Huynh Cong Ut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Huynh Cong Ut bersama Kim Phuc selepas Kim Phuc pulih

Huynh Cong Ut, juga dikenali sebagai Nick Ut (lahir 29 Mac, 1951) adalah seorang jurugambar Associated Press yang berpengkalan di Los Angeles. Beliau terkenal kerana memenangi Hadiah Pulitzer untuk gamabrnya yang menunjukkan kanak-kanak Vietnam Phan Thị Kim Phuc yang berlari sambil berbogel menuju kamera kerana badannya terbakar terkena bom napalm semasa Perang Vietnam.

Nick Ut dilahirkan di Long An, Vietnam, dan mula mengambil gambar untuk Associated Press sejak berumur 16 tahun selepas abangnya Huynh Thanh My, seorang jurugambar terbunuh di Vietnam.

Gambar di Trang Bang[sunting | sunting sumber]

Selepas mengambil gambar yang kelak menjadi masyhur, Nick Ut membawa Kim Phuc ke hospital untuk rawatan. Di sana beliau diberitahu bahawa Kim Phuc mungkin tidak dapat diselamatkan kerana cedera parah. Hanya selepas beliau menguruskan rawatan Kim Phuc barulah dia membawa filemnya yang mengandungi gambar Kim Phuc ke pejabat untuk diproses.

Pada mulanya Hal Buell, editor Associated Press di New York enggan membenarkan Horst Faas, editor di Saigon untuk menghantar gambar Kim Phuc menerusi sawat kerana menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan bertelanjang bulat. Gambar bogel memang dilarang penghantarannya oleh Associated Press dalam tahun 1972. Horst Faas membahaskan bahawa kecualian patut diberikan kerana gambar tersebut mempunyai nilai signifikan. Akhirnya New York bersetuju memberikan kecualian dengan syarat tidak gambar “close up” Kim Phuc bersendirian akan dihantar dengan sawat.

Nick ut terus melawat Kim Phuc selepas dia keluar daripada hospital, dan lawatan dilakukan sehingga kejatuhan Vietnam Selatan. Selepas Vietnam selatan tewas Nick Ut dibawa meninggalkan Vietnam. Nuck Ut tercedera sebanyak 3 kali di Vietnam. Selepas Vietnam, Nick ut bertugas di Tokyo, Korea Selatan dan Hanoi. Nick Ut terus mengekalkan hubungan dengan Kim Phuc. Semasa Kim Phuc melanjutkan pelajaran di Cuba, Nick Ut pergi melihatnya di sana.

Berhijrah ke Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Nick Ut kini menjadi warga negara Amerika Syarikat dan meneruskan kerjayanya sebagai jurugambar.