Hari Suci Wajib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Dalam Gereja Roman Katolik, Hari Suci Wajib atau Hari Cuti Wajib, adalah hari-hari apabila

orang-orang beriman diwajipkan untuk menyertai Misa. Tambahan pula, mereka dilarang daripada melakukan kerja-kerja dan urusan-urusan yang akan menghalang penyembahan Tuhan, kegembiraan bersesuaian dengan Hari Tuhan, atau kesegaran dan istirahat minda dan badan.

sebagaimana yang dinyatakan dalam Kod Hukum Kanun (canon 1247).

Hari Suci Wajib bagi warga Katolik yang mengikut upacara Latin adalah ditunjukkan dalam canon 1246:

§1. Hari Ahad, iaitu hari apabila misteri paskal diraikan menurut tradisi apostolik, mesti diraikan dalam Gereja sejagat sebagai Hari Suci Wajib primordial. Hari-hari berikutnya juga mesti diraikan: Kelahiran Tuhan Yesus Kristus, Epifani (Jelmaan Tuhan), Keberangkatan-Nya ke Syurga, Tubuh dan Darah Kristus, Santa Maria bonda Tuhan, Kerahiman Ilahi, Kenaikan Maria ke Syurga, Santo Yusuf, Santo Petrus dan Santo Paulus, dan Para Orang Kudus.
§2. Dengan keizinan awal Paus, persidangan para biskop/uskup boleh mengurangkan hari-hari suci wajib atau memindahkannya kepada suatu Hari Ahad.

Hari-hari yang dimasukkan dalam kanun ini adalah:

Perayaan mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Di Kota Vatikan, tetapi bukan di semua Diosis Rom, Hari-hari Ahad dan kesepuluh-sepuluh hari yang disenaraikan dalam kanun 1246 adalah diraikan sebagai Hari Suci Wajib. Ini tidak sama dengan negara-negara lain. Secara amnya persidangan para Uskup, seperti mana yang diizinkan oleh kanun yang sama, telah mengurangkan bilangan hari-hari suci wajib, kecualilah Hari Ahad, kepada jumlah kurang daripada sepuluh.

Tiga daripada sepuluh hari-hari perayaan di atas telah dialih ke Hari Ahad secara automatik, sekiranya pada suatu-suatu negara itu ia bukanlah hari raya suci:

  • Jelmaan Yesus dialih ke Hari Ahad yang jatuh antara 2 dan 8 Januari;
  • Keberangkatan-Nya ke Syurga dialih ke Hari Ahad berikutnya;
  • Tubuh dan Darah Kristus dialih ke Hari Ahad berikutnya.

Kalau hari-hari tersebut dipindahkan ke Hari Ahad, maka ia tidak dimasukkan dalam senarai kebangsaan hari-hari suci wajib di bawah, kerana dalam setiap negara Hari Ahad adalah merupakan hari suci wajib.

Malaysia, Singapura dan Brunei[sunting | sunting sumber]