Kay Khydir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kay Khydir
Kelahiran
Nur Khaidir bin Muhid

(1988-08-22) 22 Ogos 1988 (umur 35)
Nama lainKay AF9
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2011-kini
Ibu bapaMuhid Liman (bapa)
Kamariah Ahmad (ibu)
SaudaraDiddy Hirdy (abang)
Kerjaya muzik
GenrePop, Jazz, Softrock
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
LMA Talent House,
SZ Entertainment
Pengkarya berkait
Diddy Hirdy, Ayda Jebat, Shiha Zikir

Nur Khaidir bin Muhid atau kini lebih dikenali sebagai Kay Khydir adalah merupakan bintang Akademi Fantasia Musim 9 pada tahun 2011. Beliau juga mulai dikenali setelah melakonkan watak antagonis dalam telenovela terpanjang Memori Cinta Suraya dan Dendam Aurora.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak kepada penyanyi veteran Kamariah Ahmad dan juga adalah merupakan adik kepada penyanyi Diddy Hirdy yang juga merupakan bintang Akademi Fantasia Musim 4.

Pada 17 September 2009, ayahanda tercinta mereka telah menghembuskan nafas terakhir dirumah mereka di Pasir Gudang, Johor akibat masalah penyakit komplikasi jantung dan penyakit buah pinggang. Jenazah allahyarham selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Pasir, Pasir Gudang tepat jam 10 pagi. [1]

Karier[sunting | sunting sumber]

Kay memulakan karier seninya dengan menghadiri ujibakat program realiti popular terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia Musim 9 pada tahun 2011 dimana ketika itu Astro membuat pengumuman rasmi bahawa program AF9 adalah musim yang terakhir bagi siri Akademi Fantasia sejak 2003. Beliau berjaya terpilih diantara 12 pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran dirumah kaca akademi tersebut. [2] Namun kali ini rezeki tidak berpihak kepadanya apabila beliau tersingkir di konsert minggu keenam berikutan undian SMS yang tidak memihak kepadanya ketika itu. [3] Setelah keluar daripada Akademi Fantasia, beliau mula mengeluarkan lagu duet bersama abangnya, yang berjudul "Bertarung Sampai Akhir". Ketika itu jugalah beliau ditawarkan untuk berlakon dalam drama-drama tempatan sebagai pelakon pembantu dan sampingan. Malah beliau juga telah melebarkan sayap lakonannya daripada drama ke layar filem. Beliau mula berlakon dalam filem Oh Mak Kau sebagai watak sampingan pada tahun 2013. Kemudian beliau ditawarkan untuk berlakon filem Gila-Gila Remaja 2 dan dimana turut menyumbangkan suaranya untuk lagu "Cinta Lara" dimana beliau berduet dengan rakan seperjuangannya di AF9, Ayda Jebat dalam menyanyikan lagu runut bunyi dalam filem tersebut. Setelah hampir 7 tahun beliau dikenali sebagai pelakon, rakan baiknya iaitu Shiha Zikir menawarkannya untuk bernaung dibawah syarikatnya SZ Entertainment dan kemudian merakamkan single pertamanya yang berjudul "Bukan Bahagiaku" yang diterbitkan oleh syarikat rakaman LMA Talent House Sdn Bhd pada 10 November 2018. [4]

Akademi Fantasia 9[sunting | sunting sumber]

Kay memulakan karier seninya dengan menyertai Akademi Fantasia Musim 9 dan beliau berjaya terpilih diantara 12 pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran di rumah kaca program tersebut. Namun, sama seperti nasib abangnya di Akademi Fantasia Musim 4 pada 2006, Kay juga telah tersingkir sewaktu konsert minggu keenam. Berikut persembahan beliau didalam AF9;

Konsert Lagu Tugasan Ked.
Tirai "Ku Berjanji Kerna Cinta" nyanyian asal Anuar Zain / "Kasih Latifah" nyanyian asal Spider -
Minggu 1 "Menyesal" nyanyian asal 6ixth Sense 11th
Minggu 2 "Selagi Ada Rindu" nyanyian asal Pak Long 8th
Minggu 3 "Salome" nyanyian asal Chayanne 7th
Minggu 4 "Kata" nyanyian asal Hazami 8th
Minggu 5 "Pulanglah" nyanyian asal Awi Rafael 7th
Minggu 6 "Stand By Me" nyanyian asal Ben E. King Tersingkir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album Nota
2018 "Bukan Bahagiaku" Single Single pertama.

Duet[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album Nota
2011 "Bertarung Sampai Akhir" Single Duet bersama Diddy Hirdy.
2013 "Cinta Lara" OST Filem Gila-Gila Remaja 2 Duet bersama Ayda Jebat.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah
2013 O.M.K (Oh Mak Kau) Nurul Ain Nordin
Gila-Gila Remaja 2 V. Nagaraj

Drama TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2011 Cinta Antara Kita TV3 Drama pertama.
2013 3 Nenek 3 Dara Hakimi TV1
2014 Salju Sakinah Muazzam TV AlHijrah Drama adaptasi novel.
2015 Memori Cinta Suraya Naufal Astro Prima Drama adaptasi dari Mexico.
Cinta Puccino TVi
3 Dara Pelamin 1
2016 Akadku Yang Terakhir Khairi Astro Prima
Tentang Hati 2 TV2
2017 Black Belt Kaler Pink Adam Astro Warna
Anak Bertuah 2 TV1
Dendam Aurora Philip Astro Prima Drama adaptasi dari Itali.
2020 Maharani (siri 2) TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2013 Raya Nora Jambu
2016 Penakluk Mimpi

Program televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2011 Akademi Fantasia (musim 9) Peserta Astro Ria Tersingkir konsert ke-6.
Trek Selebriti Artis undangan Talkshow santai selepas keluar AF9.
2015 Jangan Gelak Artis undangan Gameshow adaptasi dari Jepun.
2018 h Live! Artis undangan Astro Ria Bagi bertujuan mempromosikan single pertama.
Feel Good Show Tetamu jemputan NTV7
2019 Pop Express Artis undangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ayah Diddy AF4 disemadikan pada pagi ini..." [1] mstar. Dicapai pada 17 September 2009
  2. ^ Budiey "Senarai gambar peserta Akademi Fantasia 9 AF9" [2] Sensasi Selebriti.
  3. ^ Feride Hikmet Atak "AF9: Kay tersingkir" [3] mstar. Dicapai pada 15 Mei 2011.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin "Terima kasih Shiha kerana sudi lamar" [4] mstar. Dicapai pada 30 November 2018.