Hubungan Fiji–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Fiji–Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Fiji dengan Malaysia

Fiji

Malaysia
Misi diplomatik
Suruhanjaya Tinggi Fiji, Kuala LumpurSuruhanjaya Tinggi Malaysia, Suva
Duta
Pesuruhjaya Tinggi Kolinio Gata TakaliPesuruhjaya Tinggi Ilham Tuah Illias

Hubungan Fiji–Malaysia merujuk kepada hubungan luar negeri antara Fiji dan Malaysia. Fiji memiliki suruhanjaya tinggi Kuala Lumpur,[1] yang juga ditugaskan bagi pihak Brunei, Filipina dan Singapura, dan Malaysia memiliki suruhanjaya tinggi di Suva.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua negara adalah sebahagian daripada Empayar British, dan mempunyai hubungan yang lama ketika ramai askar Fiji berkhidmat di Semenanjung Malaysia semasa Darurat Tanah Melayu dari 1952 hingga 1956.[3] Pada tahun 1971, Perdana Menteri Fiji pertama Ratu Sir Kamisese Mara melawat Malaysia, dan hubungan diplomatik diwujudkan pada 1977.[3] Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Suva telah ditubuhkan pada 1984 manakala Suruhanjaya Tinggi Fiji di Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1988.[3]

Hubungan ekonomi dan keselamatan[sunting | sunting sumber]

Fiji kini mendapatkan bantuan teknikal daripada Malaysia dalam bidang pertanian, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, perikanan, perhutanan dan menambah baik pangkalan perkilangan Fiji.[3] Fiji juga memperoleh bantuan projek tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur pembangunan.[3] Negara ini juga mempertimbangkan pemasaran dan promosi produk Fiji di Malaysia dan seluruh Asia.[3] Ada juga rancangan sambungan perkhidmatan udara terus ke Malaysia yang akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan Fiji, dan kedua-dua negara mempunyai hubungan dalam latihan pegawai tentera, pendidikan dan perkhidmatan udara.[3][4][5] Pada 2011, sebuah majlis perniagaan Fiji-Malaysia telah ditubuhkan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fiji missions overseas". Fiji Embassy – Brussels. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  2. ^ "Official Website of High Commission of Malaysia, Suva". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  3. ^ a b c d e f g "Minister Kubuabola Discusses Development and Trade Cooperation with Malaysia". Ministry of Foreign Affairs and International Cooperation of Fiji. 3 August 2011. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  4. ^ "Fiji envoy holds talks with Malaysia Education Minister II". Fijian Government. 11 Julai 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  5. ^ "Fiji High Commission organises reception for Fijian students in Malaysia". Fiji Blog. 24 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  6. ^ "Malaysia/Fiji Business Council Launched". Ministry of Foreign Affairs and International Cooperation of Fiji. 2 Julai 2011. Dicapai pada 22 Januari 2014.