Influenza babi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Influenza
Flu und legende color c.jpg
Selesema babi adalah wabak yang menjangkiti populasi babi.

Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.[2]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan sama ada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai jenis genus kecil virus influenza A.[3]

Influenza A[sunting | sunting sumber]

Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,[4] H1N2,[4] H3N1,[5] H3N2,[4] and H2N3.[6]

Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).[7]

Interaksi dengan H5N1[sunting | sunting sumber]

Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.[8] Pakar kesihatan[nyatakan menurut siapa?] menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.[9] H3N2 berevolusi dari H2N2 melalui anjakan antigenik.[10] Pada Ogos 2004, para penyelidik China menemui virus H5N1 dalam khinzir.[11]

Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negatif.[12][13]

Bagaimana ia menjangkiti manusia[sunting | sunting sumber]

Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom[sunting | sunting sumber]

Simptom utama bagi selesema babi pada manusia.[14]

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .

Pathofisiologi[sunting | sunting sumber]

Virus influenza mengikat melalui hemagglutinin pada gula asid sialik pada permukaan sel epithelial; biasanya pada hidung, tekak dan paru-paru mamalia dan usus kecil pada burung (Tahap 1 pada rajah jangkitan).[17]

Selesema babi pada manusia[sunting | sunting sumber]

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.[18] Jangkitan selesema dari babi ke manusia yang mengerjakan babi dicatatkan dalam kajian pemantauan kecil yang dijalankan pada tahun 2004 di Universiti Iowa.[19] Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam.[18] Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.[20]

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.[21] Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.[22] Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.[23]

Selesema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.[24] Vaksin bagi selesema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selesema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.[25]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Februari 1976, seorang anggota tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat, mendapati dirinya letih dan lemah serta mati keesokannya. Doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada virus babi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1918 akibat wabak selesema. Presiden Gerald Ford mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin, namun rancangan suntikan itu dibatalkan.

Pada 20 Ogos 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan di kawasan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada tahun 1968, virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.[26]

Laporan WHO 2009[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 kematian akibat virus H1N1 yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar kepada wabak besar. Sekurang-kurangnya 81 kematian dilaporkan akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati dikesan mempunyai versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes dikesan di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema dipercayai jenis yang sama.

Nasihat perjalanan ke negara yang terjejas teruk oleh H1N1[sunting | sunting sumber]

  • Adakah anda perlu keluar negara?
  • Sebelum berjalan ke negara yang terjejas, ketahui mengenai risiko dan langkah mengelaknya. Beritahu mengenainya kepada mereka yang menyertai anda (anak-anak dan pasangan anda).
  • Pastikan insuran perubatan anda adalah terkini dan sah dan ketahui bagaimana menggunakannya. Anda perlu tahu cara mendapatkan bantuan kesihatan semasa perjalanan anda.
  • Anda patut mendapatkan nasihat kesihatan dan cara mengelak dan maklumat terkini dari Badan Kesihatan Sedunia ("World Health Organization - WHO").
  • Sekiranya anda tidak sihat, tangguh perjalanan antarabangsa anda.
  • Semasa mengembara di negara yang terjejas, elak daripada berada di kawasan ramai orang sekiranya tidak perlu.
  • Sentiasa amalkan teknik membasuh tangan secara kerap dan teliti.
  • Makan hanya makanan yang di masak dengan sempurna.
  • Setelah kembali perhatikan kesihatan anda salama 10 hari bagi sebarang symptom sebrlaku seperti demam, batuk, sakit kepala, dan sakit pada bahagian otot.
  • Bagi mereka yang menunjukkan simptom di atas selepas mengembara keluar negara, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan keadaan di negara tujuan sebanyak mungkin. (Pengumuman mengenai perkembangan terbaru penyakit)
Kes serangan influenza mengikut negara.
Negara Kes disahkan makmal Kes bersamaan* Jumlah kematian*
Mexico 18 1300 81
United States 11[27] 9[28] 0
New Zealand 0 10+[29] 0
Spain 0 3[30][31] 0
Israel 0 1[32] 0
France 0 2[33] 0
Colombia 0 5[34] 0
Total 29 1300+ 81
(*) Tidak semua kes disahkan kerana virus ini. Kes-kes yang mungkin adalah kes berkaitan sakit selesema yang tidak disahkan walaupun ujian untuk mengenalpasti virus ini dijalankan.
*Merah:kes yang disahkan
*Oren: kes yang belum disahkan (sehingga 26 April).

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April 2009, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mahmood Adam akan memberi kerjasama di semua pintu masuk.[35]

Pada 15 Mei 2009, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei 2009.

Pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

Pesakit tersebut telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil.[36]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Heinen PP (15 September 2003). "Swine influenza: a zoonosis". Veterinary Sciences Tomorrow. ISSN 1569-0830. "Virus influenza B dan C hampir sepenuhnya diasingkan dari manusia, sungguhpun virus influenza C juga diasingkan dari babi dan influenza B baru-baru ini diasingkan dari anjing laut (seals)." 
  2. http://www.who.int/mediacentre/news/statements/2009/h1n1_20090427/en/index.html
  3. Heinen PP (15 September 2003). "Swine influenza: a zoonosis". Veterinary Sciences Tomorrow. ISSN 1569-0830. "Virus influenza B dan C hampir sepenuhnya diasingkan dari manusia, sungguhpun virus influenza C juga diasingkan dari babi dan influenza B baru-baru ini diasingkan dari anjing laut (seals)." 
  4. 4.0 4.1 4.2 "Swine Influenza". Swine Diseases (Chest). Iowa State University College of Veterinary Medicine. 
  5. Shin JY, Song MS, Lee EH, Lee YM, Kim SY, Kim HK, Choi JK, Kim CJ, Webby RJ, Choi YK (2006). "Isolation and characterization of novel H3N1 swine influenza viruses from pigs with respiratory diseases in Korea". Journal of Clinical Microbiology 44 (11): 3923–7. doi:10.1128/JCM.00904-06. PMID 16928961. 
  6. Ma W, Vincent AL, Gramer MR, Brockwell CB, Lager KM, Janke BH, Gauger PC, Patnayak DP, Webby RJ, Richt JA (26 December 2007). "Identification of H2N3 influenza A viruses from swine in the United States". Proc Nat Acad Sci U S A 104 (52): 20949–54. doi:10.1073/pnas.0710286104. PMC 2409247. PMID 18093945. 
  7. Yassine HM, Al-Natour MQ, Lee CW, Saif YM (November 2007). "Interspecies and intraspecies transmission of triple reassortant H3N2 influenza A viruses". Virol J 28 (4): 129. doi:10.1186/1743-422X-4-129. PMC 2228287. PMID 18045494. 
  8. Yu, H. (March 2008). "Genetic evolution of swine influenza A (H3N2) viruses in China from 1970 to 2006". Journal of Clinical Microbiology 46 (3): 1067. doi:10.1128/JCM.01257-07. PMID 18199784. 
  9. "Bird flu and pandemic influenza: what are the risks?". UK Department of Health. 
  10. Lindstrom Stephen E, Cox Nancy J, Klimov Alexander (15 October 2004). "Genetic analysis of human H2N2 and early H3N2 influenza viruses, 1957–1972: evidence for genetic divergence and multiple reassortment events". Virology 328 (1): 101–19. doi:10.1016/j.virol.2004.06.009. PMID 15380362. 
  11. World Health Organization (28 October 2005). "H5N1 avian influenza: timeline" (PDF). 
  12. "Indonesian pigs have avian flu virus; bird cases double in China". University of Minnesota: Center for Infectious Disease Research & Policy. 27 May 2005. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  13. Roos Robert, pengarang (31 March 2009). "H5N1 virus may be adapting to pigs in Indonesia". University of Minnesota: Center for Infectious Disease Research & Policy. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  14. Centers for Disease Control and Prevention > Key Facts about Swine Influenza (Swine Flu) Dicapai pada 27 April 2009
  15. "Swine Flu and You". CDC. 2009-04-26. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  16. 16.0 16.1 Centers for Disease Control and Prevention (April 26, 2009). "CDC Health Update: Swine Influenza A (H1N1) Update: New Interim Recommendations and Guidance for Health Directors about Strategic National Stockpile Materiel". Health Alert Network. Diperoleh pada April 27, 2009. 
  17. Wagner, R; Matrosovich M, Klenk H (May–June 2002). "Functional balance between haemagglutinin and neuraminidase in influenza virus infections" 12 (3). ms. 159–66. doi:10.1002/rmv.352. PMID 11987141.  Unknown parameter |journapi9juuj9il= ignored (bantuan)
  18. 18.0 18.1 Gray GC, Kayali G (April 2009). "Facing pandemic influenza threats: the importance of including poultry and swine workers in preparedness plans". Poultry Science 88 (4): 880–4. doi:10.3382/ps.2008-00335. PMID 19276439. 
  19. Gray GC, McCarthy T, Capuano AW, Setterquist SF, Olsen CW, Alavanja MC (December 2007). "Swine workers and swine influenza virus infections". Emerging Infectious Diseases 13 (12): 1871–8. PMID 18258038. 
  20. "Deadly new flu virus in US and Mexico may go pandemic". New Scientist. 2009-04-24. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  21. "Q & A: Key facts about swine influenza (swine flu) - Symptoms". Centers for Disease Control and Prevention. 24 April 2009. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  22. "Q & A: Key facts about swine influenza (swine flu) – Spread of Swine Flu". Centers for Disease Control and Prevention. 24 April 2009. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  23. "Q & A: Key facts about swine influenza (swine flu) – Diagnosis". Centers for Disease Control and Prevention. 24 April 2009. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  24. "Q & A: Key facts about swine influenza (swine flu) – Treatment". Centers for Disease Control and Prevention. 2009-04-24. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  25. "Q & A: Key facts about swine influenza (swine flu) – Virus Strains". Centers for Disease Control and Prevention. 24 April 2009. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  26. WHO bimbang selesema babi merebak
  27. CDC (2009-04-25). "Human Swine Influenza Investigation". CDC. Diperoleh pada 2009-04-25. 
  28. Texas says tracks third probable case of swine flu, Reuters, Apr. 25, 2009
  29. "Ten influenza results confirmed". Fairfax Media. 2009-04-26. 
  30. "Sanidad investiga tres casos sospechosos de gripe porcina en España". El Mundo (Madrid: elmundo.es). 2009-04-26. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  31. Sanidad investiga tres casos sospechosos de gripe porcina
  32. Fear: Israeli may have returned from Mexico with swine flu
  33. "Two French travellers returning from Mexico suspected of having deadly swine flu". Daily Telegraph (Sydney: News Limited). 2009-04-26. Diarkibkan daripada asal pada 2012-09-05. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  34. "Swine flu outbreak an 'international emergency': WHO". Calgary Herald. 2009-04-26. Diperoleh pada 2009-04-26. 
  35. Imigresen waspada wabak selesema babi: KP
  36. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm