Hans-Peter Briegel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hans-Peter Briegel
Maklumat peribadi
Nama penuh Hans-Peter Briegel
Tarikh lahir (1955-10-11) 11 Oktober 1955 (umur 68)
Tempat lahir Rodenbach, Jerman Barat
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pertahanan, pemain tengah bertahan
Kerjaya remaja
1972–1974 SV Rodenbach
1974–1975 1. FC Kaiserslautern
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1975–1984 1. FC Kaiserslautern 240 (47)
1984–1986 Hellas Verona 55 (12)
1986–1988 Sampdoria 51 (9)
Jumlah 346 (68)
Pasukan kebangsaan
1976–1978 Jerman Barat Amatur 6 (0)
1978–1979 Jerman Barat B 2 (1)
1979–1986 Jerman Barat 72 (4)
Pasukan diurus
1989–1992 FC Glarus
1992–1994 SV Edenkoben
1994–1995 SG Wattenscheid 09
1999–2000 Beşiktaş
2001–2002 Trabzonspor
2002–2006 Albania
2006–2007 Bahrain
2007 Ankaragücü
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Hans-Peter Briegel (lahir 11 Oktober 1955) merupakan seorang pemain bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Sepanjang kariernya, beliau bermain sebagai pemain pertahanan atau pemain tengah.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan salah satu pemain bola sepak popular yang berasal dari Jerman pada eranya. Sukan asal Hans-Peter Briegel ialah olahraga dan beliau banyak bertanding dalam pelbagai acara antaranya lompat jauh (7 meter 50 cm) dan lompat kijang. Selain itu, Briegel memperoleh keputusan terbaik sebagai seorang atlet dalam Decathlon tetapi anak kepada seorang petani ini bergelut untuk bertanding dalam acara rejam lembing dan lompat tinggi. Jadi pada usia 17 tahun, beliau meninggalkan olahraga dan bermain untuk kelab tempatan, SV Rodenbach berdekatan Kaiserslautern. Pada masa itu, beliau bermain di posisi bek kiri dan pemain tengah bertahan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Erich Ribbeck membawa Hans-Peter Briegel untuk berlatih di kelab 1. FC Kaiserslautern kerana beiau tertarik stamina dan daya pada pemain muda itu. Selepas Briegel gagal merebut posisi penyerang, beliau seterusnya diletakkan pada posisi pertahanan. Sehingga tahun 1984, beliau kekal di kelab tempatan, 1. FC Kaiserslautern sebelum berpindah ke kelab Serie A, Hellas Verona. Di sini kemuncak karier beliau apabila beraksi di salah satu liga terbaik Eropah. Briegel dilihat kunci kejayaan kelab barunya apabila meraih kejuaraan Serie A tanpa diduga pada tahun 1985. Pada tahun yang sama, Briegel merangkul anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman sekali gus menjadikan beliau pemain ekspariat Jerman pertama meraih anugerah berprestij itu.

Selepas kontrak beliau bersama Hellas Verona tamat, Briegel menyertai kelab yang berpusat di Genoa, Itali iaitu Sampdoria. Beliau berjaya merangkul kejuaraan Coppa Italia sebelum bersara pada tahun 1988.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada jadual kelayakan Euro 1980 menentang Wales pada Oktober 1979,[1] Briegel melakukan penampilan sulungnya buat pasukan Jerman Barat. Beliau seterusnya sebahagian daripada pasukan Jerman Barat yang menduduki tempat naib juara pada kejohanan Piala Dunia FIFA 1982 dan turut mengambil bahagian dalam Euro 1984 ketika di bawah kendalian Jupp Derwall.

Pada perlawanan akhir Piala Dunia 1982, beliau bertanggungjawab menanggung kesalahan apabila mengasari pemain lawan, Bruno Conti di dalam kotak penalti lalu pengadil menganugerahkan tendangan penalti buat pasukan Itali. Mujurlah, tendangan penalti tersebut gagal merobek gawang gol pasukan Briegel. Walau bagaimanapun, pasukan Jerman Barat tetap tewas. Pengganti Derwall iaitu Franz Beckenbauer mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan Jerman Barat seterusnya menetapkan Briegel ke dalam skuad Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico. Beliau menjadi salah satu tonggak utama pasukan Jerman Barat yang mara ke perlawanan akhir sebelum tumpas ke tangan Argentina. Selepas kejohanan berprestij itu, Beckenbauer tidak berminat gaya permainan Briegel dan beliau tidak berhasrat untuk meletakkan Briegel ke dalam skuad Euro 1988 yang dianjurkan di tanah airnya sendiri. Oleh itu, Briegel telah melakukan 72 kemunculan antarabangsa.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Kelab pertama yang dikendali Briegel ialah kelab FC Glarus yang beraksi di divisyen dua Switzerland. Beliau seterusnya mengambil alih kelab liga bawahan Jerman, SV Edenkoben sebelum beliau menjadi pengurus pasukan tersingkir dari Bundesliga, SG Wattenscheid 09 pada tahun 1994. Pada tahun 1996, beliau menjadi direktor sukan 1. FC Kaiserslautern sebelum meletak jawatan pada Oktober 1997.

Beliau menerima tawaran dari Persatuan Bola Sepak Albania untuk menjawat jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Albania pada Disember 2002. Sebelum Briegel menjadi pengurus Albania, beliau menjawat beberapa jawatan pengurusan dan menimba sedikit pengalaman antaranya menjadi penolong jurulatih Karl-Heinz Feldkamp di Besiktas di Turki sebelum menjadi pengganti Feldkamp di kelab tersebut dari September 1999 hingga 30 Jun 2000. Selain itu, beliau turut menjadi ketua jurulatih satu lagi kelab Turki, Trabzonspor dari 7 November 2001 hingga 30 Jun 2002). Beliau seterusnya menjawat jawatan pengurus Albania dan melakar sedikit kejayaan pada tempoh kendaliannya dari tahun 2002 hingga 2006. Beliau juga salah satu jurulatih cemerlang Albania sepanjang masa dengan berjaya mengutip sekurang-kurangnya satu mata setiap perlawanan pada aksi kelayakan UEFA Euro 2004 dan kelayakan Piala Dunia 2006. Beliau meletak jawatan pada 9 Mei 200.

Pada Jun 2006, beliau bersetuju untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bahrain bagi menggantikan Luka Peruzović. Walau bagaimanapun, beliau dipecat pada 20 Januari 2007 ketika Piala Teluk 2007.

Kelab paling terkini dikendalikan Briegel adalah kelab Liga Super Turki, Ankaragücü sebelum beliau meletak jawatan pada penghujung musim 2006–07.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
19 November 1980 Hanover, Jerman Barat  Perancis
2–0
4–1
Persahabatan
2
24 Mei 1981 Lahti, Finland  Finland
0–1
0–4
Kelayakan Piala Dunia 1982
3
24 Mei 1984 Zurich, Switzerland  Itali
1–0
1–0
Persahabatan
4
12 Mac 1986 Frankfurt, Jerman Barat  Brazil
1–0
2–0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Verona[2]
Sampdoria[3]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman Barat

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arnhold, Matthias (13 March 2004). "Hans-Peter Briegel – International Appearances". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 2 January 2013.
  2. ^ name="Soccerway">"H. Briegel". Soccerway. Dicapai pada 17 September 2014.
  3. ^ name="Soccerway"
  4. ^ name="Soccerway"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]