iPad (Generasi Keempat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPad 4 logo.png
IPad 3.png
iPad generasi keempat
Pembangun Apple Inc.
Pengilang Foxconn
Keluarga produk iPad
Jenis Tablet
Tarikh jualan

2 November 2012 (2012-11-02) (Amerika Syarikat)[1]

7 Disember 2012 (2012-12-07) (Malaysia)[2]
Sistem pengendalian iOS 6.0.1
Kuasa

Bateri cas semula litium-polimer terbina dalam

42.5 W·h (153 kJ),jangka penggunaan 10 jam
Sistem-atas-cip Apple A6X
CPU 1.4 GHz dual core Apple Swift
Muatan storan Ingatan kilat
16 GB, 32 GB atau 64 GB
Ingatan 1 GB DDR2 RAM
Paparan

9.7 in (250 mm)
2048 × 1536 px; 264 ppi

IPS LCD
Grafik PowerVR SGX554MP4
Input Skrin sesentuh (multisentuh), penderia hampir jarak dan penderia cahaya sekitar, meter pecut 3-paksi, kompas digital
Kamera Depan: 1.2MP, 720p HD
Belakang: 5.0MP dengan AF, iSight dengan lima elemen kanta, Penapis IR hibrid, penstabilan video, apertur ƒ/2.4
Ketersambungan

Wi-Fi (802.11 a/b/g/n)
Bluetooth v4.0
Model A1459:
GSM/EDGE
(850, 900, 1800 ,1900 MHz)
UMTS/HSPA+/DC-HSDPA
(850, 900, 1900, 2100 MHz)
LTE
(700, 1700 MHz)
Model A1460
CDMA EV-DO Rev.A/Rev.B
(800, 1900, 2100 MHz)
GSM/EDGE
(850, 900, 1800, 1900 MHz)
UMTS/HSPA+/DC-HSDPA
(850, 900, 1900, 2100 MHz)
LTE

(700, 850, 1800, 1900, 2100 MHz)
Perkhidmatan
dalam talian
iTunes Store, App Store, MobileMe, iBookstore, Safari, iCloud, Photo Booth
Dimensi

9.50 in (241 mm) (t)
7.31 in (186 mm) (l)

0.37 in (9.4 mm) (d)
Berat Wi-Fi: 1.44 lb (650 g)
Wi-Fi + 3G: 1.46 lb (660 g)
Rencana berkait iPhone, iPad, iPod Touch
Laman sesawang apple.com/ipad

iPad (Generasi keempat) (dipasarkan sebagai iPad with Retina Display (iPad dengan paparan Retina), juga dikenali sebagai iPad 4)[3] adalah sebuah komputer tablet direka, dibangun, dan dipasarkan oleh Apple. Ia dilancarkan pada 23 Oktober 2012[4] sebagai generasi keempat dalam keluarga iPad, menggantikan iPad (Generasi ketiga) dan mula dijual 2 November 2012.[1] iPad ini dilengkapi dengan paparan Retina dan cip Apple A6X serta sambungan Lightning yang diperkenalkan bersama iPhone 5.

iPad generasi sebelumnya, dihentikan selaras dengan pengumuman iPad generasi keempat.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Khabar angin mengenai generasi iPad seterusnya mula didengari tidak lama selepas pelancaran iPad (Generasi ketiga). Pada waktu tersebut, iPad yang baru dikatakan akan mempunyai saiz yang lebih kecil.[6] Lebih banyak khabar angin muncul termasuklah beberapa maklumat dalaman terutama gambar-gambar komponen, bocor.[7] Pada 16 Oktober 2012, Apple telah mengumumkan satu acara di California yang akan diadakan pada 23 Oktober. Maklumat lanjut tidak diberitahu tetapi ramai menganggap ia mengenai iPad Mini.[8][9]

Pada acara tersebut, CEO Apple memperkenalkan beberapa produk baru termasuklah generasi baru MacBook Pro, Mac Mini, dan juga iMac sebelum memperkenalkan iPad Mini dan iPad (generasi keempat).[10] Apple juga menyatakan bahawa iPad yang baru ini akan mula dijual pada 2 November 2012 dengan tempahan dalam talian bermula 26 Oktober di negara-negara terpilih.[1] Selain itu, Apple juga mengumumkan bahawa jualan iPad (generasi ketiga) akan dihentikan menyebabkan pembeli iPad (generasi ketiga) merasa tidak puas hati dengan pengumuman yang tidak disangka ini.[11] Walaubagaimanapun, iPad 2 masih lagi dijual.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Cip Apple A6X

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Peranti ini dilengkapi dengan SoC Apple A6X yang mengandungi dual-core CPU Apple Swift 1.4 GHz, pemproses grafik quad-core PowerVR SGX554MP4 dan ingatan 1 GB RAM.[12] Ia juga mempunyai kamera belakang 5 megapiksel, yang berupaya untuk rakaman video 1080p; dan juga kamera depan HD 720p direka untuk FaceTime. Resolusi paparan adalah 2048 x 1536 (QXGA) dengan 3.1 juta piksel, empat kali lebih banyak daripada iPad 2. iPad generasi keempat tidak dilengkapi dengan dok 30-pin seperti iPad sebelum ini, sebaliknya hanya dilengkapi dengan dok 8-pin yang dipanggil Lightning. Sambungan Lightning diumumkan semasa pelancaran iPhone 5 pada 12 September 2012.[13]

Seperti generasi-generasi sebelumnya, iPad ini juga menggunakan bateri cas semula polimer ion lithium (LiPo). iPad telah direka untuk di cas dengan arus tinggi 2 ampere dengan menggunakan pengecas 12 W yang telah disediakan menggunakan kabel USB. Walaupun ia kelihatan boleh dicaskan melalui sambungan ke komputer, ia hanya terhad kepada 500 miliampere sahaja. Hasilnya, jika disambungkan ke port USB komputer biasa, ia akan mengecas dengan perlahan, atau tidak akan mengecas langsung.[14]

Semua iPad mempunyai ketersambungan Wi-Fi dan Apple kali ini menawarkan 2 model, A1459 (atau model AT&T) dan A1460 (model Verizon/Sprint). Kedua-dua model ini mempunyai gelombang LTE yang berbeza dimana model AT&T menggunakan LTE 700 dan 1700 MHz, manakala Model Verizon/Sprint menggunakan 700, 850, 1800, 1900 dan 2100 MHz.[15] Ini bertujuan untuk membenarkan perayauan LTE antarabangsa sekaligus dapat mengelak kontroversi semasa generasi ketiga dikeluarkan. Apple ada menyenaraikan senarai negara serta pembekal perkhidmatan LTE di laman sesawang mereka.

Perisian[sunting | sunting sumber]

Generasi keempat iPad ini dilengkapi dengan iOS 6.0.1. Selain mempunyai perisian asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, Youtube, iTunes, Muzik, App Store, Peta, Nota, Pusat Permainan, Photo Booth, Kenalan dan Kalendar, ia juga mempunyai perisian kawalan suara, Siri. Seperti peranti iOS yang lain, iPad boleh menyelaraskan kandungan dan lain-lain data dengan Mac atau PC menggunakan iTunes. Walaupun iPad tidak direka untuk membuat panggilan telefon menggunakan jaringan selular, pengguna boleh menggunakan perisian VoIP seperti Skype untuk membuat panggilan.

Perisian kawalan suara Siri, adalah iPad yang pertama untuk keluarga iPad yang dilengkapi Siri tanpa memerlukan pengguna menaiktaraf iOS mereka. Ini membolehkan pengguna menggunakan arahan suara untuk membuka aplikasi, permainan, mengarang mel, atau bertanya sesuatu mengenai pelbagai maklumat seperti cuaca dan pengetahuan am.[16]

Aksesori[sunting | sunting sumber]

Aksesori yang telah diperkenalkan untuk iPad 2 boleh digunakan juga untuk iPad (Generasi keempat) ini. Antaranya adalah Smart Cover. Smart Cover adalah pelindung skrin yang melekat pada permukaan skrin iPad menggunakan magnet. Pelindung ini boleh dilipat tiga untuk dijadikan sebagai penyangga iPad. Smart Cover direka supaya lebih minimal, mudah ditanggal, dan hanya melindungi skrin sahaja. Apabila pelindung ini dialihkan, ia akan membangkitkan iPad daripada tidur.[17]

Apple juga memperkenalkan beberapa aksesori yang lain, kebanyakannya dibuat untuk penyambung Lightning, satu-satunya port yang ada selain daripada bicu fon kepala. Selain itu, terdapat juga aksesori tanpa wayar yang menggunakan sambungan Bluetooth.

Jualan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai tarikh jualan di Malaysia. Pada 6 Disember 2012, terdapat maklumat bahawa stok iPad (generasi keempat) mula diterima oleh penjual semula rasmi.[18] Ini dikukuhkan lagi dengan komen yang dikeluarkan oleh salah satu penjual semula rasmi, Machines di laman Facebook mereka ia akan dijual pada 7 Disember tetapi tidak memberitahu harga.[19] Pada 7 Disember, Apple Online Store mula menerima tempahan iPad generasi keempat dan iPad Mini dengan waktu penghantaran 1-3 hari untuk model Wi-Fi dan beberapa minggu bagi model selular.[2]

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Wi-Fi

  • 16GB - RM1499
  • 32GB - RM1799
  • 64GB - RM2099

Wi-Fi + Selular

  • 16GB - RM1899
  • 32GB - RM2199
  • 64GB - RM2499

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Apple Inc. (23 oktober 2012). Apple Introduces iPad mini. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 14 November 2012.
  2. 2.0 2.1 "Apple Online Store Malaysia offers iPad mini & 4th gen iPad". Soya Cincau. 7 Disember 2012. http://www.soyacincau.com/2012/12/07/apple-online-store-malaysia-offers-ipad-mini-4th-gen-ipad/. Capaian 10 Disember 2012. 
  3. "New iPad 4 review". Tech Radar. 5 November 2012. http://www.techradar.com/reviews/pc-mac/tablets/new-ipad-4-1106634/review. Capaian 8 Disember 2012. 
  4. "iPad 4 release date: Next generation iPad shipping date announced, hitting stores November", ABC15.com, 23 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Disember 2012. 
  5. "3rd Generation iPad discontinued, refurbished models available starting at $379". The Verge. 23 Oktober 2012. http://www.theverge.com/2012/10/23/3544002/3rd-generation-ipad-discontinued-refurbished-models-available. Capaian 4 Disember 2012. 
  6. "iPad 4 rumor rollup for the week ending April 16". Network World. 17 April 2012. http://www.networkworld.com/news/2012/041712-ipad-rumors-258356.html. Capaian 11 Disember 2012. 
  7. "Images of alleged 'iPad 4' screen show larger hole for FaceTime camera". Apple Insider. 22 Oktober 2012. http://appleinsider.com/articles/12/10/22/images-of-alleged-ipad-4-screen-show-larger-hole-for-facetime-camera. Capaian 11 Disember 2012. 
  8. "Apple sends out invitations for iPad mini event". BGR. 16 Oktober 2012. http://bgr.com/2012/10/16/ipad-mini-launch-date-event/. Capaian 11 Disember 2012. 
  9. "iPad Mini, anyone? Apple sets Oct. 23 event". CNet. 16 Oktober 2012. http://news.cnet.com/8301-13579_3-57528109-37/ipad-mini-anyone-apple-sets-oct-23-event/. Capaian 11 Disember 2012. 
  10. "Apple announces iPad 4 with Lightning and enhanced LTE". ZDNet. 23 Oktober 2012. http://www.zdnet.com/apple-announces-ipad-4-with-lightning-and-enhanced-lte-7000006256/. Capaian 11 Disember 2012. 
  11. "Third-gen iPad owners: does the fourth-gen iPad irk you?". ars techina. 24 Oktober 2012. http://arstechnica.com/apple/2012/10/third-gen-ipad-owners-does-the-fourth-gen-ipad-irk-you/. 
  12. "iPad 4 benchmark leaks into the wild, shows 1.4GHz processor". ZDNet. 30 Oktober 2012. http://www.zdnet.com/ipad-4-benchmark-leaks-into-the-wild-shows-1-4ghz-processor-7000006621/. Capaian 12 Disember 2012. 
  13. "Apple's new iPhone 5 dock connector: It's called Lightning and it's 80 percent smaller, but the adapter is $29". engadget. 12 September 2012. http://www.engadget.com/2012/09/12/apple-details-new-dock-connector-its-called-lightning/. Capaian 13 Disember 2012. 
  14. "iPad: Charging the battery". Apple Support. http://support.apple.com/kb/HT4060. Capaian 19 November 2012. 
  15. "iPad 4 and iPad mini with Global LTE Support Launched". LTE World. 23 Oktober 2012. http://lteworld.org/blog/ipad-4-and-ipad-mini-global-lte-support-launched. Capaian 12 Disember 2012. 
  16. "Apple iPad (4th Generation) Review". LAPTOP Magazine. 7 November 2012. http://www.laptopmag.com/review/tablet/apple_ipad_4th_generation.aspx. Capaian 13 Disember 2012. 
  17. "Smart Cover, Digital AV adapter accompany iPad 2 launch". Macworld. 2 Mac 2011. http://www.macworld.com/article/1158263/ipadcovers.html. Capaian 28 November 2012. 
  18. "Eksklusif: iPad 4 dan iPad Mini di Malaysia, Harga bermula Rm 999". Oh! Geekz. 6 Disember 2012. http://www.ohgeekz.com/ipad-malaysia/. Capaian 10 Disember 2012. 
  19. "iPad mini and iPad 4 Now Available". Soya Cincau. 7 Disember 2012. http://www.soyacincau.com/2012/12/07/ipad-mini-and-ipad-4-now-available/. Capaian 10 Disember 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]