Inga edulis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Inga edulis
Pokok berbuah I. edulis
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Inga
Spesies:
edulis
Sinonim
  • Feuilleea edulis (Mart.) Kuntze[1]
  • Inga benthamiana Meisn.[1]
  • Inga edulis var. grenadensis Urb.[2]
  • Inga minutula (Schery) T.S.Elias[2]
  • Inga scabriuscula Benth.[1]
  • Inga vera Kunth[1]
  • Inga vera sensu Brenan [1]
  • Inga ynga (Vell.) J.W.Moore[1]
  • Mimosa inga L.[2]
  • Mimosa ynga Vell.[3]

Inga edulis adalah sejenis kacang bertaburan asli dari benua Amerika Tengah ke Selatan[4] tergolong dalam keluarga Fabaceae, ia serumpun dengan tumbuhan semalu dalam suku Mimosoideae.[5]

Ia ditanam secara meluas terutama dalam kalangan penduduk asli hutan hujan Amazon terutamanya di Peru, Ecuador, negeri Pernambuco di Brazil, Venezuela dan Colombia[6] untuk dimanfaatkan sebagai pokok teduh, sumber makanan, kayu, ubat-ubatan, dan minuman beralkohol.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Inga edulis boleh hidup di kawasan baik yang kering subtropika hingga basah.[4] Ia boleh didapati di ketinggian dari permukaan laut hingga 2200 m. Inga edulis tumbuh paling baik apabila suhu purata siang hari antara 23 hingga 30 ° C. Walau bagaimanapun, ia boleh bertoleransi 18 - 35 ° C. Pada waktu rehat pokok matang dapat bertahan -2 ° C, tanaman muda mati pada suhu 0 ° C.

Tumbuhan ini tumbuh sihat di persekitaran berkerpasan antara 1200 hingga 2500 mm setahun, tetapi kerpasan antara 640 hingga 4000 mm dapat diterima juga.

Ia dikenali dengan banyak nama setempat: joaquiniquil atau cuaniquil di Mexico, pepeto di El Salvador, paterna di Honduras, guama di Colombia dan guaba di Ecuador.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok dewasa I. edulis boleh tumbuh setinggi 30 m dengan batang berdiameter 60 sm mencabang bawah 3 m membentuk suatu kanopi padat dan datar. Batang pokok berwarna kelabu pucat. Dedaun ia tumbuh bersilang dan berbentuk pinnat sepanjang 10–30 sm long with 4–6 pasang anak daun membujur dan berwarna gelap.[2]

Pokok ini antara spesies yang hidup secara simbiosis dengan semut (eg. Pheidoles spp.) yang mendapatkan nektar terembes pada batang-batang, semut-semut ini pula melindungi pokok-pokok ini dari dimakan herbivor.

Isi buah ini diamati mempunyai rasa dan tekstur menyerupai ais krim vanila, sehinggakan ia turut diberi nama komersil "kacang aiskrim" (ice cream bean).[7] Beberapa varieti lain mempunyai rasa sedikit mirip kayu manis.[8][9]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai sumber makanan[sunting | sunting sumber]

Buah ini dijual segar di pasar-pasar serata Amerika Selatan.

Kulit selaput biji ini digunakan masyarakat Colombia dalam kunyahan yang diperam membuat arak khas disebut sebagai cachiri.[4][7]

Dalam perhutanan[sunting | sunting sumber]

Ia digunakan secara meluas dalam agroperhutanan tropika. Ia dimanfaatkan sebagai tanaman sungkup sebagai pilihan alternatif yang lebih mesra alam berbanding pertanian tebas bakar selain memberi teduh untuk ladang-ladang kopi, koko dan teh kerana sifat pokok yang masih mengekalkan daunnya pada musim kemarau.[10][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Inga edulis". LegumeWeb. International Legume Database & Information Service. November 2005. Dicapai pada 20 Jun 2021.
  2. ^ a b c d Lim, T. K. (6 November 2011), "Inga edulis", Edible Medicinal and Non-Medicinal Plants (dalam bahasa Inggeris), Springer Netherlands, m/s. 715–719, doi:10.1007/978-94-007-1764-0_80, ISBN 9789400717633
  3. ^ USDA (2007)
  4. ^ a b c "Inga edulis". Crop Index. Colllege of Horticulture, Purdue University. Dicapai pada 18 November 2018.
  5. ^ The Legume Phylogeny Working Group (LPWG). (2017). "A new subfamily classification of the Leguminosae based on a taxonomically comprehensive phylogeny". Taxon. 66 (1): 44–77. doi:10.12705/661.3.
  6. ^ Duke (1983)
  7. ^ a b "Ice Cream Beans". Specialty Produce. Dicapai pada 18 November 2018.
  8. ^ "Inga edulis – Mart". Plants For A Future. Dicapai pada 18 November 2018.
  9. ^ a b "Inga edulis". World Agroforestry Center. International Centre for Research in Agroforestry. Dicapai pada 18 November 2018.
  10. ^ Lojka, B.; Dumas, L.; Preininger, D.; Polesny, Z.; Banout, J. (2010). "The use and integration of Inga edulis in agroforestry systems in the Amazon – review article". Agricultura Tropica et Subtropica (Czech Republic). 43 (4): 352–359. ISSN 0231-5742. Dicapai pada 18 November 2018.