Hindia Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
██ Hindia Timur ██ Raj British/subbenua India ██ Papua, Indonesia (New Guinea Barat)
Peta Kepulauan Hindia Timur dan Asia Tenggara yang dihasilkan oleh John Pinkerton (1818)

Hindia Timur merupakan istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada Kepulauan Melayu [1], berbanding dengan Hindia Barat, yang merujuk kepada Caribbean. Kadangkala Hindia Timur juga digunakan untuk merujuk kepada Asia Selatan dan Tenggara, yang terdiri dari semua bekas India British: India, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Maldives, dan juga Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Hindia Timur juga boleh merangkumi Indochina, Filipina, Brunei, Singapura dan Timor Leste. Namun Hindia Timur tidak termasuk Papua (New Guinea Barat), yang sebahagian daripada Melanesia.

Hindia Timur sering dinamakan mengikut penjajah mereka, justeru Hindia Timur British ialah India dan Malaysia, Hindia Timur Belanda ialah Indonesia, manakala Hindia Timur Sepanyol ialah Filipina.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penjelajahan kawasan ini oleh kuasa-kuasa Eropah bermula pada akhir abad ke-15 dan awal abad ke-16, diketuai oleh penjelajah Portugis. Kawasan ini menjadi sumber penting untuk barang-barang dagangan, terutamanya kapas, pewarna indigo dan rempah selepas penubuhan syarikat-syarikat perniagaan Eropah untuk kegunaan yang tertentu: antaranya Syarikat Hindia Timur Inggeris dan Syarikat Hindia Timur Belanda, pada abad ke-17.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. East Indies di Britannica Online

Lihat juga[sunting | sunting sumber]