Iklim savana tropika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zon iklim savana tropika (Aw) seluruh dunia.

Iklim savana tropika atau iklim lembap kering tropika ialah sejenis iklim yang berpadan dengan kategori Aw dan As dalam sistem pengelasan iklim Köppen. Iklim-iklim ini mengalami suhu min bulanan melebihi 18º C setiap bulan dalam setahun serta musim kering yang ketara, iaitu sebulan terkering yang mengalami kerpasan yang kurang daripada 60 mm dan juga kurang daripada (100 − [jumlah kerpasan tahunan {mm}/25]), berbanding dengan iklim monsun tropika yang bulan terkeringnya juga mengalami kerpasan kurang daripada 60 mm tetapi lebih daripada (100 − [jumlah kerpasan tahunan {mm}/25]). Oleh yang demikian, iklim savana tropika sering mengalami musim kering yang lebih ketara berbanding iklim monsun tropika.

Kebanyakan tempat yang mengalami iklim ini ditemui di pinggir luar zon tropika, tetapi adakalanya lokasi antara tropika (cth. San Marcos, Antioquia, Colombia) juga diambil kira. Sebenarnya, pantai Caribbean, ke arah timur dari Teluk Urabá di sempadan ColombiaPanamá hingga ke delta sungai Orinoco di lautan Atlantik (ca. 4,000 km), mengalami musim kering yang berpanjangan (yang paling kering ialah iklim BSh (lihat di bawah), dicirikan oleh kerpasan yang amat rendah, misalnya terdapat di Guajira, dan Coro, Venezuela barat, iaitu semenanjung paling utara di Amerika Selatan, yang menerima jumlah kerpasan tahunan kurang 300 mm, itupun semuanya dalam dua tiga bulan sahaja). Keadaan iklim ini juga dialami di Antilles Kecil dan Antilles Besar yang membentuk kawasan kering lilit-Caribbean. Kepanjangan dan keamatan musim kemarau ini semakin kurang dirasai di kawasan pedalaman (arah selatan); di garis lintang sungai Amazon — yang mengalir ke arah timur, dekat selatan garisan khatulistiwa — iklimnya ialah Af. Dari timur banjaran Andes, di antara rantau Caribbean yang kering gersang dan Amazon yang sentiasa lembap terletaknya llanos atau savanna sungai Orinoco, yang meminjamkan namanya kepada iklim ini.

Adakalanya As menggantikan Aw jika musim kering terjadi pada kala matahari lebih tinggi dan waktu siang lebih panjang, seperti di beberapa kawasan di Hawaii, Afrika Timur (Mombasa, Kenya) dan Sri Lanka (Trincomalee). Di kebanyakan tempat yang mengalami iklim lembap kering tropika pula, musim kering berlaku pada kala matahari lebih rendah dan waktu siang lebih singkat kesan bayang hujan ketika kala matahari tinggi.

Bandaraya terkemuka yang mengalami iklim savana tropika[sunting | sunting sumber]

Carta suhu bandaraya terpilih[sunting | sunting sumber]

Carta iklim untuk Bangkok
J F M A M J J O S O N D
 
 
10
 
32
21
 
 
20
 
33
23
 
 
30
 
34
25
 
 
70
 
35
26
 
 
190
 
34
26
 
 
150
 
33
25
 
 
150
 
33
25
 
 
180
 
33
25
 
 
320
 
32
25
 
 
230
 
32
24
 
 
50
 
32
23
 
 
10
 
31
21
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Weatherbase [1]
Carta iklim untuk Darwin
J F M A M J J O S O N D
 
 
420
 
32
25
 
 
365
 
31
25
 
 
321
 
32
25
 
 
100
 
33
24
 
 
20
 
32
22
 
 
2
 
31
20
 
 
1.3
 
31
19
 
 
5.2
 
31
20
 
 
15
 
33
23
 
 
69
 
33
25
 
 
139
 
33
25
 
 
247
 
33
25
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [2]
Carta iklim untuk Kolkata
J F M A M J J O S O N D
 
 
17
 
27
14
 
 
23
 
30
17
 
 
33
 
34
22
 
 
48
 
36
25
 
 
102
 
36
26
 
 
260
 
34
27
 
 
332
 
32
26
 
 
329
 
32
26
 
 
296
 
32
26
 
 
151
 
32
24
 
 
17
 
30
19
 
 
7.4
 
27
14
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: IMD
Carta iklim untuk Lagos
J F M A M J J O S O N D
 
 
13
 
32
22
 
 
41
 
33
24
 
 
84
 
33
24
 
 
146
 
32
24
 
 
202
 
31
23
 
 
316
 
29
22
 
 
243
 
28
22
 
 
122
 
28
22
 
 
160
 
29
22
 
 
125
 
30
22
 
 
40
 
31
23
 
 
15
 
32
23
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [3]
Carta iklim untuk Mumbai
J F M A M J J O S O N D
 
 
0.6
 
31
16
 
 
1.5
 
31
17
 
 
0.1
 
33
21
 
 
0.6
 
33
24
 
 
13
 
33
26
 
 
574
 
32
26
 
 
868
 
30
25
 
 
553
 
29
25
 
 
306
 
30
24
 
 
63
 
33
23
 
 
15
 
33
21
 
 
5.6
 
32
18
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Indian Meteorological Department
Carta iklim untuk Rio de Janeiro
J F M A M J J O S O N D
 
 
130
 
32
23
 
 
120
 
33
23
 
 
130
 
32
23
 
 
100
 
30
21
 
 
70
 
28
19
 
 
50
 
27
18
 
 
40
 
27
17
 
 
40
 
27
18
 
 
60
 
27
18
 
 
80
 
28
20
 
 
90
 
30
21
 
 
130
 
31
22
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Weatherbase [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]