Hikaru Utada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hikaru Utada
Hikaru pada tahun 2004
Latar belakang
Nama lahir Utada Hikaru
宇多田 ヒカル
Juga dikenali sebagai Utada, Hikki, Cubic U
Berasal dari Bandar Raya New York, New York, A.S.
Genre Pop, Britpop, dance, J-Pop, R&B, hip hop, rock
Pekerjaan Penyanyi, penulis lagu, penerbit, komposer
Instrumen Vokal, gitar, piano
Tahun aktif 1993–2011 (dihentikan)
Label EMI
Universal
Island
Kegiatan berkait Keiko Fuji
Laman web EMI Music
www.utada.com
U3 Music (Blog Peribadi)

Hikaru Utada (宇多田ヒカル Utada Hikaru) atau sering dipanggil Hikki merupakan seorang penyanyi wanita yang popular di Jepun. Utada dilahirkan di Amerika Syarikat pada 19 Januari 1983. Bapanya, Utada Teruzane, ialah seorang produser manakala ibunya, Utada Junko, merupakan seorang penyanyi.Sejak melepaskan debut album Jepun beliau iaitu First Love yang menjadi album paling laris dalam sejarah Oricon.[1] Hikaru mempunyai tiga daripada album Jepun beliau dalam senarai Top 10 album terlaris di Jepun (nombor 1,4,8).[2] Lagu beliau dianggarkan telah dijual melebihi 52 juta rekod di seluruh dunia.[3]

Tambahan pula, Hikaru kini dikenali di barat kerana membuat dua lagu tema untuk permainan video iaitu Kingdom Hearts, Simple And Clean (yang ditulis semula dalam bahasa Inggeris bagi single yang ke-10nya iaitu Hikari) dan juga untuk Kingdom Hearts II, Sanctuary (yang kemudiannya dirakam semula dengan lirik versi bahasa Jepun iaitu Passion untuk Kingdom Hearts II versi Jepun). Pada tahun 2007, single beliau iaitu Flavor Of Life mencapai nombor ke-2 dalam carta di seluruh dunia bagi muat turun digital tahunan dengan lebih 7.2 juta muat turun.

Hikaru bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, malah dia juga terkenal sebagai seorang juara permainan video Tetris, dan pernah memperoleh markah sejumlah 99,999,999 dalam mod Endless dalam permainan Tetris DS. Utada juga merupakan duta rasmi bagi syarikat Nintendo.[perlu rujukan]

Album[sunting | sunting sumber]

Baju yang dipakai olehnya di Utada United
  • Precious (1998) - kemunculan sulung Hikaru berbahasa Inggeris yang diterbitkan pada 28 Januari 1998 di Jepun. Kemudian album ini dilancarkan semula pada 31 Mac 1999. Menggunakan nama Cubic U. Terjual sebanyak 698,000 di Jepun
  • First Love (1999) - Merupakan album pertama Hikaru di Jepun selepas kembali ke Tokyo dan berjaya terjual di seluruh dunia sebanyak 9,860,000 unit dan sebanyak 7,650,215 unit di Jepun.Albumnya juga merupakan album yang paling laris di Jepun dan sehingga kini tiada siapa yang dapat memecahkan rekod tersebut.
  • Distance (2001) - album kedua Hikaru di Jepun yang dilancarkan pada 28 Mac 2001, hari yang sama pelancaran album Ayumi Hamasaki, A BEST. Album ini terjual 5,440,000 unit di seluruh dunia
  • Deep River (2002) - album ketiga Utada di Jepun yang dilancarkan pada 9 Jun 2002. Album ini terjual 4,020,000 unit di seluruh dunia
  • Utada Hikaru Single Collection Vol.1 (2004) - sebuah album kompilasi yang terjual sebanyak 3,400,000 unit di Jepun
  • EXODUS (2004) - Kemunculan pertama bagi album bahasa Inggeris di Amerika Syarikat yang terjual 1,260,000 unit di seluruh dunia.
  • Ultra Blue (2006) - album keempat Utada di Jepun mula dipasarkan di Jepun pada 14 Jun 2006 dan sehingga Jun 2006 telah terjual sehingga 500,000 unit di Jepun
  • Heart Station (2008) - album kelima Utada di Jepun yang dilancarkan pada 19 Mac 2008. Album ini mencatat jualan muat turun digital tertinggi di Jepun pada tahun 2008.
  • This Is the One (2009) - album bahasa Inggeris kedua Utada di Amerika Syarikat, dilancarkan pada 14 Mac 2009. Kerja pembikinan album ini mula dilakukan sebaik sahaja kerja pembikinan album Heart Station selesai.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • First Love
  • Close To You
  • Movin' On Without You
  • Automatic / Time Will Tell
  • Addicted To You
  • Wait & See ~Risk~
  • Can You Keep a Secret?
  • Final Distanc
  • Traveling
  • Hikari
  • Sakura Drops / Letters
  • Simple and Clean (lagu tema permainan video Kingdom Hearts)
  • Dareka no Negai ga Kanau Koro
  • Devil Inside
  • Easy Breezy
  • You Make Me Want to Be a Man
  • Be My Last
  • Passion (lagu tema Kingdom Hearts 2)
  • Keep Tryin'
  • This Is Love
  • Boku wa Kuma
  • Flavor of Life
  • Beautiful World
  • Kiss & Cry
  • Heart Station
  • Stay Gold
  • Fight the Blues
  • Prisoner of Love
  • Come Back to Me
  • Sanctuary (versi Bahasa Inggeris bagi lagu Passion)

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 7 September 2002, Hikaru berkahwin dengan Kazuaki Kiriya, seorang jurugambar dan seorang pengarah filem Casshern yang telah mengarah beberapa video muzik beliau. Tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama. Selepas empat setengah tahun perkahwinan, pasangan itu mengumumkan perceraian mereka (yang menjadi rasmi pada 2 Mac 2007) kerana tidak memiliki pandangan yang sama dan juga kekurangan komunikasi antara satu sama lain disebabkan kesibukan kerjaya mereka.

Pada 22 Ogos 2013,Ibu Utada Hikaru, Keiko Fuji yang merupakan seorang penyanyi enka Jepun mati kerana telah bunuh diri dengan cara terjun di kondominium di Shinjuku,Jepun dari tingkat 13.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Hikaru Utada" (dalam bahasa Jepun). oricon. http://www.oricon.co.jp/artists/193854/. Capaian 20011-11-06. 
  2. "List of million-selling CD albums in Japan". Musictvprogram.com. http://www.musictvprogram.com/corner-ranking-album.html. Capaian 2011-01-22. 
  3. Marian Liu. "Japanese superstar Utada Hikaru finds her way in the U.S.", 16 Januari 2010. Dicapai pada 18 Januari 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]