Iba Tetsuzaemon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Watak Bleach
Iba Tetsuzaemon
Iba Tetsuzaemon
Peranan Leftenan shinigamidaripada Divisyen 7
Tarikh lahir 18 Julai
Ketinggian 182 cm (5' 11¾")
Berat 68 kg (150 lbs)
Seiyū Rintarou Nishi
Pelakon suara latar Steve Cassling

Iba Tetsuzaemon (射場 鉄左衛門) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan leftenan bagi Bahagian ke-7 di bawah pimpinan Kaptan Komamura Sajin.

Watak dan Perwatakan [sunting]

Iba mempunyai gaya rambut yang unik dan memakai cermin mata hitam bersama-sama pakaian seragam shinigami yang biasa. Dia juga merokok dan kelihatan seperti gangster Yakuza. Dia mempunyai tatu yang besar pada belakangnya yang terdiri daripada seekor kucing yang dijilat api dengan kanji 招福 (shōfuku, mengundang tuah). Iba selalu menghadapi masalah dengan perutnya.

Iba mahir menggunakan kidō dan bermain pedang. Madarame Ikkaku mengatakan bahawa prestasi Iba agak baik dalam semua bidang pembelajaran shinigami sementara Ikkaku tidak boleh menggunakan kidō (dia tidak tahu dan tidak minat terhadap kidō). Iba mengakui bahawa kenyataan bahawa dia mahir dalam kedua-dua kemahiran itu membolehkan dia menjawat kedudukan leftenan dengan lebih mudah. Dia dan Ikkaku juga mempunyai hubungan yang baik; mereka bertarung, minum saki dan bertarung lagi untuk menentukan pihak yang patut mendapat lebih banyak sake.

Sejarah [sunting]

Iba pada asalnya merupakan ahli Bahagian ke-11 tetapi ditukarkan ke Bahagian ke-7 kerana agak sukar, jika tidak mustahil, untuk menjadi seorang leftenan di Bahagian ke-11. Dia sebenarnya ingin menjadi leftenan bukan kerana kepentingan diri tetapi demi ibunya. Oleh sebab itu, bekas rakan seperjuangannya di Bahagian ke-11 memandang rendah terhadapnya kerana mereka melihat shinigami dari bahagian lain sebagai orang yang lebih lemah. Namun demikian, dia kerap meluangkan masa di ibu pejabat Bahagian ke-11. Ikkaku berpendapat bahawa sebab yang mendorong Iba untuk menjadi leftenan adalah bodoh. Walaupun telah meninggalkan Bahagian ke-11, dia masih suka bertarung dan mempunyai senyuman yang mengerikan ketika berlawan dengan Ikkaku.

Zanpakutō [sunting]

Pembebasan tahap pertama oleh Iba

Nama, keupayaan dan arahan untuk membebaskan zanpakutōnya pada tahap pertama belum diketahui. Apabila dikurung, zanpakutōnya kelihatan seperi tantō. Iba menyembunyikan pedangnya di dalam pakaian seragamnya dengan hulu kelihatan. Dia hanya membebaskan zanpakutōnya dalam pertarungan dengan Ikkaku dan ketika ingin menghalang Kariya Jin.

Dalam tahap pertama, zanpakutō Iba berupa seperti pedang bermata satu atau pedang yang bengkok bilahnya dengan satu bilah kecil yang tersimpang keluar di mata pedangnya.

p  b  s
Watak-watak dalam Bleach
Pelajar-pelajar: Kurosaki IchigoInoue OrihimeIshida UryūSado YasutoraArisawa TatsukiAsano Keigo
Shinigami: Yamamoto-Genryūsai Shigekuni & Sasakibe ChōjirōSoifon & Ōmaeda MarechiyoIchimaru Gin & Kira IzuruUnohana Retsu, Kotetsu Isane, & Yamada HanatarōAizen Sōsuke & Hinamori MomoKuchiki Byakuya & Abarai RenjiKomamura Sajin & Iba TetsuzaemonKyōraku Shunsui & Ise NanaoTōsen Kaname & Hisagi ShūheiHitsugaya Tōshirō & Matsumoto RangikuZaraki Kenpachi, Kusajishi Yachiru, Madarame Ikkaku, & Ayasegawa YumichikaKurotsuchi Mayuri & Kurotsuchi NemuUkitake Jūshirō, Shiba Kaien, & Kuchiki RukiaUrahara Kisuke, Shihouin Yoruichi, & Kurosaki IsshinShinigami lain-lain
Bount: Kariya Jin & Gō KogaBount lain-lain
Vizard: Hirako ShinjiRoujuurou OotoribashiAikawa RavuYadomaru LisaMuguruma KenseiKuna MashiroUshōda HachigenSarugaki HiyoriVizard
Arrancar: Ulquiorra SchifferGrimmjow JeagerjaquesLuppiSzayel Aporro GrantzAaroniero ArleriYammyNnoitra JirugaWonderwice MargeraArrancar lain-lain
Watak-watak lain: Shiba GanjuKonIshida RyūkenSenarai penuh