Geografi Syria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta terperinci Syria

Geografi Syria cuba menggambarkan keadaan rupa bumi negara Syria secara keseluruhan. Syria terletak di Asia Barat, bersempadan dengan Laut Mediterranean, di antara Lubnan dan Turki. Syria terdiri dari dataran tinggi kering, meskipun bahagian barat lautnya yang bersempadan dengan Laut Tengah cukup hijau. Sungai Furat, sungai paling penting di Syria, melintasi negara ini di timur. Negara ini dianggap satu dari lima belas negara yang dianggap termasuk "tempat bermulanya tamadun" (cradle of civilization).

Bandar besar termasuk ibu negara Damsyik di barat daya, Aleppo di utara, dan Homs. Kebanyakan bandar penting lain terletak di sepanjang pesisir. Lihat juga senarai bandar di Syria.

Iklim di Syria panas dan kering, meskipun musim dingin termasuk ringan. Kerana ketinggian negara ini, salji juga kadang-kala terjadi pada saat musim dingin.