Kampung Long Boh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Long Boh
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Long Boh
Mohor rasmi Kampung Long Boh
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPerlis Indera Kayangan
Daerah Simpang Ampat
KampungKampung Long Boh
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
02700
Kod kawasan+604

Kampung Long Boh merupakan sebuah kampung yang terletak di Simpang Ampat, dalam negeri Perlis Indera Kayangan, iaitu negeri paling utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand. Negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar mempelam Harum Manis, selain mempelam jenis Mas Indera, Mas Muda, Chok Anan dan Sala.[1] Makanan tradisi istimewanya yang lain adalah laksa Perlis. [2]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Dibina pada tahun 1982, Sekolah Kebangsaan Long Boh merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat di Kampung Long Boh [1]. Sekolah ini menjadi tumpuan para pelajar dari Kampung Long Boh serta pelajar dari kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Alor Redis serta Kampung Baru, Utan Aji. Walaupun terletak diluar bandar serta mempunyai bilangan pelajar yang kecil, ini tidak bermakna sekolah ini tidak mampu melahirkan pelajar yang cemerlang.
  2. Tadika Kemas Kampung Long Boh. Tadika ini dibina bagi memenuhi keperluan pelajar berumur 4 tahun ke 6 tahun bagi persediaan ke sekolah rendah.

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Masjid al-Hasyimi. Terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan Kampung Long Boh ke Kampung Surau, Utan Aji. Menjadi masjid utama bagi penduduk Kampung Long Boh melaksanakan ibadah serta menjadi pusat kemasyarakatan. Populasi warga Kampung Long Boh yang majoritinya beragama Islam membuatkan masjid ini menjadi tumpuan setiap kali musim perayaan tiba.

Kedai runcit[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kedai runcit serta warung yang diusahakan oleh sebilangan penduduk Kampung Long Boh bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Antara kedai runcit yang ada di Kampung Long Boh adalah, Kedai Pa serta Kedai An. Tidak ketinggalan juga, Warung Ciktom yang menyediakan sarapan pagi serta hidangan masakan hingga ke malam.

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Long Boh, Simpang Ampat, Perlis adalah 02700.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi - SK LONG BOH (sklongbohpls.edu.my)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Indera Kayangan dipenuhi kedamaian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-02. Dicapai pada 2017-12-03.
  2. ^ Laksa Perlis - JKKN PERLIS
    Kompleks JKKN Perlis
  3. ^ Carian Poskod