Kamn Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamn Ismail
Kelahiran
Haji Kamarudin bin Ismail

(1956-02-08)8 Februari 1956
Meninggal dunia8 Disember 2019(2019-12-08) (umur 63)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor
PekerjaanPengarah, penulis, ilustrator, juruanimasi, pelukis komik, pensyarah sambilan
Tahun aktif1975–2019
Karya terkenal
PasanganHadidah Binti Mohammed
Anak-anak
  • Dalila Kamarudin
  • Nadiah Kamarudin
  • Nadzirah Kamarudin
  • Nabil Kamarudin
AnugerahTokoh Penggiat Kartun Malaysia 2012 & Tokoh Penglipur Lara Animasi Malaysia 2018

Haji Kamarudin bin Ismail (8 Februari 1956[1] – 8 Disember 2019[2]) merupakan seorang pengarah animasi, penulis, juruanimasi, dan pelukis komik Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengarahan siri animasi Usop Sontorian (1993–1997) bersama kartunis Ujang, siri animasi terbitan Kharisma Pictures dan beliau juga merupakan pencipta watak dan pengarah animasi adiwira Keluang Man (1997–2001). Beliau juga diiktiraf sebagai pelopor siri animasi dan animasi digital TV pertama di Malaysia.[3][4]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1956 di Pengkalan Balak, Melaka dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau bersekolah di peringkat rendah dan menengah di Methodist Boys School Sentul. Selepas tamat persekolahan, beliau memulakan kerjaya sebagai pelukis.[1]

Beliau bekerja dengan sebuah studio animasi England, MacLean & Company, yang pada ketika itu sedang menjalankan penggambaran filem di Malaysia. Beliau menjadi pelukis skenik di studio itu dan filem yang dihasilkan adalah filem Paper Tiger (1975) arahan Ken Annakin.[1]

Beliau seterusnya bekerja sebagai kerani di Keretapi Tanah Melayu sehingga bersara dan (KTM) telah diswastakan pada tahun 1992. Kamn Ismail memulakan kerjaya animasi bersama Dato' Mohd Othman Yusof dan Micheal Lum menerbitkan siri animasi pertama negara, Usop Sontorian, yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah.[5] Pada tahun 1996 beliau mewakili deligasi Malaysia ke festival animasi di Hiroshima dan memberi taklimat tentang animasi Malaysia dan menayangkan animasi Usop Sontorian Episod Rakit.

Beliau seterusnya mencipta watak dan mengarahkan siri animasi adiwira Keluang Man terbitan beliau bersama UAS Communications Studios Sdn bhd. Beliau merupakan pemegang sijil hak cipta cerita asal siri animasi dan juga Cap Dagangan (TM) Keluang Man.

Pada tahun 2002, Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat animasinya sendiri, Quest Animation (m) Sdn. Bhd yang mana Kamn Ismail adalah pemilik dan Pengarah Urusan syarikat yang telah menghasilkan beratus episod siri animasi dan IP animasi lain[6]

Pada tahun 2012 Kamn Ismail dan rakan kartunis lain telah di anugerahkan Tokoh Penggiat Kartun Malaysia 2012. Manakala pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) bersama Persatuan Animasi Malaysia ANIMAS menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 jam 4:15 petang.[7] Beliau meninggalkan balu, Hadidah Mohammed dan 4 anak serta 5 cucu. Jenazahnya beliau selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Februari 2023, Google Doodle telah membuat penghormatan dan tribute kepada beliau sempena hari lahir beliau yang ke 67.[8]

Syarikat animasi beliau Quest Animation Sdn Bhd kini telah diuruskan oleh anak dan menantu beliau di bawah nama Quest Studio.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penerbit Pelakon suara Catatan
1993–1997 Usop Sontorian Ya Tidak Ya Produksi animasi bersama-sama Ujang
1997–2001 Keluang Man Ya Ya Tidak Penulis, Pencipta Asal
2002 Che Nat Ya Ya Ya Penulis, 49 episod - Anugerah Antarabangsa di Tehran
2002 Toman 1 Ya Ya Ya Penulis, 13 episod
2002 Kumang Ya Ya Ya Penulis, 45 minit telemovie - Anugerah Filem festival
2003-2004 Kumang Lagenda Sarawak Ya Ya Ya Penulis, 26 episod - Anugerah Seri Angkasa
2004-2005 Lagenda Kinabalu Ya Ya Ya Penulis, 26 episod - Anugerah Seri Angkasa
2006 Pusaka Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2006-2007 Pejuang Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2008-2010 Duwi Ya Ya Ya Penulis, 13 episod
2015 -2019 Mat Kilau Ya Ya Ya Penulis, 13 episod - Anugerah Inovasi & Mini Filem festival tempatan
2025 Keluang Man Tidak Tidak Tidak Pencipta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "A brief history on our Managing Director & Producer Kamn Ismail" [Sejarah ringkas mengenai Pengarah Urusan dan Penerbit kami, Kamn Ismail]. UAS ARTS (M) Sdn Bhd (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2019. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  2. ^ a b Afiezy Azaman (8 Disember 2019). "Pencipta watak 'Keluang Man' dan 'Usop Sontorian' meninggal dunia". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  3. ^ Kepayahan karyawan - Rencana Utusan Malaysia (24 Januari 2015). Dicapai pada 10 Mac 2018.
  4. ^ "Pengarah Animasi TV pertama Malaysia, Kamn Ismail". Faris Ghazali. 9 Januari 2017. Dicapai pada 19 Jun 2017.
  5. ^ Mengimbas Kembali Siri Animasi Pertama di Malaysia 'Usop Sontorian' Diarkibkan 2018-06-19 di Wayback Machine Sarawakiana (9 Mei 2014). Diperoleh pada 24 April 2018.
  6. ^ Mohammed Shahemey Azmi (28 Jun 2015). Animasi Malaysia cetus fenomena Diarkibkan 2018-03-11 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 10 Mac 2018.
  7. ^ Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah (8 Disember 2019). Tokoh animasi digital Kamn Ismail meninggal dunia Sinar Harian. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  8. ^ https://www.google.com/doodles/kamn-ismail-s-67th-birthday

Pautan luar[sunting | sunting sumber]