Harimau Dahan Borneo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harimau Dahan Borneo[1]
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Karnivor
Famili: Felidae
Subfamili: Pantherinae
Genus: Neofelis
Spesies: N. diardi
Nama binomial
Neofelis diardi
(G. Cuvier, 1823)
Kawasan
Sinonim

Felis diardii
Felis macrocelis
Felis marmota
Neofelis nebulosa diardi

Harimau Dahan Borneo (Neofelis diardi) merupakan sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo, Sumatra dan Kepulauan Batu di Kepulauan Melayu. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007 [2][3]. Walaupun kewujudannya telah diketahui ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies Harimau Dahan tanah besar (Neofelis nebulosa) [2][4]. WWF memetik Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. sebagai berkata, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahan Borneo harus dipertimbangkan sebagai spesies berasingan" [5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Wozencraft, W. C. (16 November 2005). Wilson, D. E., and Reeder, D. M. (eds). ed. Mammal Species of the World (edisi ke-3). Johns Hopkins University Press. m/s. ms 546. ISBN 0-8018-8221-4. 
  2. 2.0 2.1 Kitchener, A., et al. (2006-12-05). "Geographical Variation in the Clouded Leopard, Neofelis nebulosa, Reveals Two Species". Current Biology 16 (23): 2377-2383. 
  3. "New Species Declared: Clouded Leopard found on Borneo and Sumatra". WWF. 2007-03-14. http://www.worldwildlife.org/news/displayPR.cfm?prID=360. Capaian 2007-03-25. 
  4. Buckley-Beason, V., et al. (2006-12-05). "Molecular Evidence for Species-Level Distinctions in Clouded Leopards". Current Biology 16 (23): 2371-2376. 
  5. "New leopard species found in Borneo", 2007-03-15. Dicapai pada 2007-03-25.