Hubungan Malaysia–Nepal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia–Nepal
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Nepal

Malaysia

Nepal

Hubungan Malaysia–Nepal merujuk kepada hubungan luar negeri antara Malaysia dan Nepal. Malaysia mempunyai kedutaan di Kathmandu,[1] dan Nepal memiliki kedutaan di Kuala Lumpur.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua negara menubuhkan hubungan diplomasi pada 1 Januari 1960,[3] dengan hubungan dua hala antara Malaysia dan Nepal telah berkembang dari latar belakang sejarah.[4] Pada Mei 1978 dan September 1985, Raja Nepal Birendra bersama isterinya Permaisuri Aishwarya telah melakukan lawatan tidak rasmi ke Malaysia.[4] Pada Jun 2003, misi Nepal telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.[5]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai sekitar AS$35 juta, dengan eksport utama Malaysia ke Nepal ialah alat ganti jentera dan kenderaan, minyak sayur, peralatan dan perkakas elektrik, perabot dan alat ganti, plastik dan produk kimia lain, manakala eksport dari Nepal terutamanya ialah kertas, tembakau, tepung, kopi, teh, rempah ratus, jentera dan peralatan elektrik, karya seni, pengumpul kepingan dan barangan antik.[6][7] Beberapa perjanjian persefahaman telah ditandatangani untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.[8] Kedua-dua negara juga dalam proses meningkatkan hubungan pelancongan dan kebudayaan.[9] Selain itu, Nepal juga mengalu-alukan sebarang pelaburan Malaysia ke negara mereka.[10]

Tenaga buruh Nepal[sunting | sunting sumber]

Nepal juga merupakan salah satu sumber tenaga kerja utama untuk Malaysia selain daripada India, Bangladesh, Indonesia, Burma, Vietnam dan Filipina.< ref name="nml"/> Sejak 2001, satu perjanjian telah ditandatangani antara kedua-dua kerajaan untuk membenarkan tenaga kerja Nepal bekerja di Malaysia.[3] Pada masa ini, terdapat hampir 500 ribu rakyat Nepal bekerja dalam pelbagai sektor di Malaysia .[6]Salah satu sebab ramai pekerja Nepal pergi ke Malaysia adalah kerana kekurangan peluang kerja di negara asal mereka sendiri.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Official Website of Embassy of Malaysia, Kathmandu". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  2. ^ "Embassy of Nepal". Embassy of Nepal, Kuala Lumpur. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  3. ^ a b "Nepal-Malaysia Relationship". Embassy of Nepal, Kuala Lumpur. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  4. ^ a b "Bilateral Relations (Nepal-Malaysia)". Ministry of Foreign Affairs, Nepal. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  5. ^ "Message from H.E. Dr. Niranjan Man Singh Basnyat, Ambassador-designate of Nepal". Embassy of Nepal, Kuala Lumpur. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  6. ^ a b "Malaysia: Expanding Relations With Nepal". New Business Age. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  7. ^ "Nepal & Malaysia Currently Negotiating MoU on Labour". New Business Age. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  8. ^ "Nepal' Malaysia plan to increase bilateral trade". Himalayan News Service. The Himalayan Times. 13 November 2011. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  9. ^ Nepal Visitors (3 September 2012). "Malaysia, Nepal hope to boost tourism, cultural relations". Travel and Tour Directory. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  10. ^ "Nepal welcomes Malaysian investments". The Borneo Post. 18 November 2011. Dicapai pada 26 Januari 2014.
  11. ^ "No jobs, no hope, Nepal's workers head to the Gulf and Malaysia". The Star. 5 October 2013. Dicapai pada 26 Januari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]