Geografi Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta geografi Iran
Iran merupakan sebuah negara yang bergunung ganang

Iran terletak di Asia Barat Daya, bersempadan dengan Teluk Oman, Teluk Parsi dan Laut Kaspia di antara Iraq dan Pakistan. Ia adalah antara negara yang paling bergunung ganang. Sifat geografi ini telah membentuk sejarah politik dan ekonominya untuk beberapa abad lamanya. Gunug-gunung ini membentuk beberapa lembangan yang menjadi pusat penempatan dan pertanian. Mempunyai keluasan 1,648,000 km per segi, iran merupakan negara ke 16 terbesar dunia, iaitu satu per lima saiz Amerika Syarikat. Tujuh puluh peratus daripada keluasannya dipenuhi dengan medium air.

Topografi[sunting | sunting sumber]

Topografi Iran

Topografi Iran atau Parsi terdiri daripada lingkaran gunung ganang yang berceranggah dan memagari beberapa lembangan. Banjaran utama ialah pergunungan Zagros yang mempunyai beberapa permatangan yang selari, mempunyai beberapa dataran di merata dan ia membahagi duakan Iran kepada timur laut dan tenggara. Kebanyakan puncak di Zagros melebihi 3000 meter atas aras laut dan di selatan dan tengah Iran, purata ketinggian puncak gunung jatuh dengan mendadak hingga ke 1,500 meter. Melingkari Laut Kaspia pula terdapat satu lagi banjaran yang sempit tetapi tinggi iaitu banjaran Alborz. Gunung Berapi Damavand (5,610 m) terletak di tengah-tengah Alborz dan merupakan puncak tertinggi di Iran.

Di tengah-tengah Iran terdapat beberapa lembangan yang dikenali sebagai Penara Tengah. Purata ketinggiannya ialah 900 meter. Dua padang pasir masin terletak di sebelah timur penara ini, iaitu Dashte Kavir dan Dashte Lut. Pusat penempatan di kawasan sini hanya tertumpu di wahah.

Hanya terdapat dua tanah rendah di Iran iaitu Dataran Khuzestan di tenggara dan dataran pantai Laut Kaspian di utara. Dataran Khuzestan merupakan sebahagian daripada kawasan tiga segi dataran Mesopotamia dan mempunyai purata lebar 160 km. Kebayakan tanah di Khuzestan diliputi dengan paya. Dataran pantai Kaspia lebih panjang tetapi lebih sempit. Ia berukuran 640 km di sepanjang Laut Kaspia dan kawasan paing lebar berukuran 50 km. Kawasan pantai di Teluk Parsi dan Teluk Oman tidak mempunyai dataran yang luas dan di beberapa tempat, banjaran Zagros mencecah kawasan pantai.

Tiada sungai besar di negara ini. Daripada sungai-sungai kecil di Iran, hanya Sungai Karun yang dapat dilayari dan mempunyai panjang 830 km. Bot-bot kecil dapat digunakan dari Khorramshahr ke Ahvaz, berjarak sepanjang 180 km. Sungai utama lain ialah Sungai Kharkeh, sepanjang 700 km, Sungai Zayandeh Rud, sepanjang 400 km. Sungai-sungai dari pergunungan Zagros dan Alborz mengalir hingga ke Teluk Parsi dan Laut Kaspia. Terdapat sebuah tasik masin iaitu Tasik Urmia di barat laut Iran yang mempunyai kandungan garam yang cukup untuk menampung hidupan akuatik.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Iran mempunyai iklim yang pelbagai. Di barat laut Iran mengalami musim salji yang sejuk dan salji yang turun cukup lebat dengan suhu di bawah takat beku. Musim panas pula lebih sederhana manakala musim bunga adalah panas dan kering. Di selatan, musim salji adalah sederhana tetapi musim bunga, suhunya terlalu panas dan suhu purata melebih 38 darjah selsius. Di dataran Khuzestan, musim bunganya panas dan lembap.

Umumnya, Iran mempunyai iklim yang kontang di mana kerpasan tahunan jatuh ketika bulan Oktober hingga April. Di kebanyakan tempat di Iran, purata kerpasan tahunan ialah 25 sentimeter atau kurang kecuali di lembah-lembah di pergunungan Zagros dan dataran pantai Kaspia, di mana kerpasan tahun melebihi 50 sentimeter. Di kawasan barat Laut Kaspia, hujan turun melebihi 100 sentimeter setiap tahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]