Hubungan Malaysia–Tajikistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia–Tajikistan
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Tajikistan

Malaysia

Tajikistan

Hubungan Malaysia–Tajikistan merujuk kepada hubungan luar negeri antara Malaysia dan Tajikistan. Kedutaan Malaysia di Tashkent, Uzbekistan ditugaskan bagi pihak Tajikistan, manakala Tajikistan mempunyai kedutaan di Ampang, Selangor.[1] Kedua-dua negara berada dalam hubungan diplomatik yang mesra dan bersedia melakukan usaha yang membina ke arah kemajuan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hubungan antara dua negara telah terjalin sejak 11 Mac 1992.[2] Pada 2014, Presiden Tajikistan Emomali Rahmon melakukan lawatan rasmi ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[3]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Hubungan perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan sejumlah $5.5 bilion pada 2013 dan beberapa firma Malaysia berminat untuk meneroka peluang perniagaan di Tajikistan.[4] Kedua-dua negara bersetuju untuk memperluaskan kerjasama terutamanya dalam pengembangan kerjasama politik, ekonomi, pelaburan, perdagangan, saintifik, teknikal dan kebudayaan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semasa pertemuannya dengan Emomali.[5] Perjanjian-perjanjian persefahaman dalam konsultasi bilateral, kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, pelancongan, kesukanan, ekonomi serta saintifik telah ditandatangani.[6] Pada 2013, Malaysia dijangka membina loji kuasa dengan kapasiti 300 megawatt di utara Tajikistan.[7]

Hubungan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih 200 orang Tajik yang melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan di pusat penjagian tinggi Malaysia.[2][5] Kementerian Pendidikan dan Sains Tajikistan juga telah menandatangani persefahaman dengan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Malaysia untuk menubuhkan sebuah cawangan di Tajikistan.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Embassy of the Republic of Tajikistan in Malaysia". Kementerian Luar Negeri, Tajikistan. Dicapai pada 13 Disember 2017.
  2. ^ a b c "Relations of Tajikistan with Malaysia". Ministry of Foreign Affairs, Tajikistan. Dicapai pada 13 Disember 2017.
  3. ^ "Tajikistan president will make four-day visit to Malaysia". Bernama. New Straits Times. 22 June 2014. Dicapai pada 26 Jun 2014.
  4. ^ "Firma Malaysia berminat teroka Tajikistan". Bernama. Sinar Harian. 23 Jun 2014. Dicapai pada 26 Jun 2014.
  5. ^ a b "Tajikistan, Malaysia discuss cooperation development". AKIpress. 24 Jun 2014. Dicapai pada 26 Jun 2014.
  6. ^ "Malaysia, Tajikistan to strengthen bilateral ties". Bernama. The Borneo Post. 24 Jun 2014. Dicapai pada 26 Jun 2014.
  7. ^ Payrav Chorshanbiyev (29 October 2013). "Malaysia expected to build 400 mln USD worth of CHP plant in northern Tajikistan". Asia-Plus. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 26 June 2014.
  8. ^ "Malaysian university expected to open its branch in Tajikistan". Asia-Plus. 26 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2014. Dicapai pada 26 Jun 2014.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]