Rasah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rasah merupakan sebuah bandar yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak 3 kilometer dari pusat bandar Seremban. Rasah merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada abad ke-18. Sebelum itu, Rasah pada asalnya merupakan sebuah perkampungan tradisional dan berkembang menjadi kawasan ekonomi penting ketika abad ke-18. Ia menjadi perhentian penting bagi laluan perdagangan bijih timah melalui Sungai Linggi yang menghubungkan Sungai Ujong hingga ke Kuala Linggi.

Kawasan Rasah kini adalah Bandar Rasah, Kampung Baru Bukit Chedang, Taman Bukit Chedang, Kampung Dato' Mansor, Kampung Pasir, Kampung Rasah, Kampung Chedang, Taman Mok Sum, Kampung Pondok, Taman Rasah, Rasah Jaya, Seremban 3 dan Jalan Loop.

Rasah telah mengalami perubahan insfrastruktur dengan terbinanya Lingkaran Tengah Seremban yang melalui jalan utama Rasah. Ia juga telah mengurangkan kesesakan trafik yang berlaku sejak tahun 1997 akibat pertambahan kenderaan kerana berlaku pertambahan penduduk sekitar Rasah.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Rasah juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan penting seperti Hospital Tuanku Jaafar, Pusat Kesihatan Seremban, Pusat Hemodialisis Mawar. Bank-bank utama turut beroperasi di Rasah seperti Hong Leong Bank, Public Bank, Maybank, AmBank dan Bank Simpanan Nasional.

Masjid Jamek Rasah merupakan antara masjid tertua di daerah Seremban turut menempatkan Makam Datuk Syahbandar di dalam kawasan masjid tersebut.

Laluan keretapi Seremban-Port Dickson turut melalui Rasah. Namun kini ianya sudah tidak beroperasi.