Kapten Hassan Wira Bangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kapten Hassan Wira Bangsa merupakan sebuah novel mengisahkan perjuangan perajurit negara yang berjuang menentang keganasan komunis semasa zaman darurat di Malaysia 1948-1960. Tokoh utama novel ini ialah Kapten Hassan yang menyertai askar Melayu bagi mempertahankan negara Malaysia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hassan bin Haji Osman lahir pada tahun 1927 di Kampung Batu 12 , Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan di sekolah pengajian pondok sehingga Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1945. Pada zaman pemerintahan Jepun, Hassan berkahwin untuk mengelak daripada ditangkap Jepun menjadi buruh paksa. Isterinya bersama-sama ibu mertuanya telah dibunuh oleh kumpulan Bintang Tiga pada zaman Jepun.

Jepun menyerah kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Tentera Berikat. Kumpulan Bintang Tiga mengganas dan membunuh mereka yang dianggap membantu Jepun. Hassan meninggalkan kampung untuk belajar ilmu mempertahankan diri di Melaka dan Batu Pahat. Kemudian, beliau menyertai Kor Rejimen Askar Melayu pada tahun 1946 di Port Dickson. Selepas itu, beliau ditempatkan di Taiping dan memburu pengganas komunis di Sungai Temenggor, di Hulu Perak.

Hassan telah dinaikkan pangkat Lans Koperal dan berpindah ke Mentakab, Pahang. Di sini, beliau berjaya menggempur perkhemahan pengganas di Sungai Kawang. Pada tahun 1951, Hassan dianugerahi Bintang Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 1952, beliau mendirikan rumah tangga. Kejayaan Hassan membunuh pengganas komunis semasa menjalankan tugas mendapat penghargaan daripada Ratu Elizabeth dengan pengurniaan Bintang Penghormataan Tentera dan Bintang Darjat Keberanian.

Pasukan komunis berusaha untuk menangkap Hassan dengan menghantar Ah Kiew @ Ah Moi untuk menggoda Hassan. Rancangan Ah Moi gagal, sebaliknya dia mempengaruhi rakan-rakannya menyerah diri kepada kerajaan. Semasa Kem Taiping mengadakan pementasan, Hassan telah menulis skrip drama tentang perjuangan perajurit menentang komunis. Skrip drama Hassan telah difilemkan oleh P.Ramlee berjudul “Sarjan Hassan”. Sarjan Hassan kemudian dinaikkan pangkat menjadi Leftenan dan berpindah ke Mentakab, Pahang pada tahun 1957.

Semasa di Mentakab, Pahang, kumpulannya berjaya menggempur kumpulan ketua pengganas komunis yang mengadakan mensyuarat di Ladang Getah Waterfall. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan. Banyak kawasan telah diisytiharkan Kawasan Putih. Hassan telah berpindah ke Kem Jalan Ipoh. Semasa bertugas di sini, Hassan telah melaporkan kisah pegawai kanan pasukan yang membuat maksiat. Pegawai berkenan dikenakan tindakan disiplin. Pada tahun 1961, Hassan gagal ujian kenaikan pangkat. Akibat kegagalan itu, perkhidmatan Hassan ditamatkan dan beliau pulang ke kampung tanpa mendapat bulana pencen.

Hassan membuat rayuan kepada Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein . beliau dipanggil untuk berkhidmatan dengan Askar Wataniah di Kem Rasah, ,Rasah, Negeri Sembilan. Pada tahun 1967, Kapten Hassan bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia. Hassan menjalankan perniagaan di Hentian Puduraya, dan meninggal dunia pada tahun 1991 di Hospital Besar Seremban.

Tema dan persoalan[sunting | sunting sumber]

Novel ini bertemakan keberanian dan semangat patriotism seorang anggota tentera semasa berkhidmat dengan pasukan tentera. Hassan menyertai pasukan tentera setelah melihat kekejaman Jepun dan komunis. Dengan semangat dan penuh keberanian beliau telah menggempur tempat perkhemahan komunis. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah membunuh 11 orang komunis. Selepas merdeka, dia telah diberhentikan kerana gagal ujian. Namun, semangat untuk menyertai pasukan tentera terus membara lalu diterima menganggotai Pasukan Askar Wataniah.

Sikap masyarakat tempatan yang tidak bersatu menentang penjajah. Semasa penjajahan Jepun, banyak kumpulan ditubuhkan untuk menentang Jepun. Namun, terdapat masyarakat Melayu yang enggan menyertai pertubuhan itu, sebaliknya bermuka-muka dengan Jepun. Hassan terpaksa berkahwin untuk mengelak diri daripada diambil oleh Jepun bagi dihantar ke sempadan Thailand - Myanmar . Selain itu, sikap membalas dendam dalam sesuatu organinasi. Keputusan Hassan diberhentikan dan tiada peluang untuk merayu dibuat oleh pegawai yang dendam terhadap Hassan. Hassan pernah mengadu tindakan pegawai itu melakukan maksiat kepada pegawai atasan. Tambahan itu, pengorbanan anggota pasukan keselamatan tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Walaupun Hassan telah menjalankan tugas dengan cemerlang, tetapi beliau tidak mendapat pencen bulanan. Selain daripada itu, sikap penduduk yang tidak bersatu dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Pada zaman penjajahan Jepun masyarakat Melayu, India, dan Cina di Tanah Melayu tidak bersatu padu. Hal ini memberi peluang Inggeris datang ke Tanah Melayu dan meneruskan penjajahannya.

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

  • Kapten Hassan : Nama penuhnya Hassan bin Haji Osman. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan. Beliau anak ketiga daripada lima orang adik-beradik bagi pasangan Haji Osman dan Puan Zainab. Hassan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu sehingga darjah lima dan kemudian mendalami pengetahuan agama di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan sehingga kedatangan Jepun. Selain itu, Hassan ada juga menimba ilmu kebatinan dan kepahlawanan daripada beberapa orang tokoh agama. Hassan jujur, tekun, sabar, berani, bersemangat tinggi, dan kuat beribadah. Disiplin dan taat akan perintah orang atasan menjadi pegangan dan amalanya. Semua sifat tersebut menyebabkan Hassan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya sebagai ‘riflemen’ sehingga ke pangkat Kapten. Selain itu, Hassan berbakat menulis skrip dan pernah mengarah drama pentasyang mengisahkan kehidupan anggota keselamatan pada zaman darurat. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Hassan, pelbagai anugerah diberikan kepada beliau. Antaranya termasuklah pingat keberanian NM, pingat Perkhidmatan Cemerlang MID, pingat Kelakuan Terpuji Negeri Pahang, pingat Jaksa Kebaktian, pingat Ahli Mangku Negara, dan pingat Seri Mahkota Selangor. Hassan meninggal dunia di Hospital Besar Seremban kerana sakit jantung.
  • Penghulu Ismail : Beliau merupakan datuk Hassan sebelah ibunya, yang telah memelihara Hassan di Mukim Pantai. Penghulu Ismail diiktiraf sebagai Pentadbiran Mukim Pantai dan sangat disenangi dan dihormati oleh orang-orang kampung. Beliau pernah ditangkap secara kasar dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga yang cuba mengambil alih kuasa. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan tanpa syarat oleh Bintang Tiga yang ketakutan setelah berlaku beberapa kejadian aneh.
  • Hajah Siti Amai : Beliau adalah ibu mentua Hassan, yakni ibu kepada isteri pertama Hassan, Siti Zabedah. Hajah Siti Amai agak berada orangnya, mempunyai simpanan mata wang pound British , mengusahakan kebun, serta memelihara lembu dan kerbau. Beliau akhirnya mati dibunuh dengan kejamnya oleh Bintang Tiga kerana enggan menyerahkan wang hasil jualan lembu dan kerbau,wang simpanan , serta barang kemasnya kepada mereka.
  • Ah Kiew: Dia pengganas komunis yang cantikyang dikenal sebagai Ah Moi. Dia arahkan supaya berpura-pura menyerah diri di Kem Tapah, yakni kem tempat Hassan bertugas ketika itu. Tugas pertamanya ialah menggoda Hassan supaya Hassan terjebak dalam maksiat. Tujuannya supaya ilmu kebatinan yang dimiliki dan diamalkan oleh Hassan tercemar dan tidak dapat digunakan. Hal ini bagi memudahkan pihak komunis menghapuskan Hassan kelak. Walau bagaimanapun Ah Kiew pula termakan pujukan Hassan supaya kembali ke pangkuan masyarakat dan meninggalkan perjuagan komunis yang sia-sia. Malah, sesudah Ah Kiew sedar dan berubah, dia telah berjaya memujuk 27 orang pengganas komunis yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak supaya menyerah. Tidak beberapa lama kemudian, Ah Kiew berkahwin dengan pemuda pilihannya dan dia telah mengundang Hassan ke majlis perkahwinannya.
  • Tuk Janggut: Dia Ketua Komunis di Perak yang berbangsa Melayu. Dia dikatakan memiliki ilmu kebal dan dapat menghilangkan diri sekelip mata. Kononnya, oleh sebab itulah dia amat digeruni oleh anggota tentera yang beroperasi di dalam hutan. Setelah cabar-mencabar, Tuk Janggut melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Hassan tetapi anehnya tidak berkesan kepada Hassan .Selepas itu, Hassan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Tuk Janggut pula. Tembakan Hassan tidak berkesan juga kepada Tuk Janggut yang kemudiannya menghilangkan diri sekelip mata.
  • Mejar : Dia pegawai kanan Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, iaitu tempat Hassan bertugas ketika menyandang pagkat Leftenan. Dia telah melanggar disiplin dan peraturan di kem yang melarang anggota tentera membawa wanita yang bukan mahram ke dalam kem. Kejadian sumbang itu dilaporkan oleh Leftenan Hassan kepada pegawai pemerintahan batalion berkenaan sehingga mejar tersebut dikenakan tindakan tata tertib. Sebagai akibatnya, dia memandang serong terhadap Hassan. Ketika mejar tersebut menjadi kompeni dan Hassan menjadi ketua platun tempur dalam kompeni berkenaan, berlaku pergeseran peribadi antara mereka. Dia tetap mengarahkan Hassan mengetuai pasukan untuk gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa pesawat yang terhempas di kawasan Bukit Tinggi ,Pahang, meskipun mengetahui bahawa Hassan akan menduduki ujian kenaikan pangkat tak lama lagi. Dia jugalah bertanggungjawab menolak rayuan Hassan untuk terus berkhidmat dalam angkatan tentera apabila perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa mengambil kira sumbangan cemerlang Hassan kepada bangsa dan Negara.

Plot[sunting | sunting sumber]

Plot novel ini dijalin menurut kronologi.

  • Permulaan: Penceritaan dimulakan dengan kelahiran Hassan sehinggalah dia membesar dan belajar di Sekolah Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, sewaktu pendudukan Jepun pada Disember 1941, pengajian Hassan terhenti dan dia pulang ke kampung.
  • Perkembangan: Datuk Hassan, iaitu Penghulu Ismail telah mengahwinkan Hassan dengan Siti Zabedah. Ketika itu Hassan baru berumur 17 tahun. Isteri Hassan, ibu mentua, nenek mentuanya, dan nak buah isterinya telah dibunuh oleh pihak Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah. Kemudian Penghulu Ismail pula di tangkap oleh pengganas komunis kerana disyaki bekerjasama dengan Jepun. Selepas kejadian itu, Hassan mengambil keputusan untuk menyertai Kor Rejimen Askar Melayu. Hassan kemudiannya diserapkan ke Rejimen Kedua Askar Melayu di Kem Bagan Pinang, Port Dickson. Selepas itu, Hassan telah diukarkan ke beberapa tmpat sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai koperal dalam Pasukan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu. Dalam menjalankan tugasnya, Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Ladang Sungai Kawang. Hari tersebut juga merupakan hari pertunangannya denagan Siti Aisyah Haji Bujang. Pada 16 November 1953 Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Pahang.
  • Klimaks: Hassan mengetuai satu gerakan di kawasan Waterfall Estet. Dalam gerakan tersebut, beliau berjaya menumpaskan usaha pengganas komunis yang hendak bermesyuarat untuk menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Seterusnya, Hassan gagal dalam peperiksaan kenaikan pangkat. Pada 5 Ogos 1962 , perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa sebarang sebab. Beliau turut gagal mendapatkan pencen kerana tidak memenuhi syarat walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun. Hassan membuat rayuan kepada Menteri Pertahanan, iaitu Tun Abdul Razak. Akhirnya, Hassan diterima untuk menyambung perkhidmatannya semula dalam Pasukan Askar Wataniah.
  • Peleraian: Kapten Hassan diarahkan bertugas di beberapa tempat semsa berlaku konfrontasi dengan Kerajaan Republik Indonesia. Setelah konfrontasi tamat pada bulan Ogos 1966, Kapten Hassan mengambil keputusan untuk bersara pada 30 September 1967. Selepas bersara, beliau menceburi bidang perniagaan dan aktif dalam politik. Pada 30 April 1991, pukul 4.30 pagi, Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Seremban kerana sakit lemah jantung.

Gaya bahasa[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Jepun : kabotai, aiho dan oabang
  • Bahasa Inggeris : Force 136, Home Guard, stengun, retraining, Quarter Master, Browning dan Military Medal
  • Bahasa Arab : roh,Allahyarham, rahmat, arwah dan Magribi
  • Simpulan bahasa : kawasan putih, iri hati, dan air muka
  • Personafikasi : bayang maut datang menerjah dari segenap penjuru
  • Simile :ibarat gugurnya kuntum-kuntum melati yang mengharumkan nama nusa dan bangsa dan pucat bagaikan mayat.
  • Metafora : debu derita dan Hujan tembakan

Nilai dan pengajaran[sunting | sunting sumber]

Kasih sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail. Selain itu, Hassan seorang yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera Hassan patuh kepada disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk bersedia untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu. Penghulu Ismail pula berniaga beras pada zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut.

Kita hendaklah bijak merancang kehidupan. Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan untuk mengelakkan tindakan Jepun menghantarnya ke Thailand. Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai dianggap kaya kerana rajin mengusahakan tanah dan menternak, disamping menyimpan wang pound. Kita haruslah mematuhi perintah agama. Hassan berpegang kepada agama dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda oleh Ah Moi. Tambahan lagi, kita hendaklah bersatu padu menentang musuh. Orang kampung tidak berani membela Hajah Siti Amai yang dibunuh komunis kerana mereka tidak bersatu. Kita jugalah haruslah mengenang jasa dan keberanian perajurit. Hassan mendapat pingat daripada Ratu Inggeris kerana keberaniannya menjalankan operasi menggempur komunis.

Latar tempat[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak tempat yang penting dan kurang penting yang menjadi latar tempat dalam novel ini. Antara latar tempat yang penting dalam novel ini termasuklah seperti berikut:

  • Mukim Pantai. Di sinilah Hassan dibesarkan oleh datuknya, Penghulu Ismail dan dikahwinkan dengan isteri pertamanya. Di sinilah peristiwa kejam yang menyayat hati, yakni pembunuhan isteri Hassan, ibu mertuanya, nenek mertuanya, dan anak buah isterinya berlaku. Di sinilah juga, datuk Hassan ditangkap dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga. Kesan daripada peristiwa yang berlaku itu, semangat juang Hassan untuk menuntut keadilan dan menentang komunis membenih dan membara.
  • Kem Tapah. Di sinilah Hassan cuba digoda oleh Ah Moi, pengganas komunis wanita yang berpura-pura menyerah diri. Sebaliknya, Ah Moi pula tewas oleh pujukan Hassan sehingga 27 rakan seperjuangan Ah Moi yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak turut menyerah diri kepada pasukan keselamatan.
  • Ladang Getah Waterfall. Di sinilah Hassan mengetuai pasukannya yang menyiasat dan mengagalkan percubaan komunis untuk menghalang sambutan kemerdekaan Tanah Melayu.
  • Kem Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Di sinilah berlakunya pergeseran peribadi antara Leftenan Hassan dengan ketua kompeninya yang berpangkat mejar. Di sinilah perkhidmatan Hassan dalam angkatan tentera ditamatkan setelah dia gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Rayuan Hassan supaya perkhidmatannya disambung semula ditolak oleh mejar berkenaan tanpa mengambil kira perkhidmatan cemerlang Hassan sepanjang kerjayanya.
  • Hospital Besar Seremban. Di sinilah tempat Hassan dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana serangan sakit jantung dan kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 64 tahun.

Latar masa[sunting | sunting sumber]

Latar masa novel ini cukup panjang, iaitu sepanjang hayat Kapten Hassan, bermula sejak beliau lahir pada bulan Julai 1927 dan berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 30 April 1991. Larat masa ini dibahagi-bahagikan seperti yang berikut :

  • Julai 1927 hingga kedatangan Jepun. Dalam tempoh ini dimuatkan kisah ringkas peribadi Hassan, yakni pendidikan awalnya di Sekolah Melayu, kisah ringkas tentang keluarganya, dan kisah Hassan mendapat pendidikan agamanya di Sekolah Pengajian Pondok. Pengajian Hassan terhenti apabila kedatangan Jepun.
  • Zaman Pendudukan Jepun. Dalam tempoh ini, diceritakan penderitaan rakyat kerana menjadi buruh paksa Jepun dan kesengseraan rakyat kerana sukarnya mendapat keperluan makanan. Pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, dikisahkan kemunculan pelbagai kumpulan penentang pemerintahan Jepun, termasuk Bintang Tiga yang menganut faham komunis.
  • Zaman Konfrotasi dan persaraan Hassan. Dikisahkan dalam tempoh ini khidmat Hassan sebagai Kapten dalam Rejimen Askar Wataniah setelah diterima semula berkhidmat dalam angkatan tentera. Dikisahkan juga peranan Kapten Hassan sacara ringkas semasa konfrontasi dengan Indonesia, dan akhirnya persaraan Kapten Hassan daripada angkatan tentera. Dikisahkan apabila bersara, Hassan mengusahakan perniagaan gerai makanan dan perniagaan pengangkutan, di samping ikut terlibat dalam politik hingga beliau meninggal dunia.

Latar masyarakat[sunting | sunting sumber]

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini pada umumnya terbahagi kepada yang berikut:

  • Orang-orang kampung. Yakni kebanyakannya orang Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya pada peringkat awal dalam novel ini. Orang-orang kampung ini kebanyakannya bertani dan hidup dalam keadaan serba sukar, baik semasa Jepun mahupun semasa Bintang Tiga bermaharajalela. Sikap pasif dan sabar orang-orang kampung terhadap kekejaman Bintang Tiga berubah dengan penahanan dan penangkapan Penghulu Ismail. Mereka berpegang teguh kepada ajaran agama juga.
  • Anggota pasukan keselamatan. Yakni pasukan tentera yang berkhidmat di bawah panji Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah, di samping pasukan Pasukan Polis Hutan. Mereka ini kebanyakan terdiri daripada bangsa Melayu yang menjawat pelbagai pangkat tinggi dan rendah, kecuali pada zaman Inggeris yang kebanyakkannya pegawai tingginya terdiri daripada bangsa Inggeris. Kesemua anggota pasukan keselamatan ini berjuang dengan penuh semangat dan berdedikasi demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Negara, khususnya daripada ancaman dalam negeri, yakni pengganas komunis dan ancaman negeri, misalnya sewaktu zaman konfrontasi.
  • Kumpulan pengganas komunis. Yang sebahagian besarnya berbangsa Cina tetapi turut disertai bangsa Melayu. Mereka pada asalnya mengangkat senjata untuk menentang pendudukan Jepun telah turut menentang Inggeris dan kerajaan yang dipilih rakyat.Mereka bersikap kejam dengan sewenang-wenang terhadap rakyat dan senantiasa menggugat keamanan Negara. Namun demikian, perjuangan sia- sia mereka dari dalam hutan berakhir juga dengan persetujuan mereka untuk meletakkan senjata.