Jeanne d'Arc

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jeanne d'Arc

Jeanne d'Arc (Domrémy, Lorraine, 6 Januari 1412 - Rouen, Normandie, 30 Mei 1431), adalah seorang pahlawan negara Perancis dan merupakan seorang santa dalam agama Kristian Katolik. Dia juga dikenali dengan nama Inggeris Joan of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle yang bererti Jeanne "si dara" atau "si perawan".

Jeanne d'Arc yang lahir dengan nama Jehanne Darc, berasal dari sebuah keluarga petani pada masa Perang Seratus Tahun, sebuah perang antara England dan Perancis. Pada kala itu, England menduduki Normandie, sebuah daerah di utara Perancis.

Sekitar 1424, Jeanne mula mendapat visi mengenai Malaikat Mikail serta Santa Catherine dan Santa Margaret, yang menyuruhnya mengusir tentera Inggeris. Dia kemudian berusaha menghadap putera raja Charles VII di Chinon.

Baginda menghantar beliau menyertai Pengepungan Orléans. Jeanne ketika itu masih seorang gadis yang berusia 17 tahun, memakai pakaian lelaki dan menyertai misi bantuan ke Orléans. Dia berjaya mempengaruhi sekurang-kurangnya moral tentera Perancis sehingga berjaya mematahkan pengepungan itu pada Mei 1429, menukar gelombang peperangan beralih kepada tentera Perancis.

Pada Mei 1430, dalam satu peperangan kecil di Compiègne, sekutu tentera Inggeris, puak Burgundy berjaya menangkapnya[1] dan dia dibicarakan antara lain kerana dituduh menyeleweng dan memakai pakaian lelaki. Lalu dia dihukum mati dengan dibakar hidup-hidup,[2] dan abunya dibuang di Sungai Seine.

25 tahun selepas itu, suatu mahkamah penyiasatan yang diberi kuasa oleh Paus Callixtus III memeriksa perbicaraan tersebut, mengumumkan beliau tidak bersalah, dan mengisytiharkannya sebagai martir.[3] Jeanne dibeatifikasi pada 1909 dan dikanonisasi pada 1920.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Le Procès de Jeanne d'Arc, in Série "Les grands procès de l'histoire", Ministère de la Justice (France), 6 Julai 2012: http://www.justice.gouv.fr/histoire-et-patrimoine-10050/proces-historiques-10411/le-proces-de-jeanne-darc-24376.html
  2. Régine Pernoud, "Joan of Arc By Herself And Her Witnesses", m/s. 228
  3. Andrew Ward (2005) Joan of Arc di Pangkalan Data Filem Internet

Pautan luar[sunting | sunting sumber]