Geografi Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta negara Jepun

Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan Pasifik di timur benua Asia. Pulau-pulau utama Jepun, dari utara ke selatan, adalah Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terkanal di kepulau Ryukyu. Di samping itu, kepulauan Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil.

73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan bandar-bandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang terdapat di negara Jepun.

Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru adalah Gempa Bumi Agung Hanshin yang terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Jepun merupakan kawasan beriklim sederhana dengan empat musim yang jelas. Disebabkan oleh jarak yang jauh dari utara Jepun ke selatan Jepun, iklimnya berbeza dari kawasan ke kawasan di mana utara jepun mengalami iklim yang sangat sejuk pada musim salji dan selatan jepun mengalami iklim subtropika. Iklim Jepun juga dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim salji dan sebalik pada musim panas.

Akhir Jun dan awal Julai merupakan musim hujan bagi Jepun kecuali di Hokkaido, as a seasonal rain front or baiu zensen (梅雨前線) stays above Japan. Pada akhir musim panas dan awal musim luruh taufan sering terbentuk. Taufan ini terjadi akibat daripada tekanan tropika di garisan khatulistiwa yang bergerak dari selatan barat ke timur laut dan ia sering membawa hujan yang sangat lebat.

Iklim Jepun boleh dibahagikan kepada enam zon iklim, iaitu:

  • Hokkaido: Hokkaido mempunyai iklim yang sederhana yang disertai musim salji yang panjang dan sejuk. Manakala musim panasnya bersuhu rendah dan sejuk. Kerpasan tidak berat tetapi kepulauan-kepulauannya sering membentuk tebing salji yang tinggi ketika musim salji.
  • Laut Jepun: Tiupan angin barat laut membawa salji yang sangat lebat. Pada musim panas, kawasan ini lebih sejuk berbanding kawasan Pasifik tetapi kadangkala suhu kawasan ini boleh mencapai suhu yang sangat tinggi kerana fenomena Foehn wind.
  • Central Highlands (Chuo-kochi): Mempunyai iklim kawasan pendalaman yang biasa. Perbezaan suhu antara musim panas dan musim sejuk dan waktu malam dan siang adalah sangat berbeza. Kerpasan ringan.
  • Seto Inland Sea (Seto-naikai): Iklim sederhana sepanjang tahun kerana kawasan gunung Chugoku dan gunung Shikoku menghalang laluan tiupan angin bermusim.
  • Lautan Pasifik: Mengalami musim sejuk yang mempunyai sedikit penurunan salji serta panas dan lembap semasa musim panas disebabkan oleh tiupan angin bermusim dari tenggara.
  • Nansei-shoto (Ryukyu) atau kepulauan di barat daya Jepun: Mempunyai iklim subtropika. Mengalami musim salji yang agak panas and dan musim panas yang bersuhu tinggi. Kerpasan adalah sangat berat terutamanya ketika musim hujan. Taufan adalah perkara biasa.