Santokh Singh
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
![]() |
|||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Santokh Singh | ||
| Tarikh lahir | 22 Jun 1952 | ||
| Tempat lahir | Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia | ||
| Posisi permainan | Pertahanan | ||
| Kerjaya senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
| 1971-1985 | Selangor FA | ||
| Pasukan kebangsaan | |||
| 1972-1980 | |||
| * Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja . † Kemunculan (Gol). |
|||
Santokh Singh merupakan legenda bola sepak Malaysia yang mewakili Selangor dan Malaysia pada era 70-an. Dia merupakan rakan seangkatan allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, dan R. Arumugam.
Santokh merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972. Dia mula menyertai Malaysia pada 1971. Pada tahun 1973, bekas jurulatih Malaysia M Kuppan dan Abdul Ghani Minhat merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk gandingan mantap Chin Aun-Santokh sehingga mendatangkan gerun kepada pasukan lain. Santokh juga mewakili Malaysia pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 1980. Dia kini bekerja sebagai jurulatih sambilan kepada pasukan sekolah di Malaysia.
