Samuel Beckett Ireland "kerana karyanya dalam bentuk baru novel dan drama yang mengisahkan kemelaratan manusia moden"[69]
1970 A solzhenitsin.JPG Aleksandr Solzhenitsyn Kesatuan Soviet "kerana daya etika yang dimiliki beliau dalam mengejar tradisi kesusasteraan Rusia yang terpenting"[70]
1971 Pablo Neruda.jpg Pablo Neruda Chile "kerana serangkap puisi yang mengisahkan tindakan sesebuah daya alamiah menghidupkan takdir dan impian sesebuah benua"[71]
1972 Bundesarchiv B 145 Bild-F062164-0004, Bonn, Heinrich Böll.jpg Heinrich Böll Jerman Barat "kerana karyanya yang menggabungkan sudut pandangan luas dan kemahiran perwatakan yang sensitif menyumbang kepada pembaharuan kesusasteraan Jerman"[72]
1973 Patrick White Australia "kerana seni naratif epik dan psikologinya yang memperkenalkan benua baru ke dalam bidang kesusateraan"[73]
1974 Eyvindj.gif Eyvind Johnson Sweden "kerana seni naratif berpandangan jauh merentas rantau dan zaman demi kebebasan"[74]
Harry Martinson.jpg Harry Martinson Sweden "kerana karyanya yang menangkap titisan embun dan mencerminkan alam semesta"[74]
1975 Eugenio Montale Itali "kerana puisi terulungnya yang telah mentafsirkan nilai-nilai kemanusiaan dengan penuh kepekaan kesenian mengikut pandangan kehidupan tanpa ilusi"[75]
1976 Saul Bellow, 1990.jpg Saul Bellow Amerika Syarikat "kerana pemahaman insan dan kupasan terperinci mengenai budaya kontemporari yang digabungkan dalam karyanya"[76]
1977 Vicente Aleixandre Sepanyol "kerana karya puisi kreatifnya yang menjelaskan keadaan insan di alam semesta dan dalam masyarakat masa kini, sambil melambangkan pembaharuan besar dalam tradisi puisi Sepanyol antara zaman perang"[77]
1978 Isaac Bashevis Singer.jpg Isaac Bashevis Singer Amerika Syarikat "kerana seni naratif penuh perasaan yang berakar umbi dalam tradisi Yahudi Poland, yang menghidupkan keadaan manusia sejagat"[78]
1979 Elytis, Odysseas (1911-1996).jpg Odysseas Elytis Greece "kerana puisinya yang berlatarkan tradisi Greece, yang menggambarkan perjuangan manusia moden untuk mencapai kebebasan dan kreativiti dengan keteguhan membelai rasa dan kebijaksanaan daya fikir"[79]
1980 Czeslaw Milosz 1998 by Kubik.jpg Czesław Miłosz Poland
Amerika Syarikat
"dengan penuh kebijaksanaan tanpa kompromi, beliau menyuarakan keadaan manusia yang terdedah kepada dunia yang dibelenggui persengeketaan teruk"[80]
1981 Elias Canetti United Kingdom "kerana karyanya yang dikenali kerana pemandangan luas, kekayaan idea dan daya kesenian"[81]
1982 Gabriel Garcia Marquez 1984.jpg Gabriel García Márquez Colombia "kerana novel-novel dan cerpen-cerpennya yang menggabungkan fantasi dan realiti dalam dunia imaginasi yang diolah dengan begitu kaya, mencerminkan kehidupan dan konflik sebuah benua"[82]
1983 William Golding United Kingdom "kerana novel-novelnya yang menerangkan keadaan manusia di dunia masa kini dengan kebijaksanaan seni naratif realistik serta kepelbagaian dan kesejagatan mitos"[83]
1984 Jaroslav Seifert grave at Kralupy nad Vltavou cemetery CZ 0008.jpg Jaroslav Seifert Czechoslovakia "kerana puisinya yang dikurniai kesegaran dan kekayaan daya cipta memberikan imej pembebasan semangat waja dan keserbabolehan manusia"[84]
1985 Claude Simon Perancis "menggabungkan daya kreatif penyajak dan pelukis dalam novelnya dengan kesedaran masa yang mendalam ketika menggambarkan keadaan manusia"[85]
1986 Soyinka, Wole (1934).jpg Wole Soyinka Nigeria "membentuk drama kewujudan dalam sudut pandangan kebudayaan yang luas dan berbau puisi"[86]
1987 Joseph Brodsky Amerika Syarikat "kerana pengarangan menyeluruh yang penuh dengan kejelasan pemikiran dan puisi penuh perasaan"[87]
1988 Naguib Mahfouz Mesir "membentuk seni naratif Arab yang berkenaan dengan semua manusia melalui karya-karyanya yang kaya dengan nuansa"[88]
1989 Camilo José Cela, Miami Book Fair International, 1994.jpg Camilo José Cela Sepanyol "kerana prosa yang kaya dan intensif yang mencabar dengan membentuk bayangan kepincangan manusia dengan perasaan belas kasihan yang terkawal"[89]
1990 Paz0.jpg Octavio Paz Mexico "kerana karya penuh perasaan yang berpandangan luas, dicirikan oleh kepintaran membelai rasa dan integriti kemanusiaan"[90]
1991 Nadine Gordimer South Africa "yang banyak memanfaatkan kaum manusia dengan karya epiknya yang mengagumkan"[91]
1992 Derek Walcott.jpg Derek Walcott Saint Lucia "kerana karya puisi yang amat berkilauan, disokong oleh bayangan sejarah, hasil komitmen berbilang budaya"[92]
1993 Toni Morrison 2008-2.jpg Toni Morrison Amerika Syarikat "menghidupkan satu aspek terpenting dalam realiti Amerika Syarikat melalui novel-novel yang bercirikan daya wawasan dan erti puitis"[93]
1994 Kenzaburo Oe.jpg Ōe Kenzaburō Jepun "dengan daya puitisnya mencipta sebuah alam khayalan di mana kehidupan dan mitos bergabung untuk membentuk gambaran kurang menyenangkan mengenai kesusahan manusia masa kini"[94]
1995 Seamus Heaney 2004.jpg Seamus Heaney Ireland "kerana karya-karya dipenuhi keindahan lirik dan kedalaman etika, yang menyanjung tinggi keajaiban seharian dan zaman silam"[95]
1996 Szymborska(closeup).jpg Wisława Szymborska Poland "kerana puisi berironi persis yang membolehkan konteks sejarah dan biologi akhirnya diketahui dalam cebis-cebisan realiti manusia"[96]
1997 Dario Fo-Cesena.jpg Dario Fo Itali "mencontohi badut-badut Zaman Pertengahan untuk menakut-nakutkan golongan berkuasa serta meluhurkan martabat bangsa yang tertindas"[97]
1998 José Saramago Portugal "terus membolehkan kita untuk sekali lagi memahami realiti yang sukar, dengan cerita-cerita ibarat yang ditampung oleh imaginasi, rasa belas kasihan dan ironi"[98]
1999 Grass.JPG Günter Grass Jerman "cerita-cerita hitamnya yang suka bermain-main menggambarkan air muka sejarah yang dilupakan"[99]
2000 Gao Xingjian.jpg Gao Xingjian Perancis/China "kerana karya yang diisi keesahan sejagat, pandangan pahit dan kepintaran lingusitik, telah membuka ruang baru untuk pengkaryaan novel dan drama Cina"[100]
2001 V. S. Naipaul United Kingdom/Trinidad "kerana telah menyatukan naratif perseptif dan penelitian tegas dalam karya-karya yang menarik kita untuk melihat kewujudan sejarah yang tersembunyi"[101]
2002 Imre Kertész (1929-) Hungarian writer II. by Csaba Segesvári.JPG Imre Kertész Hungary "kerana karya yang mendukung pengalaman individu yang rapuh menentang kekejaman sejarah"[102]
2003 J.M. Coetzee.JPG J. M. Coetzee Afrika Selatan "dalam berbanyak-banyak samarannya menggambarkan penglibatan pihak luar yang tidak dijangka"[103]
2004 Elfriede jelinek 2004 small.jpg Elfriede Jelinek Austria "kerana curahan hujah-menghujah dalam novel-novel dan pementasan yang memperlihatkan ketidakmunasabahan dan penguasaan klise-klise masyarakat dengan semangat bahasa yang luar biasa"[104]
2005 Harold Pinter United Kingdom "yang mendedahkan jurang di bawah perbualan seharian yang tidak tentu biji butir serta memaksa kita masuk ke dalam bilik-bilik yang ditutupi penindasan, melalui persembahan dramanya"[105]
2006 Orhanpamuk2 cropped.jpg Orhan Pamuk Turki "yang telah mencari lambang-lambang baru untuk pertembungan dan jalinan antara budaya dalam pencarian semangat menung hiba di bandar raya asalnya"[106]
2007 Doris lessing 20060312 (square).jpg Doris Lessing Zimbabwe/United Kingdom "pengkarya epik pengalaman wanita yang meneliti sebuah tamadun yang berbelah bagi dengan keraguan, semangat berkobar-kobar dan daya berwawasan"[107]
2008 Jean-Marie Gustave Le Clézio-press conference Dec 06th, 2008-2.jpg J. M. G. Le Clézio Perancis "pengarang kisah-kisah baru, pengembaraan puitis dan keghairahan penuh nafsu, penjelajah kemanusiaan di luar dan dalam tamadun yang memerintah"[108]
2009 Herta Müller 2007.JPG Herta Müller Jerman/Romania "menggambarkan keadaan orang-orang yang dirampas hartanya dengan penumpuan puisi dan keterusterangan prosa"[109]
2010 Mario Vargas Llosa.jpg Mario Vargas Llosa Peru "mengkartografi struktur-struktur kuasa dan gambaran tajamnya mengenai tentangan, pemberontakan dan kekalahan individu".[110]
2011 Transtroemer.jpg Tomas Tranströmer Sweden "membuka laluan yang segar kepada alam nyata menerusi gambaran yang ringkas dan telus".[111]
2012 MoYan Hamburg 2008.jpg Mo Yan China "yang menggabungkan cerita rakyat, sejarah dan masa kini dengan realisme berhalusinasi"[112]
2013 [[File:|75px]] Alice Munro Kanada ""

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "The Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/. Capaian 2007-10-13. 
  2. John Sutherland. "Ink and Spit", Guardian Unlimited Books, The Guardian, October 13, 2007. Dicapai pada 2007-10-13. 
  3. "The Nobel Prize in Literature". Swedish Academy. http://www.swedishacademy.org/Templates/Article0.aspx?PageID=f6b62c21-7e52-408c-86f7-7eacd9144a13. Capaian 2007-10-13. 
  4. "Nomination for the Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nomination/literature/. Capaian 2007-10-13. 
  5. "Nomination and Selection of the Nobel Laureates in Literature". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nomination/literature/process.html. Capaian 2007-10-13. 
  6. "The Nobel Prize Amount". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/amount.html. Capaian 2007-10-13. 
  7. "The Nobel Prize Award Ceremonies". nobelprize.org. http://nobelprize.org/award_ceremonies/. Capaian 2007-10-13. 
  8. "Nobel Prize in Literature 1901". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1901/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  9. "Nobel Prize in Literature 1902". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1902/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  10. "Nobel Prize in Literature 1903". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1903/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  11. 11.0 11.1 "Nobel Prize in Literature 1904". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1904/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  12. "Nobel Prize in Literature 1905". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1905/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  13. "Nobel Prize in Literature 1906". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1906/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  14. "Nobel Prize in Literature 1907". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1907/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  15. "Nobel Prize in Literature 1908". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1908/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  16. "Nobel Prize in Literature 1909". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1909/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  17. "Nobel Prize in Literature 1910". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1910/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  18. "Nobel Prize in Literature 1911". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1911/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  19. "Nobel Prize in Literature 1912". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1912/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  20. "Nobel Prize in Literature 1913". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1913/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  21. "Nobel Prize in Literature 1915". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1915/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  22. "Nobel Prize in Literature 1916". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1916/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  23. 23.0 23.1 "Nobel Prize in Literature 1917". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1917/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  24. "Nobel Prize in Literature 1919". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1919/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  25. "Nobel Prize in Literature 1920". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1920/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  26. "Nobel Prize in Literature 1921". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1921/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  27. "Nobel Prize in Literature 1922". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1922/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  28. "Nobel Prize in Literature 1923". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1923/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  29. "Nobel Prize in Literature 1924". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1924/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  30. "Nobel Prize in Literature 1925". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1925/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  31. "Nobel Prize in Literature 1926". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1926/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  32. "Nobel Prize in Literature 1927". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1927/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  33. "Nobel Prize in Literature 1928". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1928/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  34. "Nobel Prize in Literature 1929". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1929/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  35. "Nobel Prize in Literature 1930". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1930/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  36. "Nobel Prize in Literature 1931". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1931/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  37. "Nobel Prize in Literature 1932". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1932/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  38. "Nobel Prize in Literature 1933". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1933/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  39. "Nobel Prize in Literature 1934". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1934/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  40. "Nobel Prize in Literature 1936". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1936/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  41. "Nobel Prize in Literature 1937". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1937/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  42. "Nobel Prize in Literature 1938". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1938/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  43. "Nobel Prize in Literature 1939". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1939/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  44. "Nobel Prize in Literature 1944". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1944/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  45. "Nobel Prize in Literature 1945". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1945/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  46. "Nobel Prize in Literature 1946". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1946/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  47. "Nobel Prize in Literature 1947". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1947/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  48. "Nobel Prize in Literature 1948". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1948/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  49. "Nobel Prize in Literature 1949". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1949/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  50. "Nobel Prize in Literature 1950". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1950/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  51. "Nobel Prize in Literature 1951". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1951/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  52. "Nobel Prize in Literature 1952". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1952/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  53. "Nobel Prize in Literature 1953". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1953/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  54. "Nobel Prize in Literature 1954". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1954/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  55. "Nobel Prize in Literature 1955". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1955/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  56. "Nobel Prize in Literature 1956". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1956/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  57. "Nobel Prize in Literature 1957". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1957/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  58. "Nobel Prize in Literature 1958". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1958/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  59. "Nobel Prize in Literature 1959". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1959/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  60. "Nobel Prize in Literature 1960". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1960/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  61. "Nobel Prize in Literature 1961". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1961/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  62. "Nobel Prize in Literature 1962". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1962/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  63. "Nobel Prize in Literature 1963". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1963/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  64. "Nobel Prize in Literature 1964". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1964/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  65. "Nobel Prize in Literature 1965". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1965/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  66. 66.0 66.1 "Nobel Prize in Literature 1966". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1966/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  67. "Nobel Prize in Literature 1967". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1967/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  68. "Nobel Prize in Literature 1968". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1968/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  69. "Nobel Prize in Literature 1969". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1969/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  70. "Nobel Prize in Literature 1970". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1970/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  71. "Nobel Prize in Literature 1971". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1971/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  72. "Nobel Prize in Literature 1972". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1972/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  73. "Nobel Prize in Literature 1973". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1973/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  74. 74.0 74.1 "Nobel Prize in Literature 1974". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1974/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  75. "Nobel Prize in Literature 1975". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1975/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  76. "Nobel Prize in Literature 1976". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1976/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  77. "Nobel Prize in Literature 1977". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1977/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  78. "Nobel Prize in Literature 1978". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1978/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  79. "Nobel Prize in Literature 1979". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1979/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  80. "Nobel Prize in Literature 1980". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1980/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  81. "Nobel Prize in Literature 1981". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1981/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  82. "Nobel Prize in Literature 1982". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1982/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  83. "Nobel Prize in Literature 1983". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1983/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  84. "Nobel Prize in Literature 1984". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1984/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  85. "Nobel Prize in Literature 1985". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1985/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  86. "Nobel Prize in Literature 1986". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1986/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  87. "Nobel Prize in Literature 1987". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1987/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  88. "Nobel Prize in Literature 1988". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1988/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  89. "Nobel Prize in Literature 1989". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1989/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  90. "Nobel Prize in Literature 1990". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1990/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  91. "Nobel Prize in Literature 1991". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1991/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  92. "Nobel Prize in Literature 1992". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1992/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  93. "Nobel Prize in Literature 1993". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1993/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  94. "Nobel Prize in Literature 1994". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1994/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  95. "Nobel Prize in Literature 1995". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1995/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  96. "Nobel Prize in Literature 1996". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1996/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  97. "Nobel Prize in Literature 1997". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1997/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  98. "Nobel Prize in Literature 1998". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1998/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  99. "Nobel Prize in Literature 1999". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1999/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  100. "Nobel Prize in Literature 2000". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2000/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  101. "Nobel Prize in Literature 2001". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2001/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  102. "Nobel Prize in Literature 2002". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2002/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  103. "Nobel Prize in Literature 2003". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2003/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  104. "Nobel Prize in Literature 2004". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2004/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  105. "Nobel Prize in Literature 2005". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2005/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  106. "Nobel Prize in Literature 2006". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2006/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  107. "Nobel Prize in Literature 2007". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2007/index.html. Capaian 2008-10-17. 
  108. "The Nobel Prize in Literature 2008". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2008/index.html. Capaian 2008-10-14. 
  109. "The Nobel Prize in Literature 2009". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2009/index.html. Capaian 2009-10-08. 
  110. "The Nobel Prize in Literature 2010". Nobel Foundation. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2010/index.html. Capaian 2010-10-07. 
  111. "The Nobel Prize in Literature 2011". Yayasan Nobel. http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2011/. Capaian 2011-10-06. 
  112. "Nobel Prize in Literature 2012". Yayasan Nobel. http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2012/. Capaian 11 October 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]