Gilberto Gil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gilberto Gil
Menteri Gil menentukan ritma untuk dasar kebudayaan Brazil

Lahir 26 Jun 1942
Brazil Salvador, Bahia, Brazil
Genre MPB
Reggae
Tahun aktif 1965 - kini
Laman web rasmi Laman web rasmi

Gilberto Passos Gil Moreira (lahir 26 Jun 1942) ialah penyanyi, pemain gitar, dan penulis lagu, serta juga Menteri Kebudayaan Brazil terkini. Beliau terkenal untuk rakaman-rakaman tropikalismonya pada akhir dekad 1960-an, termasuk "Roda", "Lunik 9", dan "Domingo No Parque". Elis Regina merakamkan banyak lagunya.


Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Gil memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli muzik bossa nova tetapi tidak lama kemudian, menulis lagu-lagu yang membayangkan tumpuan baru terhadap kesedaran politik serta aktivisme sosial, bersama-sama rakan penyanyinya, Caetano Veloso. Pada dekad 1970-an, Gil menambahkan unsur-unsur baru muzik Afrika dan Amerika Utara kepada tawarannya yang sudah banyak, dan meneruskan penerbitan album-albumnya yang termasuk Realce dan Refazenda. João Gilberto merakamkan lagu "Eu Vim Da Bahia" ("Aku berasal dari Bahia") untuk LP klasiknya, João Gilberto.

Pada tahun 1969, Gil dan Veloso ditangkap oleh kerajaan tentera Brazil kerana kegiatan-kegiatan anti-kerajaan mereka. Ketika dibebaskan, kedua-dua mereka dibuang negeri, dan pasangan itu berpindah ke London. Gil mula bermain dengan kumpulan-kumpulan seperti Yes, Pink Floyd, dan Pancaragam Incredible String semasa meneruskan kerjaya solonya. Pada dekad 1970-an, beliau membuat lawatan nyanyian di Amerika Syarikat dan merakamkan sebuah album bahasa Inggeris. Gil bekerjasama dengan Jimmy Cliff dan pada tahun 1980, menerbitkan versi kulit "Tiada Wanita, Tiada Tangisan" ("No Woman, No Cry") (Bob Marley & Wailers) yang mencapai kejayaan cemerlang ketika menjadi kegemaran ramai. Dengan itu, beliau juga memperkenalkan muzik reggae ke Brazil.

Gil meneruskan perakaman dan persembahannya, serta melibatkan diri dalam berbagai-bagai perjuangan sosial. Beliau kemudian dipilih untuk jawatan awam di Salvador, tempat asalnya, pada awal dekad 1990-an. Tropicália 2, albumnya bersama-sama Caetano Veloso pada tahun 1993, menonjolkan kulit lagu Jimi Hendrix, "Tunggu Sehingga Besok" ("Wait Until Tomorrow") yang telah dianggap sebagai salah satu usahanya yang terbaik sejak akhir dekad 1960-an.

Apabila Lula da Silva menjadi presiden Brazil pada Januari 2003, Gil dipilih sebagai Menteri Kebudayaan Brazil yang baru. Semasa merupakan menteri, Gil menerbitkan lagu-lagunya, Refazenda, Rebento, Refavela, dan Oslodum di bawah lesen pensampelan Creative Commons.

Pada Mei 2005, Gil dianugerahi dengan Hadiah Muzik Polar di Stockholm, Sweden dan dengan itu, merupakan penerima Amerika Latin yang pertama untuk anugerah tahunan tersebut. Anugerah itu diberinya oleh raja Sweden. Gil juga mempersembahkan empat buah lagu konsert luar pada hari sebelum persembahan anugerah, dan semula lagi pada hari persembahan dengan hanya dua buah lagu yang diiringi oleh Jimmy Cliff.

Pada September 2005, Gil dianugerahkan Légion d'honneur daripada Kerajaan Perancis berbetulan dengan perayaan Année du Brésil en France (Tahun Brazil di Perancis).

Pada tahun 2006, Gil menyokong pembaharuan dasar drug yang memperlakukan kegunaan drug sebagai suatu kebimbangan kesihatan awam dan bukannya keadilan jenayah.

Anak perempuannya, Preta Gil, juga menjadi ahli muzik.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • 1967: Louvação
  • 1968: Gilberto Gil (Frevo Rasgado)
  • 1969: Gilberto Gil (Cérebro Eletrônico)
  • 1971: Gilberto Gil (Nega)
  • 1972: Barra 69: Caetano E Gil Ao Vivo Na Bahia
  • 1972: Expresso 2222
  • 1974: Gilberto Gil Ao Vivo
  • 1975: Refazenda
  • 1977: Refavela
  • 1978: Gilberto Gil Ao Vivo Em Montreux
  • 1978: Refestança
  • 1979: Nightingale
  • 1979: Realce
  • 1981: Brasil
  • 1981: Luar (A Gente Precisa Ver o Luar)
  • 1981: Um Banda Um
  • 1983: Extra [WEA Latina]
  • 1984: Quilombo (Trilha Sonora)
  • 1984: Raça Humana
  • 1985: Dia Dorim Noite Neon
  • 1987: Gilberto Gil Em Concerto
  • 1987: Soy Loco Por Ti America
  • 1987: Trem Para As Estrelas (Trilha Sonora)
  • 1988: Ao Vivo Em Tóquio (Siaran langsung di Tokyo)
  • 1989: O Eterno Deus Mu Dança
  • 1991: Parabolic
  • 1994: Acoustic
  • 1995: Esoterico: Siaran langsung di Amerika Syarikat 1994
  • 1995: Oriente: Siaran langsung di Tokyo
  • 1996: Em Concerto
  • 1996: Luar
  • 1997: Indigo Blue
  • 1997: Quanta
  • 1998: Ao Vivo Em Tóquio (Siaran langsung di Tokyo) [Braziloid]
  • 1998: Copacabana Mon Amour
  • 1998: O Sol de Oslo
  • 1998: O Viramundo (Ao Vivo)
  • 1998: Quanta Siaran Langsung
  • 2000: Me, You, Them [Brazil]
  • 2001: Milton and Gil
  • 2001: São João Vivo
  • 2002: Kaya N'Gan Daya
  • 2002: Quanta Live [Brazil]
  • 2002: Z: 300 Anos de Zumbi
  • 2004: Eletrácustico
  • 2005: Ao Vivo
  • 2005: As Canções de Eu Tu Eles
  • 2005: Soul of Brazil
  • 2006: Gil Luminoso
  • 2006: Rhythms of Bahia
  • 2008: Banda Larga Cordel
  • 2009: BandaDois - Ao Vivo
  • 2010: Fé na festa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]