Ismail Izzani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ismail izzani
Kelahiran
Ismail Izzani bin Zainal Nazeri

(2000-04-13) 13 April 2000 (umur 24)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon
Tahun aktif2016–kini

Ismail Izzani Zainal Nazeri (lahir 13 April 2000) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau merupakan juara dalam pertandingan di YouTube. Ismail merupakan anak kepada penyanyi veteran 1980-an, Datin Suliza Salam.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ismail Izzani mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun, dan mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul "Sabar" hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn semakin popular. Sehingga Ogos 2017, video muzik lagu berkenaan ditonton lebih empat juta kali selepas dimuat naik di laman YouTube pada Februari 2017.[4]

Sebelum Ismail menceburkan dirinya dalam bidang nyanyian, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setiabudi dan Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak. Ismail pernah menyertai kumpulan nasyid di sekolah tersebut. Pada pertengahan tahun 2016, beliau mula mengikuti pembelajaran secara persekolahan di rumah untuk memastikan jadual kerjaya dan pelajarannya berjalan seiring dan tidak bertembung.[5]

Ismail sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017.[6] Namun, beliau tidak berpeluang menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut atas sebab masalah pendaftaran.[7]

Ismail telah melancarkan sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana dan dua artis Indonesia iaitu Fatin Shidqia dan Rizky Febian bersempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Nusantara pada 9 Jun 2017.[8]

Ismail juga semakin dikenali ramai dengan lagu ala pop iaitu Luar Biasa bersama Alif Sleeq yang dimuatnaik ke Youtube pada 15 Mac 2018.

Ismail juga turut berkecimpung dalam bidang lakonan, memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Batang Buruk Lesung Batu, seterusnya membintangi drama Kebaya Kasut Kanvas dan Lelaki Lingkungan Cinta.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sebelum ini pernah digosipkan dengan penyanyi Shalma Eliana, namun kedua-duanya mengumumkan telah putus hubungan cinta pada awal November 2021.[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Ismail Izzani (2022)

Single[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Catatan
2017 "Sabar" Single tanpa album
"Demi Kita"
2018 "Luar Biasa"
(menampilkan Alif)
"Teruskan Perjalanan"
(bersama Altimet)
"Save Me"
"Bidadari"
2019 "Berserah"
(bersama Zizan Razak)
"Cinta"
"Hello"
(bersama Andi Bernadee)
2020 "Nyawa"
"Sedih"
(bersama Naim Daniel)
"Ada Cara"
2021 "Contact"
(bersama Izhar dan Quai)
Ismail Izzani
"Kamu"
2022 "Ape Ko Nak"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Dendam Penunggu Zul Filem Pertama
TBA Projek: Kahar Megat Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Kebaya Kasut Kanvas Mikail TV3 Drama Pertama
Lelaki Lingkungan Cinta Zamri
2021 Keluarga Epik Syamsul
2023 Bukan Hanya Sekadar Cinta Isa Rafael

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Batang Buruk Lesung Batu Wanji Astro Ria
2019 Lelaki Kelas Sebelah Anas TV3
Cerita Raya Luar Biasa Ismail Astro Ria
2020 Gangguan Psiko Stalker Zafran Astro Citra
2023 Impak Maksima Underground Arie Tonton

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Couple Filem Popular Dendam Penunggu Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angelin Yeoh (7 Mei 2018). "3 videos, 30 million views: Meet 'Luar Biasa' teen singer Ismail Izzani" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  2. ^ "Ismail Izzani anak baik - Suliza". Utusan Malaysia. 30 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  3. ^ "Ismail Izzani menghadam populariti". Kosmo!. 3 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018. Bergelar anak kepada penyanyi lama, Suliza Salam bukan satu sandaran buat Ismail Izzani memasuki dunia glamor.
  4. ^ Qarami Hashim (21 April 2017). ""Saya Tak Tiru Bieber" - Ismail Izzani". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  5. ^ Nor Eryani Yusup (10 September 2018). "Ismail Izzani belajar daripada kesilapan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-12. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  6. ^ Mohd Al Qayum Azizi (17 Mei 2017). "Ismail Izzani Janji Tidak Abai Pelajaran Selepas Tinggalkan Sekolah". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  7. ^ Nurfarahana Mohamad (15 Mac 2018). "Ismail Izzani tak ambil SPM". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2018. Dicapai pada 21 Mac 2018.
  8. ^ Mya Amri (1 Jun 2017). "Mahu Perbaiki Mutu Nyanyian, Ismail Izzani Berhasrat Ambil Kelas Vokal". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Oktober 2020). "Permulaan baharu Ismail Izzani". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  10. ^ Najiy Jefri (2 November 2021). "Ismail Izzani, Shalma Eliana dah putus, buang cincin dalam sungai". Harian Metro. Dicapai pada 6 November 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]